Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Mutiara Kata

Semua orang tak betul!!!

~Sekiranya kita melihat sesuatu yang buruk pada orang lain, ia adalah CERMINAN untuk diri kita..kerana hanya orang yang  HATINYA TIDAK BERSIH, selalu melihat KEBURUKAN pada orang lain...~ sarip dol..

#Andai wujud kesedihan..

"Andai anda bersedih,ingatlah hidup ini bukan selamanya dan andai anda gembira,ingatlah dunia ini hanya sementara"~hamba Allah~

Sahabat Yang Baik: Kita kah itu?

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.” “Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

~Mutiara Kata Hari ini~

" Ilmu itu ibarat cahaya, & cahaya takkan masuk ke hati yg gelap! Justeru, mari kita gilap & cuci hati agar mudah tarik hidayah Allah, suka belajar, mudah faham, kuat ingatan, mudah buat keputusan, sangka baik & bertindak ikut hukum Allah. Spt biasa kita cuci hati dgn jaga solat 5 waktu, solat taubat, istighfar 100X sehari, maafkan org, mohon maaf tiap hari, ingat mati, bersedekah, berdakwah setakat kemampuan, elak siksa binatang spt kurung burung dlm sangkar, beri org makan, berkawan dgn alim ulama' & org2 positif, & bayangkan hari ini mungkin hari kita terakhir... Wassalam & kongsikan" Dato'Dr Haji Mohd fadzilah Kamsah  

~Mutiara Kata Hari ini~

"Jadilah kamu manusia yang pada kelahiranmu semua orang tertawa bahagia, tetapi hanya kamu sendiri yang menangis dan pada kematianmu semua orang menangis sedih, tetapi hanya kamu sendiri yang tersenyum." (Mahatma Gandhi)

~Kata-kata hikmah hari ini~

Hari ini saya ingin kongsikan kata-kata hikmah dari salah seorang pemimpin Idola saya iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad,mantan Perdana Menteri Malaysia.... "Manusia yang lemah sekalipun jika bersatu padu akan dapat menggoncang dunia. Demikianlah kesannya perpaduan”. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 31 Oktober 1995, Kuala Lumpur Pelancaran Keris Motion Sdn Bhd

~Mutiara Kata Hari Ini : "Bodoh Sombong"~

Hari ni FPA nak share kata-kata dari Dato' Dr Fadzilah Kamsah mengenai "Bodoh Sombong" “Maksud BODOH SOMBONG: "Orang bodoh tak semestinya sombong. Tapi orang sombong PASTI bodoh".. =Dato’ DR Fazilah Kamsah

Tikam

~jangan biarkan pelati itu perlahan menikam belakangmu...kerana,tusukan pelati itu nanti bisa membunuhmu...berhati-hati ketika berjalan...pandang ke hadapan bak punyai mata dibelakang..kerana musuh biasanya menikam dari belakang..dan adakalanya juga bukan sang musuh pun menikam dari belakang...~(farid paduka ali-19 April 2011)

~perjuangan ini~

~perjuangan ini perjuangan tak berpenghujung... perjuangan ini bermula lagi.. dari kesilapan yang lalu... dari kejayaan semalam... demi gemilangan masa hadapan...perjuangan bukan sekadar mengangkat senjata..malah ianya lebih dari itu...tidak semua perjuang gugur di medan perang dan tidak semua perjuang disanjung jasa kebaktiannya...andai aku seorang perjuang..cukuplah hanya aku yang tahu pengorbananku demi sebuah perjuangan...~(farid paduka ali-15 April 2011)

apakebendanya....

Kalau ada bendanya..Mesti ada namanya...Kalau ada isinya...Mestilah ada bekasnya...Setiap apa yang berlaku ada sebabnya..Hanya kurangnya kemampuan mentafsir menyebabkan kita sering menyalahkan takdir...baik kejadian tak semestinya rahmat..buruk perkara tak semestinya bala...yang teladan dan yang sempadan harus kita bijak menilainya agar tidak terus menyalahkan takdir ilahi....(farid paduka ali-15 April 2011)