Assalamualaikum,
Hari ini FPA tertarik dengan artikel yang ditulis dalam salah satu blog rakan blogger FPA iaitu Bicara Hati .Isu yang diketengahkan kali ini ialah berkenaan penjualan barangan secara ONLINE di internet yang sekarang ini sudah menjadi medium jual beli yang sering digunakan oleh masyarakat.
Dek kerana kepesatan dunia IT dan perkembangan Teknologi yang pantas,kini kita mampu memiliki apa sahaja dengan hanya satu KLIK.Namun,sejauh mana ianya selamat untuk dijadikan urus niaga?
Jom baca artikel dari blog Bicara Hati yang FPA post kan kembali disini.
Apa khabar anda semua? Bagi yang beragama Islam admin ucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Kali ini admin terpanggil untuk bercerita tentang Mudah Menjual Mudah Menipu. Siapa yang mudah menjual dan menipu? Jom kita baca.
Dalam bercerita kisah menjual membeli ini tidak lari kita dari topik PENIPUAN. Ya, benar. Penipuan. Alhamdulillah sepanjang admin berbelanja di talian ini belum pernah admin ditipu lagi. Ini kerana admin sangat berhati-hati dengan siapa admin berurusan. Sebenarnya banyak laman-laman lelong dan jualan di internet ini. Selain forum, facebook, ebay, Lelong.com, Amazon, antara yang popular di kalangan rakyat Malaysia adalah laman Mudah.my. Pasti anda semua amat biasa dengan laman ini. Admin juga pernah membeli beberapa barangan dari ratusan hingga ribuan ringgit melalui laman ini. Tetapi seperti biasa laman Mudah.my ini turut dijadikan perangkap oleh penipu di luar sana. Ini kerana laman seperti ini tidak menggunakan sistem seperti laman-laman jualan yang lain iaitu menggunakan sistem tag, reputasi atau pun rating.
Sesiapa sahaja boleh mendaftar di laman tersebut sebagai penjual. Jadi ini bermakna semua orang boleh menjadi penjual di internet. Mereka selalunya akan menggunakan modus operandi yang sama iaitu menawarkan produk dengan harga yang amat 'menarik'. Lebih menarik mereka selalunya hanya akan menggunakan kaedah pos untuk mengelakkan perjumpaan dengan anda. Saya panggil kaedah ini sebagai "Too Good To Be True Deal". Boleh dikatakan cukup ramai orang terpengaruh dengan taktik ini. Mereka juga selalunya menggunakan ayat-ayat seperti;
Kita pernah mendengar insiden-insiden akibat senang percaya dengan taktik ini. Ada yang sudah membayar ribuan ringgit hanya untuk mendapat lesung batu dan komik dan bukan barangan yang dijanjikan. Tidak kurang juga langsung tidak mendapat maklumbalas penjual sebaik sahaja bayaran dilakukan. Ini kerana mereka hanya mensasarkan untuk anda melakukan pembayaran. Ini bukan lagi era Gores dan Menang.
Masalah yang saya dapat kesan adalah mereka yang tertipu amat tertarik dengan harga yang ditawarkan. Mereka sebenarnya tidak tahu atau malas untuk membuat rujukan. Sebenarnya sebelum anda membeli sesuatu di internet anda perlu ketahui siapa penjualnya. Saya amat menyarankan anda untuk COD (Cash On Delivery) setiap pembelian yang anda tidak kenal akan integriti dan peribadi penjualnya.
Antara taktik yang admin gunakan sepanjang masa:
Nak cerita panjang-panjang pun admin dah mengantuk nak kena tidur supaya tidak terlajak sahur. Jadi apa pun kesimpulannya guna logik akal anda. Bukan membiarkan akal anda dipengaruhi dengan mudah. Apa-apa boleh tanya admin akan cuba jawab. Kalo susah admin kena minta tolong sama.
SUMBER

GAMBAR 1:Peringatan dari Mudah.My
i dalam kepantasan dunia IT yang bergerak ini, kita boleh mendapatkan
bermacam-macam keperluan hanya di hujung jari sahaja. Namakan apa
sahaja jika tiada halangan walau di seberang laut pasti akan tiba ke
depan pintu kita. Admin sendiri antara salah seorang yang amat suka
berbelanja di talian. Ini kerana ada beberapa benda yang saya tidak
boleh dapati berhampiran dengan lokasi admin. Sebelum ini admin juga
pernah membuat servis mendapatkan barangan secara talian terutamanya
dari luar negara. Melalui talian juga kita bukan setakat boleh membeli
malah menjual dan berniaga. Pasti anda kini perasan makin ramai orang
mempunyai blog, menyertai forum dan laman sosial untuk mempromosikan
produk mereka.
Dalam bercerita kisah menjual membeli ini tidak lari kita dari topik PENIPUAN. Ya, benar. Penipuan. Alhamdulillah sepanjang admin berbelanja di talian ini belum pernah admin ditipu lagi. Ini kerana admin sangat berhati-hati dengan siapa admin berurusan. Sebenarnya banyak laman-laman lelong dan jualan di internet ini. Selain forum, facebook, ebay, Lelong.com, Amazon, antara yang popular di kalangan rakyat Malaysia adalah laman Mudah.my. Pasti anda semua amat biasa dengan laman ini. Admin juga pernah membeli beberapa barangan dari ratusan hingga ribuan ringgit melalui laman ini. Tetapi seperti biasa laman Mudah.my ini turut dijadikan perangkap oleh penipu di luar sana. Ini kerana laman seperti ini tidak menggunakan sistem seperti laman-laman jualan yang lain iaitu menggunakan sistem tag, reputasi atau pun rating.
Sesiapa sahaja boleh mendaftar di laman tersebut sebagai penjual. Jadi ini bermakna semua orang boleh menjadi penjual di internet. Mereka selalunya akan menggunakan modus operandi yang sama iaitu menawarkan produk dengan harga yang amat 'menarik'. Lebih menarik mereka selalunya hanya akan menggunakan kaedah pos untuk mengelakkan perjumpaan dengan anda. Saya panggil kaedah ini sebagai "Too Good To Be True Deal". Boleh dikatakan cukup ramai orang terpengaruh dengan taktik ini. Mereka juga selalunya menggunakan ayat-ayat seperti;
Barang ni susah nak dapat. Last item ni.
Ramai orang mintak tapi kalau anda bank in saya jual pada anda.
Saya terdesak nak pakai duit.
Kita pernah mendengar insiden-insiden akibat senang percaya dengan taktik ini. Ada yang sudah membayar ribuan ringgit hanya untuk mendapat lesung batu dan komik dan bukan barangan yang dijanjikan. Tidak kurang juga langsung tidak mendapat maklumbalas penjual sebaik sahaja bayaran dilakukan. Ini kerana mereka hanya mensasarkan untuk anda melakukan pembayaran. Ini bukan lagi era Gores dan Menang.
Masalah yang saya dapat kesan adalah mereka yang tertipu amat tertarik dengan harga yang ditawarkan. Mereka sebenarnya tidak tahu atau malas untuk membuat rujukan. Sebenarnya sebelum anda membeli sesuatu di internet anda perlu ketahui siapa penjualnya. Saya amat menyarankan anda untuk COD (Cash On Delivery) setiap pembelian yang anda tidak kenal akan integriti dan peribadi penjualnya.
Antara taktik yang admin gunakan sepanjang masa:
- Selidik harga barangan tersebut di tempat lain. Internet luas bukan carik gambar awek atau jantan Korea saja.
- Pastikan anda kenal penjualnya. Jika tidak kenal cuba cari namanya dahulu. Sesetengah penjual top namanya memang akan gah dengan maklumbalas yang baik-baik.
- Jangan cepat terpengaruh dengan Too Good To Be True Deal.
- Jika tidak kenal dengan penjual, sila bertemu dengannya. Jadi anda dapat melihat produk serta membuat penilaian di hadapannya. Ini dipanggil COD (Cash on Delivery).
- Jangan sesekali sewenangnya membuat pemindahan wang ke dalam akaun individu yang anda tidak kenali.
- Jika laman tersebut mempunyai sistem RATING seperti eBay dan Amazon.com, sila terhadkan pencarian kepada penjual yang mempunyai rating positif yang tinggi.
- Guna kewarasan otak anda.
- Jangan terperuk di depan komputer. Keluar dan lihat dunia. Keluar dan window shopping sekiranya mampu.

Comments