Skip to main content

:::Dulu Kini dan Selamanya:::




Dulu..kita tak pernah mengenali,
Dulu..kita tak pernah bertegur sapa,
Dulu..kita tak pernah bersalam,
Dulu..kita tak pernah bergurau senda,
Dulu..kita tak pernah bantu membantu,
Dulu..kita tak pernah berkongsi ilmu,
Dulu..kita tak pernah makan dan minum bersama,
Dulu..kita bukan dalam satu saf yang sama,
Dulu..kau-kau..aku-aku,
Dulu..semuanya tak pernah kita kongsi bersama....

Kini..kita saling mengenali...
Kini..kita saling bertegur sapa..
Kini..kita akan sering kali bersalam..
Kini..kita tak lekang dari gurau senda..
Kini..yang susah pasti kita bantu..
Kini..kita selalu berkongsi ilmu..
Kini..makan dan minum kita kerap bersama..
Kini..kita dalam satu saf..
Kini..tiada lagi kau-kau..aku-aku...
Kini..hampir semuanya kita kongsi bersama..

Namun..
Adakah kita akan saling mengenali selamanya?
Adakah kita akan saling bertegur selamanya?
Adakah kita akan sering bersalam selamanya?
Adakah kita akan bergurau senda selamanya?
Adakah kita akan bantu membantu selamanya?
Adakah kita akan berkongsi ilmu selamanya?
Adakah kita akan makan minum bersama selamanya?
Adakah kita dalam satu saf selamanya?
Adakah kita akan kongsi semuanya selamanya?

Sahabat..
Semuanya akan kita tempuhi bersama Dulu,Kini dan Selamanya seandainya kita mengerti dan menyelami apa erti sebenar setiakawan.....

Love you all....

-farid paduka ali-
12 Ogos 2011
8:48 pagi

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...