Skip to main content

Posts

Showing posts with the label RENUNGAN BERSAMA

Tersungkur

Bantu ketika dia tersungkur Sediakan bahu ketika dia menangis Tepuk Tangan ketika dia berjaya  Sebut namanya dalam doa kita  Bukan iri ketika dia dipuji orang  Bukan bahagia tika tahu saat dia sedih Bukan kecewa saat dia lebih maju Bukan tertawa saat dia menderita  Berteman lah dengan hati yang baik dan tulus ketika hatimu baik dan tulus percayalah Allah swt juga akan selalu bersama kita

::Manisnya Berjuang::

Apa gunanya sebuah kejayaan tanpa redha dari Ilahi? Apa gunanya berjaya di dunia jika akhirat kita tinggalkan? Apa gunanya nikmat di dunia jika merana di sana kelak? Apa gunanya mengikut hawa nafsu jika di pengakhirannya kita juga yang sakit? Apa gunanya perjuangan jika hati kosong dari cinta Ilahi? Sahabatku, Usah lalai dalam mencari duniawi,sedarlah hakikat kejadian kita sebagai khalifah di muka bumi ini.. Kita datang dengan satu tujuan utama,beribadah kepada Allah.. Jika kita asyik leka,mengikut sahaja kata hati, Dari arah manakah kekuatan itu akan datang? Mujahadahlah wahai sahabat!! Walau sesusah mana pun, Walau seperit mana pun jalannya, Teruskanlah mencari kerana di situ letaknya kemanisan sebuah  PERJUANGAN:) Disunting dari..

Walaupun kubur lain-lain tapi....

betul kubur lain-lain tapi mayat kita tak terjun ke lubang kubur dgn sendirinya..skdr mengingatkan terutama diri sendiri..cuba-cubalah mendengar nasihat atau teguran kerana orang yang langsung tidak boleh ditegur tu tandanya hatinya telah mati....nauzubillah..

3 Soalan 1 Penampar

Assalamualaikum, Salam 7 ramadhan 1433H....hari ini FPA nak kongsikan sebuah kisah yang FPA terbaca dari blog seorang rakan..Sharing Is Caring(S.I.C) 3 Soalan 1 Penampar Jawapan dengan Tamparan… Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya? Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda. Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya. Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya. Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:- 1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya 2.Apakah yang dinamakan takdir 3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauhitu? Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

~Mutiara Kata Hari ini~

KETUA Memberi Inspirasi Kepada Penyokongnya TUAN Mengerah Orang Bawahannya... ... KETUA Bergantung Kepada Semangat Muhibbah TUAN Bergantung Kepada Kuasa... KETUA Mencerna Kemesraan TUAN Membangkit Ketakutan... KETUA Sentiasa Berkata "KITA" TUAN Sentiasa Berkata "SAYA"... KETUA Menunjuk Apa Yang Salah TUAN Menunjuk Siapa Bersalah... KETUA Memberitahu Cara Sesuatu Kerja Berjalan TUAN Tahu Sesuatu Kerja Berjalan... KETUA Diberi Penghormatan TUAN Meminta Penghormatan...

~Demimu...........~

Ya Allah Ya Tuhanku...Berilah diriku kekuatan dan kemampuan untuk terus membantu dan menyayangi mereka yang digelar oleh 'masyarakatku' sebagai WARGA EMAS ini....Ya Allah Ya Tuhanku...bukakan lah hati sahabat-sahabatku untuk terus menyayangi ibu bapa mereka..amin

::AL-QURAN MERUNGKAI CARA MENGESAN PENIPUAN::

Subhanallah...sangat luar biasa..itu yang mampu FPA rungkaikan bila membaca artikel ini.Justeru itu,FPA kongsikan bersama rakan-rakan pembaca blog ini.

:::DITIMPA MUSIBAH KERANA MEMBELAKANGKAN SUAMI:::

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.Kisah teladan yang seterusnya ingin FPA kongsikan ialah kisah seorang isteri yang ditimpa musibah akibat membelakangkan suaminya walaupun perbuatannya itu perbuatan baik.Sama-sama kita semua renungkan.

:::AYAH, TARIK SAYA KELUAR, KAKI SAYA TERLEKAT:::

Assalamualaikum,pada pertemuan kali ini FPA ingin kongsikan sebuah kisah teladan untuk renungan kita semua.Benar atau tidak kisah ini hanya Allah yang tahu,namun kita ambil lah pengajaran dari cerita ini untuk dijadikan panduan dalam menghadapi hidup pada hari mendatang. Spend ckit masa baca citer ni..ambik iktibar dari kejadian yg terjadi & Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. I September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng -gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati . Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka. ” Bincang apa tu ? Serius aku tengok,” saya menyapa. ” Haaa… Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?” kata Jaimi, kawan saya. ” Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak faham bah,” jawab saya. Memang saya tak faham kerana...

:::Kisah 3 Lelaki:::

Assalamualaikum...bertemu lagi pada entri terkini untuk hari ini.Kali ini FPA nak kongsikan sebuah kisah untuk dijadikan teladan untuk kita semua.Sama-sama lah kita renungkan kisah ini dan share lah bersama-sama rakan-rakan lain untuk saling mengingati sesama kita. SUMBER:FB Bila Hati Berbicara Kisah 3 orang lelaki..... Tiga orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam. Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu. Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar. Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya, “Akulah orang yang paling kejam”, Tidak berpuashati, lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu, merogolnya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati. Dan dia berkata “Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku”. Lelaki ketiga pula ...

:::Misteri Lembaga Hitam Terbongkar!!!:::

GOMBAK: Usaha seorang lelaki memasang kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh rumah untuk menjejak ‘lembaga hitam’ yang sering dikesan di kawasan rumahnya membawa kepada penemuan mengejutkan kerana lembaga itu rupa-rupanya teman lelaki anaknya.

:::Kisah Penjual Tempe:::

Assalamualaikum semua..hari ini FPA ingin berkongsi kisah teladan seorang penjual tempe...kisah ini FPA petik dari FB Jom Berdakwah Di FB...FPA postkan dibawah ini beserta moral daripada cerita ini.Jom sama-sama kita baca,fikir dan renungkan bersama-sama. SUMBER:Jom Berdakwah Di FB Kisah Penjual Tempe... Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup.Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri. Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua it...

:::Takhta!!!:::

Assalamualaikum & Salam sejahtera buat semua.... Hari ini FPA ingin berkongsi Lirik Pilihan lagu Takhta nyanyian Filsuf & Erna dari OST Filem KL Gangster.Cuba rakan-rakan baca dan hayati lirik lagu ni...dalam maksudnya kan...hehehhe...peace no war!!!

:::Siapa Malik Abdul Aziz???:::

Sebut nama Malik Abdul Aziz pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan orangnya.Untuk makluman semua pengunjung blog FPA,Malik Abdul Aziz ialah nama Islam bagi Mike Tyson,jaguh tinju dunia pada suatu ketika dulu.Gambar diatas ialah gambar sewaktu beliau mengerjakan Haji.

:::Kereta terbabas, dua beranak maut:::

KUANTAN - Dua beranak yang dalam perjalanan pulang beraya terbunuh selepas kereta jenis Honda Accord dinaiki mereka bersama empat ahli keluarga lain terbabas di simpang Kampung Batu Tanah Merah dekat Jalan Kuantan -Pekan di sini petang semalam. Mangsa yang maut ialah pemandu kereta itu, Yusmawati Mat Yusof, 36, seorang pengusaha kad kahwin bersama anak bongsunya, Ahmad Rizqin Ramli, 2, beralamat di Taman Cenderawasih di sini. Manakala empat lagi penumpang, juga dipercayai anak Yusmawati mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk mendapatkan rawatan. SUMBER=Kosmo! Online Bercerita mengenai kemalangan ngeri ini,FPA ada melalui kawasan kemalangan kira-kira sejam selepas kemalangan berlaku namun kali ini tidak seperti kebiasaan FPA tidak memberhentikan kenderaan untuk meninjau kemalangan atas beberapa faktor antaranya ialah suasana yang begitu sibuk dengan kenderaan yang berhenti melihat disamping kawasan kemalangan yang berada diselekoh tajam ...

:::Budak-Budak Sekarang Dah Manja:::

Sekitar tahun 1980-an, ibu-bapa sangat senang hati dengan hidup. Walaupun tidak bekerja tinggi dan kaya raya, namun hasil yang diperolehi cukup malah lebih untuk menampung hidup sekeluarga. Bila anak-anak bermain diluar ibu-bapa tidak bimbang kerana mereka tidak perlu bimbang kemana anak-anak pergi, paling jauh pun ke kampung sebelah. Anak-anak sangat memahami ibu-bapa, tidak pula suka meminta-minta dan tidak ada pula sikap saling nak mendahului antara rakan. Pergi sekolah hanya berjalan kaki saja, ada sesetengah yang menaiki basikal. Yang beruntung ada motor, bapa pergi dan ambil. Zaman itu bas sekolah, belum ada, motor pula hanya orang yang berharta lebih sikit dapatlah guna, nak pergi sekolah kena jalan sejauh 20km, redah hutan, hujan, lecak, panas terik dan sebagainya. Budak-budak pergi sekolah pukul 4.30 dah bangun. Tapi orang dulu tetap gembira. Zaman sekarang?, boleh digelar zaman manja. Budak-budak sekarang dah manja. Ibu-bapa sering saja pening kepala, duit cukup dan berharta...

:::KISAH WANITA DAN SEBUNGKUS BISKUT:::

Assalamualaikum..hai ape kabo semua...hari ni FPA nak kongsikan sedikit cerita untuk dijadikan teladan oleh kita semua....walaupun hanya cerita mengenai biskut....namun ada mesej yang berguna disebaliknya...renung-renungkan.... Kisah ini berlaku di salah lapangan terbang. Seorang wanita membeli sebungkus biskut dan disimpannya dalam beg tangannya. Sementara menunggu waktu berlepas, beliau singgah di sebuah restoran. Wanita itu melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi di restoran tersebut, dimana seorang lelaki sedia ada duduk di sebelah wanita tersebut. Kebetulan tiada lagi tempat/ meja lain tanpa pelanggan. Wanita itu rasa tidak selesa, namun tetap memesan minuman dan setelah minuman dipesan dihidangkan diatas meja dihadapannya. Beliau mula membasahkan tekak dan mengunyah sekeping demi sekeping biskut daripada atas meja itu. Wanita itu rasa amat geram dan tidak senang hati apabila lelaki di sebelahnya turut memakan biskut tersebut. Dalam hatinya berkata , "Sedapnya kamu memakan bi...

:::20 perkara membuatkan wanita membencikan lelaki:::

Assalamualaikum & salam sejahtera...dikesempatan ini FPA nak kongsikan 20 perkara yang membuatkan wanita akan membenci lelaki...boleh dijadikan renungan kepada lelaki jika tak mahu kehilangan orang tersayang...peringatan buat FPA jugak!!!! 1. MENINGGIKAN SUARA Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah. 2. MAIN KAYU TIGA Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya. 3. SUKA ‘CUCI MATA’ Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga...

:::Disebalik Keseriusan Seorang Ayah:::

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.?? Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.. Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kol...

:::5 LARANGAN SEMASA TIDUR:::

Manusia dapat bertahan 2 minggu tanpa makan, tetapi ha...nya bertahan 1 minggu saja tanpa rehat. Tidur adalah waktu istirehat yang sangat baik, dengan tidur organ-organ tubuh kita dapat beristirehat. Kekurangan tidur dapat merosakkan organ dan otak kita. 1. Jangan Tidur Pakai Jam Tangan Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya. 2. Jagan Tidur Pakai Coli (buat perempuan) Para pengkaji di Amerika mengatakan bahawa memakai coli lebih 12 jam, boleh mengakibatkan kanser payudara. 3. Jangan Tidur Bersama Handphone Gelombang Medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem syaraf kita 4. Jangan Tidur Dengan Make-Up Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas 5. Jangan Tidur Dengan Suami / Isteri Orang Ini kerana anda mungkin tidak akan bangun-bangun lagi.