Skip to main content

Posts

Showing posts with the label LUAHAN

40 hari tanpa arwah abah

Assalamualaikum, Hari ini 31 Julai 2012 sedar tak sedar sudah masuk hari ke-40 arwah abah meninggalkan kami sekeluarga.Cepatnya masa berlalu pergi..Ya Allah sesungguhnya aku begitu merindui arwah.Hanya doa yang mampu ku utuskan buat arwah.

:::2 minggu tanpa arwah abah:::

Assalamualaikum, Terlebih dahulu FPA ingin mengajak semua rakan-rakan sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah abah FPA dan seluruh umat Islam yang telah pergi meninggalkan kita...Al-Fatihah..semoga mereka ditempatkan bersama-sama para shuhada kelak..amin... Tanggal 22 Jun 2012,Jumaat, kira-kira jam 12:34 tengahari FPA telah kehilangan seorang ayah yang selama ini menjaga FPA sejak dari kecil sehingga mengenal dunia.Walaupun bukan bapa kandung,abah dan ma telah menjaga FPA dengan penuh kasih sayang dan memberi segala keperluan kepada FPA seperti ibubapa lain menjaga dan mendidik anak-anak mereka.

:::Dipersimpangan Berlampu Isyarat Keramat Ulung:::

Sekali lagi aku berada dipersimpangan berlampu isyarat.... Dari jauh kelihatan warna Merah,Kuning dan Hijau bercahaya menerangi persimpangan ini... Kini aku berhenti betul-betul dipersimpangan ini... Apa tindakan yang harus aku lakukan....mempercayai lampu isyarat itu mahupun tidak... Andai aku mempercayai lampu merah...maka aku harus berhenti disini tanpa harus memikir apa lagi yang ada di sepanjang jalan berliku dihadapan..cukup lah sampai disini...berumah dan berkampung disini sahaja sudah memadai..perjalanan sebelum ini cukup meletihkan...onak duri,selekoh tajam telah ku harungi... Seandainya aku mempercayai lampu kuning pula..tandanya aku harus bersedia untuk berhenti...mungkin tidak sekarang...namun mungkin dipersimpangan dihadapan seandainya disana aku mempercayai lampu merah pula...berada dipersimpangan dengan kepercayaan pada lampu kuning lebih memeningkan...apakah aku harus memperlahankan rentak pemanduan..atau terus memecut meninggalkan persimpangan ini..benar,aku tidak haru...

::: Hati tersentuh di DIC :::

Assalamualaikum, Hari ini FPA bersama rakan-rakan SIC Pahang Kuantan Crew sempat ke Majlis Hari Raya Drugs Intervention Community(DIC)Pahang.Alhamdulillah semenjak dua menjak ni SIC Pahang semakin kerap mendapat jemputan dari wakil Majlis Belia Negeri Pahang untuk menyertai aktiviti anjuran Majlis Belia mahupun majlis dimana Majlis Belia itu sendiri dijemput. Bermula dengan jemputan menyertai Upacara Perarakan Hari Kemerdekaan Ke54 dimana SIC Pahang diberikan 8 slot untuk menghantar 8 buah kereta ahli menyertai upacara bersejarah itu.Diikuti dengan Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Bersama NGO dan yang terkini Majlis Hari Raya DIC. Untuk makluman DIC ialah 1 komuniti yang mengumpulkan bekas-bekas penagih najis dadah yang dikumpulkan bagi diberi peluang pekerjaan,tempat tinggal,makan dan minum dan segala keperluan yang diperlukan rohani dan jasmani. Ketika mula menjejakkan kaki ke majlis tersebut,rasa bangga mula menusuk kalbu apabila melihat lautan tetamu mengunjungi majlis ini.Tern...

::: Antara kek coklat,tat nenas dan ragam Sang Oren :::

Semalam..25 Ogos 2011 dah berlalu dengan pelbagai perkara...Sang Oren dengan ragamnya...rasa sedeyy pun ada..huhuhu.. Pada saat entri ni ditulis,aku masih setia di depan HP Mini aku ni..menemani isteri tercinta menyiapkan tempahan kek coklat disamping membuat tat nenas untuk santapan sendiri di hari raya..Pehhh..kagum aku tengok isteri wat bermacam-macam kerja dalam 1 masa...kesian pun ada.. Bantu???apa la yang aku boleh bantu...nak tolong buat kek??nanti tak pasal-pasal jadi batu bata...nak tolong buat tat nenas,nanti silap-silap jadi pokok nenas...adoii..nak buat apa erkk??? Jadi aku hanya tolong tengok-tengok dan tolong hantar kek-kek tersebut kepada pembeli-pembeli lepas jumaat esok...nasib baik ambil cuti esok..boleh gi hantar kek sambil gunting rambut dan ke bengkel kereta.... Tapi apa yang pasti..pada tika dan saat ni..meleleh air liur aku tengok kek coklat dan tat nenas yang tengah dalam proses namun bila memikirkan ragam Sang Oren rasa x sabar nak tunggu pagi..si...

::: Sang Oren meragam menjelang Syawal :::

Adoiii...menjelang Syawal sekali lagi Sang Orenku buat hal.Sejak petang tadi asyik mati je bila tukar gear..pastu semput-semput...adoiii...banyak yang boleh dirumuskan penyakitnya...sama ada klac dah habis atau kaburator bermasalah atau distributor yang problem...antara yang paling aku risau seandainya klac yang habis sebab kosnya agak tinggi berbanding yang lain... Apa-apa pun esok kene bawk Sang Oren gi klinik..jumpa doktor..biar doktor yang merawatnya..hope xla serius sangat penyakitnya kali ini..adusss..bulan pose kali ni banyak sangat dia sakit...plzzz la Oren..dah dapat baju raya takkan nk meragam lagi...sabtu ni kita dah nak balik kampung...jangan la macam-macam....huhuhu...

:::Sesuatu yang telahku tinggalkan:::

Rindu memang rindu...namun aku terpaksa meninggalkan ketagihan ini kerna kesibukkan....terpaksa korbankan sesuatu untuk sesuatu..nak tahu apa dia???tak perlu diceritakan...cukuplah dengan meletak gambar-gambar dibawah.......

:::Bukan tak berkesempatan:::

Assalamualaikum... Sedar tak sedar dah 11 hari berpuasa namun kali ni belum sekali aku dan isteri berbuka diluar.Bukan sibuk atau ada tuntutan lain...tapi kami lebih selesa berbuka dirumah...menikmati masakan isteri...kuih muih yang dihidangkan membuat kami kalau boleh berbuka dirumah sahaja. Insya Allah jika tiada aral melintang aku dan isteri akan melangkau kebiasaan itu untuk melakukan sesuatu yang luar biasa bagi kami iaitu berbuka diatas padang berhampiran Masjid Negeri.Macam mana rasanya erk???tak pernah terfikir pun nak melakukannya tetapi bila melihat ramai rakan-rakan yang dah pergi..teringin jugak...huhuhu...maybe esok kot... Faktor kenaikkan harga barangan dan makanan juga antara faktor mengapa aku lebih rela berbuka dirumah... Apa-apa pun Ramadhan kali ini agak berlaianan dari tahun yang sudah....kenapa?aku pun tak pasti...tapi yang nyatanya banyak sekali kelainannya.....

:::Akaun Twitter Aku???:::

hahaha...boleh dikategori buta IT gak aku nih....dulu pernah register akaun Twitter pas tu langsung tak pernah on9.tadi try la bukak sebab tengok member register akaun baru..dekat sejam gak aku nak ingat password aku....akhirnye dapat gak bukak..cuma aku pening larr...guane nak guna mende ni???.. dah dekat setahun register pun ada 1 follower je..tu pun wife sendirik..kelakar betul la....rasa memang buta IT tahap gaban dah hari ni.... hehehe..kalu ada sesape leh tolong ajar aku gune Twitter ni leh la PM erk...kihkihkih....rajin pulak update blog hari ni....nampak sangat kurang bekerja hari ni..hehehe.... haahaha..sesape nak jadi follower Twitter aku leh ar klik "Follow My Twitter" pada blog aku ni erk..ape2 pun tenkiu rakan-rakan...

Terkenangkan adik-adik penghuni Rayss,Melaka

Entah kenapa sebaik membuka mata pagi ni ingatan aku kuat pada penghuni-penghuni Rumah Anak Yatim Sultan Salehuddin,Pantai Puteri,Melaka. Dah hampir setahun yang lalu,kami dari SIC Pahang mengunjungi mereka...apa khabar mereka sekarang agaknya?semoga seluruh warga RAYSS sihat sejahtera hendaknya.Dikesempatan ni aku nak post gambar-gambar kenangan bersama penghuni RAYSS,Melaka....

Tuah VS Jebat

Assalamualaikum.... Hari ni ai just nk bercerita pasal spirit atau semangat Hang Tuah dan Hang Jebat dalam kehidupan seharian kita. Seperti yang kita pelajari dalam subjek sejarah ketika sekolah rendah lagi mengenai sejarah Hang Tuah dan Hang Jebat ini walau ada segelintir masyarakat mengatakan ianya hanya sebuah mitos. Tidak kisah lah ianya samaada sejarah benar atau sebuah mitos namun secara teori dan pemahaman kita mengenai cerita disebalik kisah Tuah dan Jebat ini mungkin mempunyai huraian tersendiri.Mungkin ada yang mengatakan bahawa Hang Tuah adalah pahlawan sejati kerana sanggup membunuh Hang Jebat yang dianggap penderhaka. Namun pernahkah kita selami kenapa Hang Jebat menderhaka?anda fikir kenapa?Hang Jebat menderhaka kerana mempertahankan Hang Tuah yang difitnah dan dikatakan telah dihukum bunuh.Namun Hang Tuah telah muncul dan membunuhnya walaupun Jebat lah yang menuntut bela atas kematiannya(kononnya dihukum bunuh) Jadi pada pandangan saya,Hang Jebat menderhaka kerana dia me...

Rindunya.......

Dah lama x turun main bola tiba2 semalam berkesempatan turun training dengan team student UMP...penat jugak tapi rasa rindu terhadap bolasepak tu tiba2 meluap-luap....ditambah lagi dengan peluang membelek-belek album lama....rindu saat-saat beraksi dipadang... Namun entah bila diri ini akan dapat jadi seperti dulu..difikirkan dengan kelogikkan akal ianya agak mustahil..namun terus terang dinyatakan memang diri ini terlalu rindu untuk kembali bermain....hope,satu hari akan tiba untuk kembali berlatih dan bermain bersama rakan-rakan UMP FC yang lain...... Mungkin masih ada sinar kebangkitan untuk kita..insya Allah....

Lebih senang menjadi 'neutral".....diluah mak x mati..ditelan ayah xmati...

Lebih senang menjadi 'neutral".....diluah mak x mati..ditelan ayah xmati...??? Ape maksud yang tersirat disebaliknya??huhuhu...agak dalam kepada yang mengetahui dan agak cetek kepada yang tidak mengetahui..terpulang kepada yang menggali...smpai mana mahu digali...setakat jumpa tanah atau hingga jumpa mata air... Apa2 pun bagi ai..lagi senang menjadi 'neutral'....kalu motor honda cup ni...'neutral' ni maksudnya 'free gear'..jadi ai berhenti sini dulu la..sbb xde gear dah..hahaha..

Kerana 2 saat itu,aku masih bernyawa...

Kerana 2 saat itu aku masih bernyawa sekarang, Kerana 2 saat itu aku masih mampu mencoretkan sesuatu disini, Kerana 2 saat itu aku masih menikmati keindahan alam ciptaan Allah, Kerana 2 saat itu aku masih mampu berkata-kata, Dan, Kerana 2 saat itu aku masih mampu berjumpa keluargaku, Kerana 2 saat itu juga lah aku masih mampu bersua rakan taulan, Kerana 2 saat itu aku masih hidup, Kerana 2 saat itu aku masih mampu mencari rezeki, Sesungguhnya, 2 saat itu kurniaan Allah Swt, 2 saat itu menyedarkan aku tentang sesuatu, 2 saat itu mengingatkan aku kepada mati, 2 saat itu meyakinkan aku dengan Qada' dan Qadar, 2 saat itu akan membuat aku lebih berhati-hati.... Syukur kepadaMU Ya Allah kerana melindungi hambaMu ini dari segala keburukan...

Nasib baik tak kalah

Adoii...ngantuk plk mata pagi ni...malam tadi layan game EPL team yang paling ai sokoms iaitu Manchester United lwn Spurs.... 1st half still 0-0...game memang syok dgn aksi serang menyerang...2nd half plk rafael kene buang padang..adushh..memang teruk kena attck..nasib baik tak kalah je....anyway..tahniah Man U sebab still tak kalah... huhuhu..hope next game akan kembali menang lass..Glory!!Glory!!Glory!!!

Antara FB,Blog dan Forum...

Salam to allz.... Sebut saje pasal FB pada hari ini memang majoriti manusia dimuka bumi mempunyai FB sebagai penghubung antara sesama manusia.Tidak dinafikan FB pada hari ini adalah laman sosial yang paling berpengaruh dimuka bumi...hehhehe.. Beralih pada blog pula,kebanyakkan rakan-rakan aii sememangnya mempunyai blog peribadi.Ramai yang menggunakan blog sebagai medium untuk menambah pendapatan dengan mempromosikan barangan jualan atau perniagaan mereka.Namun ramai juga yang menggunakan blog sebagai alat untuk meluahkan perasaan dengan mencoretkan apa saja yang terbuku dihati diblog peribadi mereka. Manakala forum pula ialah antara ruang sembang-bincang yang juga hangat digunakan pada masa kini.Ada pelbagai forum yang melibatkan pelbagai kategori perbincangan pada masa kini. Bagi ai,semua ketiga-tiga alat komunikasi siber ini digunakan oleh ai.Ai mempunyai FB yang menghubungkan ai dengan rakan-rakan ai iaitu Farid Paduka Ali.Ai juga ada blog yang ai gunakan untuk mencoretkan apa saja ...

Dah lama tak mandikan "dia"...

Sedar tak sedar dah lama ai tak mandikan "dia"...bila tengok balik petang semalam keadaan dia yang comot dengan debu sana sini tergerak hati ai untuk mandikan dia,sebab sebelah malam ai ada TT Malam Minggu bersama rakan-rakan SIC Pahang Rhodongs di Taman Kerang,Kuantan. Lantas ai pun ambil 2 baldi untuk memandikan "dia"...dgn span lembut,ai menggosok badan "dia" dengan penuh lemah lembut.Tersenyum sendiri bila tengok bahagian yang sebelum ini kotor berdebu menjadi berkilat. Perasaan puas hati bila dapat memandikan sendiri kereta kesayangan ai.Berbanding dengan menghantar ke car wash,walaupun sedikit memakan masa namun kepuasan tu memang betul-betul membuat kita menghargai kereta yang membawa kita ke hulu ke hilir selama ini.

Kembali menanam rambut

Salam to allzz.... Dalam entri kali ni ai nak kongsi keinginan ai untuk 2011 ni..ai ingin kembali mempunyai rambut..hahaha..agak lucu kan?? Serius ai katakan memang sudah terlalu lama ai tak mempunyai rambut sebab sebelum ni 2 minggu sekali memang ai botakkan kepala....jadi dikesempatan ni ai akan post sedikit gambar kenangan mempunyai rambut yang dah lama ditinggalkan..cuma untuk tahun ni feshen apa yang ai pilih belum ditentukan lagi... adioss.....

"As I See"

Pandangan???Apa yang kita lihat?? Memang selalunya apa yang kita lihat dengan mata kita sama...tapi adakah tafsiran kita terhadap apa yang kita lihat itu juga sama?jawapannya memang tidak.Sebab setiap manusia ada tafsiran tersendiri terhadap apa yang dilihat.Jadi bukan hak kita untuk mempertikaikan tafsiran orang lain terhadap apa yang dilihat. Melihat bukan sekadar melihat....lihat lah dengan mata fikir...sesungguhnya melihat dengan mata fikir akan membuat setiap pandanganmu terhadap apa yang dilihat akan lebih membawa makna... "as i see"

2011 bakal lebih mencabar

Semalam,Sabtu 11 Disember 2010,saya tiba di perkarangan pejabat dari Bengkel Pemantapan dan Kecemerlangan Pusat Sukan UMP di Tiara Beach Resort,Teluk Kemang,port Dickson. Badan pun rasa sedikit letih dan kurang sihat namun saya gagahi juga demi untuk berjumpa rakan-rakan SIC Pahang pada sebelah malam setelah lama tidak berjumpa. Sebelum tidur saya sempat membelek apa yang dibincangkan sepanjang bengkel 3 hari yang lalu.Nampak dari apa yang dirancangkan dan sedikit penstrukturan semula,2011 yang bakal tiba nanti saya dapat rasakan sedikit mencabar dan padat dengan aktiviti.Namun walau apa pun situasinya saya harus bersedia dari segi mental dan fizikal. Dari zon kerjaya saya memikirkan juga zon minat dan hobi saya bersama rakan-rakan kelab,memandangkan jadual sepanjang 2011 dijangka terlalu padat,saya fikir tidak banyak aktiviti yang mampu saya rancangkan bersendirian jadi saya rasa perlu untuk segala aktiviti 2011 nanti diserahkan kepada AJK Aktiviti yang insya Allah akan dilantik selep...