Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Pelbagai

Sudahkah anda?

  Perlindungan Pendapatan. Ianya bukan isu anda seorang bisnes owner,kerja kerajaan,kerja swasta,berniaga kecil,penghantar makanan atau apa sahaja pekerjaan anda. Tapi isunya adakah anda melindungi pendapatan anda. Bukan untuk anda sahaja,tapi untuk mereka yang perlu meneruskan kehidupan selepas ketiadaan anda. Hutang anda dan komitmen kehidupan,adakah anda wariskan KEMUDAHAN atau KESENGSARAAN? #incomeprotection

Hadiah Besar Arwah Suami

𝗛𝗜𝗕𝗔𝗛 𝗥𝗠 𝟰𝟭𝟰,𝟯𝟬𝟮.𝟯𝟵 “Bagi saya ini satu kejutan kerana tidak menyangka dia ada membuat caruman insurans diri. Ini pastinya amat membantu kami lima beranak walaupun saya mempunyai pekerjaan tetap” Para suami/ayah, dapat belajar sesuatu?? Persiapkanlah 1 polisi hibah takaful untuk anak isteri. Ajal bukannya kita boleh tahu bila nak datang. Akak dalam kisah ni bersyukur sangat yang arwah suami carum siap-siap polisi hibah takaful. RM 400,000 masuk akaun bukan amaun yang kecil. Boleh buat modal untuk teruskan 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐬𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩. #Hibahtakaful #hibahsebelumrebah  

Satu Cina Mati,Satu Jutawan Lahir,Satu Melayu Mati,Satu Tanah Tergadai

  MELAYU KENA UBAH PEMIKIRAN ========================== Ah Seng : Selama awak bekerja di Takaful, berapa ramai orang melayu yg cakap tiada duit mahu diajak menyertai Takaful, masing2 mengatakan tiada duit. Hendak digunakan membeli kelengkapan perayaan, kelengkapan sekolah, minggu hadapan sahaja lah… dan akhirnya cancel.  Ah Seng : Orang Melayu sebenarnya baik, cerdik and they have a lot of money, but many of them, they sooo &£@%+ ! I don’t want to insult you, but that the truth. Agent 007 : "Terkejut & rasa nak marah pun ada".  Ah Seng : I’m sorry sebab I cakap mcm tu, but when you see lot of Chinese shop yg menjual handphone, casing handphone, benda2 bodoh mcm spongebob, dragonball that they put at their phone is useless. Ah Seng : But the buyer is Malay also they were Muslim. I thought they have a lot of money instead bought that useless thing. But when it come to saving for future, education they keep saying – just borrow. I thought that Islam thought you to se...

Kisah Keluarga Terengganu Bila Mahu Pulang Ke Kampung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ni ada satu kisah tentang satu keluarga terengganu bila hendak pulang ke kampung untuk berhari raya..

Dia sahabatku....

Alhamdulillah setelah hampir 5 tahun akhirnya FPA bersyukur kehadrat ilahi dapat bertemu jua dengan sahabat sekolah yang pernah menjadi sahabat karib FPA..beliau(berbaju kuning-coklat) yang dimaksudkan ialah Rindra Ardizi . Ada beberapa lagi rakan-rakan sepermainan yang sudah lama belum bertemu terutamanya Takumie Fujiwara . Agak-agak bila la FPA dapat jumpe korang erk???

Mudah Menjual Mudah Menipu

Assalamualaikum, Hari ini FPA tertarik dengan artikel yang ditulis dalam salah satu blog rakan blogger FPA iaitu Bicara Hati .Isu yang diketengahkan kali ini ialah berkenaan penjualan barangan secara ONLINE di internet yang sekarang ini sudah menjadi medium jual beli yang sering digunakan oleh masyarakat. Dek kerana kepesatan dunia IT dan perkembangan Teknologi yang pantas,kini kita mampu memiliki apa sahaja dengan hanya satu KLIK.Namun,sejauh mana ianya selamat untuk dijadikan urus niaga? Jom baca artikel dari blog Bicara Hati yang FPA post kan kembali disini.

~Dont wake this sleeping dragon!!!!~

Hahahahaha..tajuk entri ganas tak ingat.... Saya just nak shared satu gambar yang diambil dari FB rakan saya.....gambar permandangan yang cukup cantik...permandangan Pulau Tioman atau ada yang menggelarkannya "Sleeping Dragon"....... Mungkin disebabkan bentuk semulajadinya yang seakan-akan seekor naga sedang tidur kot..sesuai dengan kisah mitos Naga tasik Cini dan lain-lain mitos di negeri pahang seperti Seri Gumum dan pelbagai lagi..... Ni nak promote sikit...kalau nak bercuti tuh..gi la ke pulau tioman...nak cerita lebih pun saya belum pernah sampai..walaupun dari kecil asyik tengok dari pantai hiburan je Tioman...tapi belum berkesempatan sampai disana....hehehhe..

:::Bila isteriku jadi Blogger:::

Assalamualaikum, Sepanjang minggu lepas Farid Paduka dapat lihat isteri kesayangan saya sedang dalam proses menyiapkan blognya yang bertajuk "Kelip-Kelip Hidup".Dengan sedikit tunjuk ajar dari FPA syukur alhamdulillah akhirnya blog tersebut berjaya disiapkan. Kepada rakan-rakan FPA dan pengunjung setia Blog Farid Paduka boleh lah menyokong blog tersebut.Anda boleh komen dan bagi sokongan kepada blog tersebut. Untuk melawat blog tersebut anda boleh KLIK DISINI . Semoga isteriku terus berjaya sebagai blogger dan apa jua bidang yang diceburi.Sekurang-kurangnya dia dapat juga mengisi masa lapang beliau. Jom ramai-ramai melawat blog tersebut.

::: 14 September......:::

FPA sepanjang 14 September 2011

::: Cabaran Kepimpinan Masa Hadapan :::

Kali ini entri FPA bukan nak menatakan tentang apa yang tertulis di tajuk di atas.Bukan level FPA untuk mengatakan point-point dari tajuk itu kerana FPA bukannya pemimpin hebat pun..huhuhu...just nak kongsi info bahawa 1 syarahan umum bertajuk Cabaran Kepimpinan Masa Hadapan akan disampaikan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia,Tun Dr Mahathir Mohamed pada 15 September 2011 jam 2:00 petang bertempat di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang.(opis FPA tuh..hope dapat berjumpa Tun kali ini.)

::: Menghabiskan cuti raya bersama Hantu Bonceng :::

Huhhh...sedar tak sedar dah masuk hari Isnin...ketika ramai rakan-rakan sudah memulakan kerja,FPA masih bercuti sehingga rabu. Bila difikirkan boring jugak duduk rumah sambil menghabiskan kuih raya..tak sempat la tetamu menjamahnya nanti... Rasanya siang nanti FPA nak habiskan masa cuti ni dengan bersiar-siar di bandar Kuantan...ok jugak kan kalau layan movie...sudah pasti filem yang dipilih ialah Hantu Bonceng. Jadi FPA akan keluar awal pagi esok,selesaikan urusan yang patut sebelum ke pawagam...nantikan ulasan FPA malam esok mengenai Hantu Bonceng ni...hehehe...macam wartawan hiburan pulak...

::: Perubahan pada Fan Page SIC Pahang :::

Kaji punya kaji akhirnya dapat jugak cara nak masukkan Application Welcome pada Fan Page KPPSIM-SIC Pahang ni....alhamdulillah,boleh jugak masukkan sedikit pengenalan pada Fan Page ni ketika pengunjung pertama kali melayarinya. Rakan-rakan boleh klik DISINI untuk melihatnya. Selain Fan Page ni,boleh gak letak pada Fan Page DNF Maju...hehehe....

::: Dari lensa seorang sahabat :::

Assalamualaikum... Kali ini FPA ingin berkongsi satu blog seorang sahabat FPA iaitu saudara Ikhwan Ismail a.k.a Midus.Blog yang memaparkan hasil photoshoot beliau.Dikesempatan ini FPA ingin menjemput rakan-rakan untuk mengunjungi blog tersebut.Sila klik untuk lawati blog !lensa kecik!

:::Tempat jatuh lagikan dikenang:::

Melihat pada gambar-gambar diatas yang FPA dapat dari sumber-sumber internet membuatkan rasa kerinduan pada zaman kanak-kanak disaat membesar di daerah bernama Kuala Rompin. Seluruh pelusuk daerah diterjah pada ketika itu...Bandar Lama,Sungai Kolek,mandi alur di Tanjung Seratus,terjun tirup di jeti..semuanya FPA lalui dengan penuh kegembiraan.Menempuhi zaman kenakalan kanak-kanak..kebun tembikai Sepakat Barat,Astaka Padang MDR antara beberapa kata kunci dan lokasi yang meninggalkan berjuta kenangan indah buat FPA. Namun Kuala Rompin tidak dapat lari dari arus pembangunan yang serba sedikit telah mengghaibkan beberapa tempat kenangan buat FPA dan rakan-rakan sepermainan yang senakalan... Pada Syawal Ke-4 nanti,Insya Allah FPA akan sekali lagi menjejakan kaki ke bumi kelahiran FPA yang penuh kenangan iaitu Kuala Rompin...semoga terus menjadi daerah yang terbaik dalam hidupku... **komen dari para pengunjung amat dihargai bagi memantapkan lagi blog ini.

:::Kegemaranku:::

masuk je bulan ramadhan pasti aku mencari-cari kueh ni....nak tahu ape dia...kueh tu adalah Puding Gula Hangus....dulu masa bujang-bujang memang my mother selalu buatkan....sekarang dah kawen...my wife pulak buat kan....memang terbaek la...ingat hari ni nak makan banyak-banyak la..sebab semalam tak sempat nak makan...dah habis... pada sape2 yang nak rasa..leh dapatkan special punye di bazar ramadhan Inderapura,Kuantan...Rm1.50 sepotong...murah tau...mai laa.....

:::Raya Tak Jadi?????:::

Sinopsis Raya Tak Jadi. Dalam perjalanan pulang ke kampung halaman pada penghujung Ramadhan, dua adik beradik telah menemui seorang lelaki misteri di dalam bonet teksi mereka. Selepas menyedari yang lelaki itu adalah Penyimpan Mohor Besar Raja Raja yang telah diculik oleh seorang usahawan kurma, kedua-dua adik beradik ini perlu memberanikan diri dan mengatasi penculik tersebut sebelum keluarga mereka dianiaya.

:::Filem Hantu Bonceng....Keluar Panggung Aidilfitri Ini!!!:::

Sempena sambutan Aidilfitri dan sambutan bulan kemerdekaan, Hantu Bonceng (HB), lakonan hebat Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Jue Aziz dan ramai lagi, bakal memeriahkan sambutan musim berkenaan. Hantu Bonceng merupakan filem kelima terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh pengarah terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri. Filem yang berkisarkan kisah seorang pemuda bernama Amran yang gemar berlumba motor drag secara haram. Konflik bermula apabila gadis Bohsia iaitu Maya yang dimenanginya dalam sebuah perlumbaan haram terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia setelah dibonceng oleh Amran. Sejak kejadian itu hidup Amran tidak tenteram kerana sering diganggu oleh hantu Maya yang meminta supaya mayatnya disempurnakan. Amran meminta bantuan kekasihnya, Halimaton serta rakannya Kunyit untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu. Apakah yang bakal berlaku seterusnya kepada Amran? Nantikan tayangan filem komedi yang bakal membuatkan anda pecah perut ini di pawagam ...

:::Jangan!!!kalau tak anda sama dengan monyet!!!:::

Hahaha...sambil melayari internet petang ni sempat gak tersenyum sinis apabila terjumpa gambar ni di internet...nampak simple tapi mendalam maksudnya... Pada yang tak berfikir maybe akan terus membuat sampah sembarangan manakala mereka yang berfikir pasti tidak akan membuang sampah sembarangan kerana bimbang disamakan dengan monyet. Jadi sama-samalah kita renungkan....

Kelibat Ultras Malaya dinanti di Shah Alam

Menjelang perlawanan Persahabatan Antarabangsa Malaysia menentang Hong Kong pastinya "askar-askar" Harimau Malaya mengharap dan menagih sokongan padu dari "Ultras Malaya" seperti sokongan padu yang mereka perolehi ketika Piala AFF 2010 yang lalu. Jadi diharapkan "Ultras Malaya" terus mengganas menyemarakkan semangat "Harimau Malaya"pada malam ini.Walaupun sekadar perlawanan persahabatan,namun keputusannya pasti dijadikan ukuran sejauh mana prestasi negara selepas mengakhiri 2010 dengan cemerlang.

Logo baru Liga Super 2011..1 transformasi..

Hari ni duk belek-belek tenet..tibe2 terpandang logo baru Liga Super 2011...wahhh..nampak menarik...ade pembaharuan...melambangkan semangat "Harimau Malaya".... Ape2 pun harap 2011 ini membawa lebih banyak kejayaan kepada bolasepak negara....Hidup Harimau Malaya!!!