[ Debut Pertama] 2013. Latihan di pada hari itu hanya dihadiri oleh dua belas daripada dua puluh lima pemain yang sepatutnya hadir.Komitmen kelas,briged,test dan exam sudah sebati dalam senarai alasan ketidakhadiran pemain ke padang latihan. Tanpa kelibat beberapa pemain utama yang lain,latihan petang ini kelihatan agak sunyi sepi.Sesi latihan terlalu menjadi formal seperti dalam kelas pembelajaran fakulti kejuruteraan kimia. “Ok guys pemain,hari ini memandangkan hanya dua belas orang yang hadir termasuk dua penjaga gol,kita akan buat latihan untuk meningkatkan lagi kemahiran awak semua disaat sebelum bola diterima,ketika bola diterima dan selepas bola diterima”terang ringkas jurulatih sebelum menyambung penerangannya lagi. “Saya nak sebelum bola dihantar kepada awak,bagi ruang kepada rakan yang sedang ada bola dikaki pilihan untuk dia buat pilihan melakukan hantaran.Ingat,pilihan mestilah lebih dari satu.Faham?” “Faham coach!!” jawab pemain secara serentak...
Pakar Perunding Perlindungan Pendapatan Anda