
Malam tadi aku sempat menghadiri Mesyuarat Perarakan Sempena Hari Kemerdekaan Ke-54 Peringkat Negeri Pahang di Kompleks Belia & Sukan Pahang apabila dijemput oleh Jabatan Belia & Sukan Negeri dan Majlis Belia Daerah Kuantan.
Mula-mula sedikit suprise apabila SIC Pahang dijemput sama-sama dalam perbarisan bersama beberapa kelab lain bagi memartabatkan kereta keluaran negara.Bersama beberapa kelab kereta berjenama Proton yang lain,SIC Pahang diberi slot sebanyak 6 buah bagi mewakili Kontijen Belia Pahang dalam perarakan itu nanti.
Timbul sedikit rasa bangga apabila SIC akan dapat melakukan lintas hormat dihadapan pentas VIP dan Pentas Diraja pada 16 September iu nanti.Sudah pasti ianya secara tidak langsung mempromosikan lagi SIC Pahang kepada masyarakat setempat.
Alhamdulillah usaha Admin SIC Pahang untuk terus mempromosikan SIC Pahang kini berada dilandasan yang tepat apabila turut dijemput ke sesi photoshot Majalah Otomania 2 hari kemudian.Ianya merupakan satu penghargaan yang besar buat seluruh warga SIC Pahang diatas komitmen mereka selama ini dalam menaikkan lagi nama kelab.
Semoga segala yang dirancang akan berjalan dengan sempurna.Kepada warga SIC di Kuantan..nantikan kemunculan kami di Perarakan Hari Kemerdekaan nanti kerana ianya adalah antara satu sejarah yang dicipta oleh SIC Pahang untuk dikenang sampai bila-bila.
Impianku ialah ingin melihat SIC Pahang menjadi salah satu kelab yang paling aktif dan segani di negeri ini.Semoga impian ini akan jadi kenyataan.
"we unite as a one big family"
love you all...
Comments