Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2008

"dugaan merindu"

Senandung hati mendayu Di dalam kesepian waktuku Mengalunkan rasaku padamu merindu Dugaan datang bersilih ganti Namunku tetap jua berdiri Langkahku bagai tiada henti Mencari Oh tuhan Terangilah jalan-jalan buatku Agar dapat kutemui kembali Pertemuan yang seindah mimpi Oh tuhan Bukakan bagiku Pintu yang tenang Agar jiwa tidak lagi dipalu Dugaan di dalam merindu Telah kucuba apa yang termampu Memberikan yang terbaik selalu Yang lebih kini hanya terserah Padamu Ditulis pada 19 Disember 2006 dan disiarkan kembali di Blog ini.

"hadirmu.."

"bulan bintang.. cahaya mu menyinari lagi, dinihari berganti zaman, malamkan hiba, siulan irama, aku menjadi saksi mu, jendela bumi dihujung dunia, akan ku teruskan nyawaku untukmu, kan ku junjung namamu ke pintu syurga, kan ku pejamkan mataku buat selamanya, dirimu menyinari bagaikan sang helang tiba, akan ku teruskan langkahku untukmu, kan ku kibarkan sayap melindungimu, kan ku binakan mahligai istana, hanyalah untukmu sayang, hanyalah untukmu saja, pejamkan mata mu, jangan kau lihat hariku, hadirmu jua bagaikan janji, akan ku teruskan nyawaku untukmu..." Ditulis pada 4 April 2006 dan disiarkan kembali buat pertama kali di blog ini.

"khas buatmu..."

"Teringat kisah ku di malam itu Sejak bertemu ku rindu selalu Tak dapat aku melupakan oh wajah mu Telah menjadi lukisan di hatiku Bagaikan burung yang terbang berkicauan Riang hatiku kau jadi kekasih Tak ingin aku akan perpisahan Hidupku riang tiada mengenal sedih Aku cuba untuk menunaikan Segala yang kau impikan Biar hingga ke akhir nanti Setiap pintamu ku penuhi Percaya sayang Takkan terpadam Sinarkan terang Menyinari kegelapan Hanya cintamu dihatiku Hanya dirimu dimindaku Sentiasa terpatri abadi Tak mungkin ku melupakan dirimu Walau sekadar untuk seketika Di jaluran pelangi Dan di dada rembulan Sering saja tergambar wajahmu Ku kan selalu menantikan dirimu Untuk selamanya kau ku sayang Biar musim bersilih Dan hujan membasahi Kau tetap abadi di hatiku Malam Sampaikanlah.. kerinduan kepadanya Dalam laguku Kucurahkan hasrat terpendam kuntuman kasihku Tak mampu lagi aku mencintai Selain dirimu bidadari Kerana dalam mimpi pun Selalu hadir dirimu Jadi suria mahligaiku..." Ditulis...

Menanti saat bakal tiba

Entah kenapa hati ini agak gementar dan berdebar-debar kebelakangan ini.Mungkin kerana tarikh yang ditunggu sudah semakin hampir,aku sendiri tidak pasti.Aku juga tidak mengetahui adakah setiap insan yang telah melalui detik ini merasai apa yang aku rasa.... Bila malam menjelma sukar benar mata ini aku lelapkan...nasib lah semalah ada live Champions League antara Man Utd lawan Barca.Boleh jugak aku layan game tu...lagipun aku fanatik fan Man U ni tak kan la nak lepaskan peluang tengok game semalam.Tapi mata je ke TV tapi fikiran aku melayang-layang...entah apa aku fikirkan entah...aku sendiri pun tak tahu...eishhh..macam tak sabar je tunggu tarikh tu...maybe kot...tapi aku rasa bukan tu hal sebenarnya...aku cuma debar fikirkan majlis tu...selagi belum settle selagi tu perasaan ni ada... Fikir punya fikir,last-last game pun dah habis...Man U menang 1-0..horeyy...Man U layak jugak ke final....ape2 pun mata ni terasa mengantuk jugak akhirnya...jadi sementara menunggu masuk waktu Subuh le...

Penghijrahan...

Assaalamualaikum... Kepada rakan2 semua...sorry sebab aku dah create blog baru.Bukan aku sengaja atau suka2 tapi blog aku lama tu dah tak boleh buka...ada problem...jadi terpaksalah aku create blog baru ni untuk korang semua... Jadi pasni,kalau korang nak tahu perkembangan terbaru aku,korang blh lah visit blog ni....akhir kata sejuta terima kasih aku ucapkan kepada kalian semua yang telah,pernah dan masih menjadi sahabat aku...persahabatan aku dengan kalian tak akan aku lupakan kerana ianya membawa begitu banyak kenangan yang bermakna disamping mematangkan aku.... Terima kasih sahabat...