Skip to main content

Posts

Showing posts with the label ucapan

Teruskan menyokong kami

Assalamualaikum.. Dikesempatan ini FPA ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang menyokong perjuangan SIC Pahang terutama yang sudah LIKE Fan Page SIC Pahang dan yang menyertai Group Rasmi SIC Pahang .

Masa untuk berubah wajah

Assalamualaikum, Terlebih dahulu FPA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung-pengunjung blog FPA ini,kepada saudara mara,rakan-rakan yang menyokong FPA selama ini,Maaf Zahir Batin FPA pohonkan.

::OFFICIAL FROM FPA-UCAPAN SELAMAT HARI RAYA::

Assalamualaikum, Dikesempatan ini saya ingin memohon kemaafan kepada semua ahli keluarga,saudara mara,rakan taulan,keluarga besar SIC,sahabat FB,rakan blogger dan semua yang mengenali diri saya sempena Syawal yang bakal tiba ini. Selamat Hari Raya..Maaf Zahir dan Batin..semoga Syawal ini menghadirkan 1001 rahmatNYA kepada kita semua..Insya Allah... Yang Ikhlas, Mohd Farid Bin Md Ali ::R.V.T:: ~KAMI PEDULI-KAMI PRIHATIN-KAMI MEMBANTU~

Permohonan maaf kepada rakan-rakan SIC Pahang

  Assalamualaikum, Terlebih dahulu sy ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan-rakan SIC Pahang semua. Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada semua diatas kegagalan saya untuk memberi komitmen pada program-program dan aktiviti SIC Pahang sepanjang tempoh 2-3 bulan ini diatas beberapa perkara yang perlu diselesaikan segera disamping komitmen terhadap kerja hakiki serta tanggungjawab pada keluarga. Sehubungan itu segala urusan berkaitan SIC Pahang boleh berhubung dengan Timbalan Pengerusi SIC Pahang,saudara Shahsagasilver Fiore atau Setiausaha SIC Pahang,Saudara Amar Sic .Anda juga boleh berhubung terus dengan AJK Kawasan masing-masing untuk sebarang pertanyaan. Segala kesulitan amat dikesali,moga bertemu lagi dilain waktu dan event.Akhir kata sambutlah salam penuh kemaafan dari saya seisi keluarga. Semoga bertemu lagi dilain masa..saya sayang anda semua "we unite as a one big family" Yang Benar, Farid Paduka Sic

~Sempena 2012,nama blog FPA ditukar~

Assalamualaikum, Sempena tahun baru yang sudah 12 hari melabuhkan tirai,FPA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca dan pengunjung blog FPA ini. Dan sempena tahun baru ini,FPA mengumumkan bahawa nama blog FPA telah ditukar daripada Mentari Jingga kepada What's Next?.Walaupun ditukar,content dan hala tuju perjuangan wadah didalam blog ini tidak pernah berubah. Semoga rakan-rakan dapat menerima perubahan ini.Sekian terima kasih.

:::Tahniah Khairul Omar:::

Dikesempatan ini FPA ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Penasihat SIC Pahang yang juga Naib Presiden 1 SIC Malaysia,Khairul Omar Bin Othman atau lebih dikenali dengan panggilan Skrool dan pasangannya yang telahpun bernikah pada 11/11/11 baru-baru ini dengan ucapan Semoga Berbahagia Hingga Ke Akhirnya.Selamat menempuhi alam rumah tangga dan tabah menharungi dugaanya.Dikesempatan ini juga FPA ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli SIC Pahang yang menjayakan Konvoi Raikan Cinta Raja Sehari pada 12/11/11.Terima kasih tak terhingga juga kepada Presiden SIC Malaysia,Mat_7824,Boss JBK,Cikgu Syam,Boy Rimau dan otai-otai SIC yang lain kerana sudi bersama-sama berkonvoi pada majlis ini.Berikut FPA sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan.

:::Reborn:::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pada entri kali ini FPA ingin mengumumkan penukaran nama blog ini daripada Blog Farid Paduka kepada Mentari Jingga.Penukaran ini FPA lakukan atas dasar perubahan yang disampaikan oleh blog ini yang sebelum ini lebih kepada blog peribadi ke blog yang lebih banyak berkongsi info dan kisah teladan untuk dikongsi bersama.

:::Selamat ulangtahun penubuhan kepada SIC Bentong dan SIC Rompin:::

Assalamualaikum dan Salam Kekeluargaan Buat Semua, Sedar tak sedar kita telah memasuki bulan Oktober dimana ianya memberi petunjuk bahawa kita sudah menghampiri fasa penghujung tahun 2011.Begitu cepat waktu berlalu meninggalkan kita. Menyingkap fasa kedua tahun 2011 ini saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Penubuhan SIC Rompin dan SIC Bentong yang telah ditubuhkan kira-kira setahun yang lalu. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua cawangan yang bernaung dibawah SIC Pahang kerana telah berjaya membuka lembaran baru kepada pencinta-pencinta kereta nasional Proton Saga dan Iswara di kedua-dua daerah tersebut untuk mendaftar seterusnya menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan.Tahniah juga kepada kedua-dua daerah diatas perkembangan pesat penambahan ahli yang agak memberangsangkan sepanjang 2010-2011 dimana ianya sudah hampir mencecah jumlah keahlian yang sama dengan daerah-daerah yang lebih senior. Sempena ulangtahun penubuhan ini saya berharap nilai semangat kek...

:::Photoshot Otomania:Sekalung Penghargaan:::

Assalamualaikum dan Salam Kekeluargaan buat semua rakan-rakan, Dikesempatan ini walaupun agak terlewat 2 hari,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga SIC Pahang diatas komitmen semua untuk hadir ke Sesi Photoshot Bersama Majalah Otomania & BBQ Silaturrahim SIC Pahang 2011 pada 09/10/11 baru-baru ini.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan daripada SIC N9 yang sudi hadir memeriahkan sesi pada kali ini. Sesungguhnya komitmen rakan-rakan yang hadir amat saya hargai kerana ianya amat diperlukan bagi memartabatkan kelab yang dicintai ini.Semoga usaha yang kita semua lakukan selama ini akan berjaya hendaknya. Dikesempatan ini saya selaku wakil tuan rumah ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam majlis kami.Moga bertemu lagi dilain masa. Sekian, "we unite as a one big family"

::: 16 September 2011:Detik terbaik untuk dikenang selamanya :::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua, Alhamdulillah 16 September 2011 sudah berjaya dilalui dengan jayanya oleh SIC Pahang.Detik ini adalah detik terbaik untuk dikenang oleh seluruh warga SIC Pahang tidak kira yang terlibat mahupun yang menyokong warga SIC Pahang yang terlibat dengan Perarakan Hari Kemerdekaan Ke-54 Peringkat Negeri Pahang. Sejak mula bertapak dinegeri Pahang sejak pertengahan 2007,tarikh 16 September 2011 merupakan detik gemilang buat SIC Pahang apabila sebanyak 8 buah(10 pada asalnya) diberi peluang dan kesempatan untuk melakukan Lintas Hormat di hadapan Pentas Diraja pada Sambutan Kemerdekaan pada tahun ini. Bermula dengan jemputan menghadiri mesyuarat pada penghujung ramadhan lepas,SIC Pahang terus mendapat jemputan yang dianjurkan oleh Badan-Badan Bukan Kerajaan(NGO),Majlis Belia dan rakan-rakan kelab berkereta yang lain.Majlis Ramah Mesra Bersama YAB Menteri Besar Pahang pada minggu lepas menjadi satu detik permulaan pencetus hubungan baik SIC Pahang be...

::: Antara Photoshoot dan Drag Battle Challenge :::

Assalamualaikum, Saya dengan ini ingin menjemput seluruh warga KPPSIM-SIC PAHANG untuk hadir ke Sesi Photoshoot KPPSIM-SIC Cawangan Pahang Bersama Majalah Otomania pada 18 September 2011 ini pada jam 1:00 petang bertempat di Stadium Tertutup SUKPA,Indera Mahkota,Kuantan.Meetpoint ialah pada jam 12:00 tghari di Taman Kerang,Kuantan. Kepada rakan-rakan yang ingin berkonvoi pada hari tersebut saya nasihatkan berhati-hati dijalanraya dan kepada yang tidak dapat hadir terutama yang terlibat dengan Drag Battle Challenge di Jengka pada hari tersebut saya ingin mengucapkan selamat berjuang demi mengharumkan nama KPPSIM-SIC Pahang di pertandingan tersebut.Sesungguhnya kami di ADMIN KPPSIM-SIC Pahang menyokong penuh penyertaan anda semua dipertandingan tersebut. Akhirkata,saya amat berterima kasih kepada semua warga KPPSIM-SIC Pahang diatas komitmen dan kerjasama semua dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh KPPSIM-SIC Pahang.Semoga hubungan keluarga besar kita ini akan terus kekal utuh selam...

::: SIC Pahang dalam Perarakan Hari Kemerdekaan Ke-54 :::

Malam tadi aku sempat menghadiri Mesyuarat Perarakan Sempena Hari Kemerdekaan Ke-54 Peringkat Negeri Pahang di Kompleks Belia & Sukan Pahang apabila dijemput oleh Jabatan Belia & Sukan Negeri dan Majlis Belia Daerah Kuantan. Mula-mula sedikit suprise apabila SIC Pahang dijemput sama-sama dalam perbarisan bersama beberapa kelab lain bagi memartabatkan kereta keluaran negara.Bersama beberapa kelab kereta berjenama Proton yang lain,SIC Pahang diberi slot sebanyak 6 buah bagi mewakili Kontijen Belia Pahang dalam perarakan itu nanti. Timbul sedikit rasa bangga apabila SIC akan dapat melakukan lintas hormat dihadapan pentas VIP dan Pentas Diraja pada 16 September iu nanti.Sudah pasti ianya secara tidak langsung mempromosikan lagi SIC Pahang kepada masyarakat setempat. Alhamdulillah usaha Admin SIC Pahang untuk terus mempromosikan SIC Pahang kini berada dilandasan yang tepat apabila turut dijemput ke sesi photoshot Majalah Otomania 2 hari kemudian.Ianya merupakan satu pengh...

:::Salam Aidilfitri buat semua:::

Assalamualaikum buat semua.. Syukur kehadrat ilahi saya masih dibekalkan nyawa untuk terus menikmati kehidupan dimuka bumi pinjamanNya ini. Sedar tak sedar kita sudah sampai ke penghujung Ramadhan dan bakal merayakan Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.Dikesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan kepada semua sanak saudara,rakan sekerja,teman sepermainan,rakan-rakan KPPSIM-SIC.rakan-rakan FB,teman-teman blogger dan semua yang mengenali diri saya dengan ucapan Maaf Zahir Batin,maafkan seandainya ada salah dan silap. Kepada saudara mara dan ahli keluarga maafkan sekiranya ada tutur kata dan perbuatan yang menyinggung semua.Moga kehadiran syawal ini akan lebih mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sesama kita. Dan kepada rakan sekerja,sesungguhnya kita tidak dapat lari dari perselisihan faham dan pendapat dalam memastikan khidmat terbaik kepada tanggungjawab yang diberikan.Maafkan segala keterlanjuran kata dan perbuatan diri ini sekiranya ada ...

:::Sedikit perubahan ceritanya tetap sama:::

Wah...macam menarik je tajuk posting FPA pada kali ini...kenapa erk?apa maksudnya?sebenarnya bermula hari ini 23 Ogos 2011 ada sedikit perubahan pada Blog FPA dimana banner blog ini telah ditukar kepada yang lebih membawa imej terkini FPA... Namun begitu..tiada perubahan pada dasar dan hala tuju blog ini selain daripada menyampaikan apa yang berlaku dalam kehidupan FPA dalam seharian..semuanya tentang diriku disini.... Kepada pengunjung-pengunjung blog ini..hope enjoy...

:::Sekalung Penghargaan:::

Assalamualaikum... Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan SIC Rompin Crew diatas kejayaan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa KPPSIM-SIC Pahang pada 20 Ogos 2011 baru-baru ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan dari SIC Segamat,SIC Keratong dan SIC Mersing diatas kesudian hadir memeriahkan majlis ini.Semoga ikatan persahabatan antara kedua-dua belah pihak terus mantap dan berkekalan sampai bila-bila. Kepada seluruh warga SIC Pahang yang hadir,terima kasih dan tahniah kepada semua..anda semua memang terbaik...semoga semangat kekeluargaan yang terjalin antara kita semua menjadi pemangkin kearah kejayaan yang lebih gemilang. Akhir kata,semoga SIC Pahang terus gemilang dengan aktiviti yang lebih baik pada masa hadapan.

:::Selamat Bertunang Encik Kuda Kayu:::

Assalamualaikum... Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Bertunang kepada Tuan Penasihat KPPSIM-SIC Cawangan Pahang yang juga Naib Presiden 1 KPPSIM-SIC Malaysia,Encik Skrool a.k.a Kuda Kayu yang melangsungkan pertunangan pada Sabtu,30 Julai 2011 yang lalu. Saya mewakili seluruh rakan-rakan KPPSIM-SIC Cawangan Pahang mendoakan semoga kalian berdua diberkati dan ikatan ini dipelihara Allah.Mohon maaf tak dapat hadir majlis baru-baru ini,insya Allah pada majlis perkahwinan nanti kita berkonvoi ramai-ramai. Dikesempatan ini juga saya siarkan secara ekslusif sekeping gambar pasangan ini.jangan marah tau...hehehe....

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum, Hari ini seluruh umat Islam memulakan ibadah puasa.Cepat sungguh masa berlalu,rasa seperti baharu sahaja aku melalui detik ini. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh warga KPPSIM-SIC Malaysia,rakan-rakan sekerja,saudara mara,rakan-rakan sekolej dulu,teman-teman sepermainan sejak zaman sekolah..dari Sekolah Kebangsaan Rompin,Sekolah Menengah Kebangsaan rompin,Sekolah Menengah kebangsaan Air Putih dan Sekolah Menengah kebangsaan St.Thomas semoga amalan kita pada ramadhan ini diberkati Allah. Dikesempatan ini juga saya ingin memohon keampunan andai ada salah dan silap selama ini. Ikhlas, Farid Paduka Ali.

~Salam kerinduan buat semua~

Assalamualaikum... Aduiii..rasanya dah agak lama x update post kat blog kesayangan ni...seminggu sebelum Grand Official TT kat Kuantan hari tu sampailah semalam memang x sempat langsung nk update blog....gambar-gambar menarik masa Grand Official TT pun xsempat langsung nak posting.... Ape2 pun insya Allah dalam masa terdekat saya akan cuba post gambar-gambar tu....sbb start jumaat dah outstaion..jd lepas jumaat x dapat update lagi... ok la..den poei dulu...jumpo lagi erk....

~Kekaguman di hari Ahad~

Assalamualaikum... Hari ini aku menghabiskan masa hujung minggu dengan bersantai bersama rakan-rakan SIC Pahang-Kuantan Crew yang menjalankan aktiviti Sunday Drive ke Sungai Lembing. Pada jam 11 pagi,11 buah kereta ahli Kuantan Crew bergerak ke Muzium Sungai Lembing.Pehh..dah banyak kali datang Sungai Lembing baru hari ni berkesempatan masuk ke Muzium Sungai Lembing.Terus-terang banyak pengetahuan yang diketahui oleh kami semua terutamanya sejarah Sungai Lembing yang pernah terkenal sebagai kawasan perlombongan yang popular beratus tahun yang lalu. Selepas 2 jam menghabiskan waktu di muzium kami mula bergerak ke kawasan perkelahan Pasir Kubur,Sungai Lembing.Banyak masa dihabiskan disini dengan mandi manda,makan dan bergurau senda bersama rakan-rakan SIC Kuantan Crew. Tahniah kepada AJK Kuantan,saudara Lang Limo diatas kejayaan menganjurkan event yang simple tapi membawa kesan yang mendalam.Tahniah juga kepada Ajk Kawasan Rompin,Bera dan Temerloh diatas kejayaan menganjurkan event yang ...