Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Berita Hari Ini

17 Jam Mayat Bersujud

PASIR MAS – Seorang remaja maut dalam kemalangan di Kampung Tok Dap, jam 9.45 malam, Isnin lalu dan hanya ditemui orang ramai, 17 jam kemudian.

#Pengalaman sepanjang menjadi Penyelaras Venue SUKMA 2012

Alhamdulillah hari ini berakhir sudah tugas FPA menjadi Penyelaras Venue untuk acara Karate dan Taekwondo di Temasya Sukan Malaysia(SUKMA) 2012 Pahang pada kali ini. Terus terang banyak pengalaman pahit,suka duka sepanjang menjalankan tugas secara rasminya di venue pertandingan di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang(UMP) bermula 28 Jun 2012 yang lalu.

::Maut ketika bantu mangsa kemalangan::

Assalamualaikum buat semua... Semalam FPA ada share 1 gambar kemalangan dibawah tajuk enti "Depan Tunas Manja Tanjung Lumpur" yang FPA dapat dari FB salah seorang rakan FPA.Hari ini FPA akan kongsi sedikit berita mengenai kemalangan tersebut.

:::Al-Fatihah buat Allahyarham Harun Osman:::

Kontijen Sukan Sea dikejutkan dengan pemergian mengejut pembantu kepada Ketua Kontijen Sukan Sea Malaysia Datuk Syed Mustaffa Syed Ali,Harun Osman akibat serangan jantung ketika menyambut ketibaan sebahagian atlit negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Badaruddin II  di Palembang petang semalam.Al-Fatihah diucapkan kepada keluarga Allahyarham.

:::Misteri Lembaga Hitam Terbongkar!!!:::

GOMBAK: Usaha seorang lelaki memasang kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh rumah untuk menjejak ‘lembaga hitam’ yang sering dikesan di kawasan rumahnya membawa kepada penemuan mengejutkan kerana lembaga itu rupa-rupanya teman lelaki anaknya.

:::Siapa Malik Abdul Aziz???:::

Sebut nama Malik Abdul Aziz pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan orangnya.Untuk makluman semua pengunjung blog FPA,Malik Abdul Aziz ialah nama Islam bagi Mike Tyson,jaguh tinju dunia pada suatu ketika dulu.Gambar diatas ialah gambar sewaktu beliau mengerjakan Haji.

:::Kereta terbabas, dua beranak maut:::

KUANTAN - Dua beranak yang dalam perjalanan pulang beraya terbunuh selepas kereta jenis Honda Accord dinaiki mereka bersama empat ahli keluarga lain terbabas di simpang Kampung Batu Tanah Merah dekat Jalan Kuantan -Pekan di sini petang semalam. Mangsa yang maut ialah pemandu kereta itu, Yusmawati Mat Yusof, 36, seorang pengusaha kad kahwin bersama anak bongsunya, Ahmad Rizqin Ramli, 2, beralamat di Taman Cenderawasih di sini. Manakala empat lagi penumpang, juga dipercayai anak Yusmawati mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk mendapatkan rawatan. SUMBER=Kosmo! Online Bercerita mengenai kemalangan ngeri ini,FPA ada melalui kawasan kemalangan kira-kira sejam selepas kemalangan berlaku namun kali ini tidak seperti kebiasaan FPA tidak memberhentikan kenderaan untuk meninjau kemalangan atas beberapa faktor antaranya ialah suasana yang begitu sibuk dengan kenderaan yang berhenti melihat disamping kawasan kemalangan yang berada diselekoh tajam ...

::: Salam Takziah buat keluarga Noramfaizul Mohd Nor :::

Salam takziah FPA ucapkan kepada keluarga Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban semasa membuat liputan misi kemanusian di Somalia.Berikut FPA post berita yang di petik dari Harian Metro. MOGADISHU: Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, terbunuh selepas ditembak ketika membuat liputan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) di sini, malam tadi. Allahyarham meninggal dunia jam 11.15 malam tadi (jam 6.15 petang di Somalia) iaitu kira-kira sejam selepas terkena tembakan curi dipercayai dilepaskan kumpulan pemberontak. Dalam kejadian serang hendap itu, seorang jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan turut dilaporkan cedera di tangan terkena tembakan yang dipercayai dilepaskan secara rambang. Wartawan Harian Metro, Mohamad Apendy Issahak ketika dihubungi di Mogadishu lewat malam tadi memberitahu, ketika kejadian kira-kira jam 5.15 petang waktu tempatan, Allahyarham bersama pet...

:::Lagi Agenda Tersembunyi Musuh Islam:::

SUMBER DIPEROLEHI dari rakan blogger di SAHABAT BLOGGER (SB) : PERHATIAN !!! 1. Cuba Anda Buka Mane- Mane Blog Kawan Anda .... ...Contoh : zzzzz. blogspot. com 2. Kemudian , Buka Semula Blog Kawan Anda Itu, Tapi Dengan Membuang Huruf 's' Pada Perkataan Blogspot Contoh : zzzzz. blogpot.com Apa yang terjadi? Licik betul mereka ni.... .. Sebarkan...

:::Ibu lahir kembar lapan akan bertinju:::

Petikan berita dari Kosmo Online...saje nak kongsi berita ni..menarik jugak untuk dibaca... ___________________________________________________________________ SPRINGFIELD, Massachusetts - Penganjur Persekutuan Tinju Selebriti, Damon Feldman mengumumkan kelmarin bahawa ibu yang melahirkan kembar lapan, Nadya Suleman (gambar) akan menyertai satu pertarungan di sini. Dia mendapat kritikan dan diberi gelaran sebagai Octomom pada tahun 2009 apabila melahirkan kembar lapan di sebuah hospital di California. Wanita itu yang merupakan seorang ibu tunggal yang menganggur memiliki enam lagi anak. Feldman berkata, dia mencari seorang wanita yang mahu mendapatkan cincin dan berlawan dengan ibu terkenal itu. Peserta wanita akan memakai sarung tangan besar dan pelindung kepala semasa bertinju. - AP

:::Mati Akibat Laman Sosial:::

Assalamualaikum, Hari ni tengah syok membaca Harian Metro Online ada 1 tajuk berita yang agak menarik perhatian saya iaitu "Mati Akibat Laman Sosial".Aduhh...begitu mudah nyawa seseorang diambil dan begitu mudah manusia hari ini membuat hukuman sendiri.Dunia sekarang sudah kembali menggunakan hukum rimba,hidup tidak bertamadun. Kepada yang belum membaca berita tersebut saya ada postkan balik berita tersebut dibawah. *Kredit to Harian Metro Online. -------------------------------------------------------------------------------------------------- KULIM: Gara-gara mengutuk kenalan wanita dalam laman sosial facebook (FB), seorang lelaki mati selepas dua hari dimasukkan ke Hospital Kulim (HK) akibat koma kesan pendarahan dalam kepala akibat dihentak dengan topi keledar dalam satu pergaduhan di Taman Tiram, Lunas, di sini, Jumaat lalu. Dalam kejadian jam 8 malam, Mohd Amran Romli, 20, dikatakan diserang dua abang wanita itu di sebuah pasar raya di taman berkenaan. Akibat kejadian...

Gaji Safee RM30,360

MEMETIK laporan disiarkan dalam laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Safee akan menerima gaji bulanan sebanyak AS$10,000 (RM30,360) sebulan daripada Pelita Jaya, manakala FAS menerima pampasan AS$30,000 (RM91,080) bagi menebus baki kontrak pemain itu yang sepatutnya berakhir Disember ini. SUMBER:Harian Metro

UFO di Sabak Bernam?

SHAH ALAM – Seorang kakitangan awam mendakwa berjaya merakam satu cahaya objek terbang yang tidak dikenali (UFO) melintas di kawasan sebuah kem askar di Sabak Bernam ketika bertugas pada Jumaat lalu. Asri Harun Abd. Rahman, 42, yang membuat rondaan ketika itu terkejut setelah melihat sebuah objek bercahaya yang terang seperti lampu limpah menerangi langit kira-kira pukul 5.30 pagi. Dakwanya, selama bertugas di situ sejak 11 tahun lalu, perkara seumpama itu tidak pernah berlaku dan menyifatkan ia merupakan perkara pelik pernah dialami. “Cahaya objek itu bulat, sangat terang dan tidak bergerak ke mana-mana. “Kebetulan, pada waktu itu tiada satu bintang kelihatan dan cahaya itu tidak berkelip-kelip seperti bintang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. SUMBER:Kosmo Online

Salam takziah...

Pelajar Malaysia meninggal nahas jalan raya di Padang BANDUNG 28 Jan. – Seorang pelajar Malaysia jurusan kedoktoran Universiti Andalas Padang meninggal dunia apabila motosikal yang ditungganginya terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah motosikal lain di Padang, Sumatera Barat hari ini. S. Yagneswaran, 24, dari Klang, dilaporkan sedang dalam perjalanan pulang dari sebuah hospital tempat dia menjalani latihan amali apabila kemalangan berlaku, namun masa kejadian belum dapat dipastikan. Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar yang dihubungi di sini berkata, seorang rakan pelajar berkenaan yang membonceng motosikal Yagneswaran dilaporkan cuma mengalami kecederaan. Pembonceng itu ialah seorang warga tempatan. "Yagneswaran ialah pelajar persendirian Malaysia dalam bidang kedoktoran di tahun 4, Universiti Andalas. “Akibat kemalangan itu beliau mengalami kecederaan parah di kepala dan mayatnya sedang ditempatkan di Rumah Sakit M. Djamil, Padang,” kata...

Internet di mana-mana...

Restoran di KL wajib ada WiFi tahun depan KUALA LUMPUR – Semua pengusaha restoran di ibu negara akan diwajib menyediakan perkhidmatan kemudahan Internet jalur lebar tanpa wayar (WiFi) di premis masing-masing mulai tahun depan. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail (gambar) berkata, jika mereka ingkar, lesen perniagaan restoran sedia ada tidak akan diperbaharui manakala bagi pengusaha baru, ia akan menjadi syarat kepada pemberian lesen. Katanya, peraturan baru itu dibuat bagi memastikan sasaran untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah ibu negara maju pada tahun 2020 tercapai. “Kita akan lakukan pindaan terhadap syarat lesen perniagaan untuk memastikan arahan ini dipatuhi. “Lesen baru tidak akan dikeluarkan dan lesen pengusaha restoran sedia ada tidak akan diperbaharui jika syarat ini gagal dipatuhi,” katanya pada sidang akhbar sempena Hari Wilayah di Angkasapuri di sini semalam. SUMBER:Kosmo!

Perlawanan disiarkan secara langsung,pasukan dapat imbuhan...

FAM kaji bayaran penampilan pemain PETALING JAYA - Jika mendapat kelulusan pada mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Persatuan Bola Sepak (FAM) pada 13 Februari ini, setiap pasukan yang beraksi dalam perlawanan Liga Super yang disiarkan secara langsung di televisyen, akan menerima bayaran penampilan. Selain itu, satu lagi syor yang akan dibentangkan dalam mesyuarat yang bakal dipengerusikan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah nanti, iaitu kemungkinan setiap pasukan menerima imbuhan mengikut ranking terakhir masing-masing dalam tangga liga apabila berakhirnya saingan. Ini bermakna, pasukan tercorot yang menghuni tangga ke-14 liga pun tetap akan menerima bayaran mengikut skala yang ditetapkan. Jumlah imbuhan wang tunai yang diperuntukkan bagaimanapun tidak dinyatakan kerana ia masih di peringkat perancangan. Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa selaku Pengerusi Malaysia Super League Sdn. Bhd. (MSL) berkata, ia merupakan syor yang difikirkan baiknya untuk memberi ganjaran berdasarkan merit s...

Samurai pancung Park dan rakan-rakan

Jepun buat Korea terus kempunan DOHA - Juara Piala Asia 2004, Jepun menempah tiket ke perlawanan akhir apabila menyingkirkan seteru utama, Korea Selatan 3-0 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam 120 minit permainan. Penjaga gol, Eiji Kawashima muncul wira skuad Blue Samurai selepas berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti Korea. Kegagalan Korea menyebabkan mereka terus kempunan meraih kejuaraan pertama semenjak tahun 1961 sementara Jepun berada di landasan memburu kejayaan kali keempat menjulang Piala Asia. - Agensi SUMBER:UTUSAN MALAYSIA ONLINE

Makin ramai yang dah gila????

Berikut tajuk berita yang mengatakan makin ramai orang jadi gila kat negara kita ni.... Bilangan pesakit mental meningkat PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan bimbang tentang peningkatan masalah kesihatan mental di kalangan rakyat negara ini dengan bilangan pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan sepanjang tahun lalu meningkat 15.6 peratus atau sebanyak 400,227 orang. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, angka itu mencatat peningkatan 15.6 peratus berbanding tahun 2009. "Menjelang tahun 2020, salah satu daripada gangguan mental iaitu kemurungan dijangka menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini semalam. Beliau berkata, untuk membendung gejala ini di peringkat usia muda, pihaknya akan memfokuskan kepada aktiviti mempromosi minda sihat dan pencegahan penyakit mental termasuk pelaksanaan Program Menangani Stres di ...

Bas khas wanita dilancarkan

17/01/2011 6:36pm KUALA LUMPUR 17 Jan. - Perkhidmatan bas RapidKL khusus untuk penumpang wanita dilancarkan secara rasmi hari ini yang akan menyusuri 15 laluan terpilih. Ia meliputi lapan laluan baru di mana tujuh laluan telah diperkenalkan dalam tempoh percubaan bulan lepas. Bas itu yang tertera perkataan Bas Wanita akan beroperasi sepenuhnya mulai esok dengan dua perkhidmatan disediakan bagi setiap laluan di waktu pagi dan petang. - Bernama Sumber:Utusan Malaysia

Bas lagi...naya..naya...

Bas lagi??adoii..ni yang risau kalau naik bas ni sebab lately terlalu banyak berita bas kemalangan dan yang terbaru ialah yang saya baca dalam Utusan sebentar tadi.... Berikut saya postkan berita yang saya baca... Bas bawa pelajar UiTM terbalik, 6 cedera 17/01/2011 5:25pm IPOH 17 Jan. – Sebuah bas yang membawa seramai 35 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Arau, Perlis terbalik dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 334, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Tapah, dekat sini, awal pagi ini. Dalam kejadian pukul 4.15 pagi itu, seramai enam pelajar mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan. SUMBER: Utusan Malaysia