Skip to main content

:::2 minggu tanpa arwah abah:::



Assalamualaikum,
Terlebih dahulu FPA ingin mengajak semua rakan-rakan sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah abah FPA dan seluruh umat Islam yang telah pergi meninggalkan kita...Al-Fatihah..semoga mereka ditempatkan bersama-sama para shuhada kelak..amin...

Tanggal 22 Jun 2012,Jumaat, kira-kira jam 12:34 tengahari FPA telah kehilangan seorang ayah yang selama ini menjaga FPA sejak dari kecil sehingga mengenal dunia.Walaupun bukan bapa kandung,abah dan ma telah menjaga FPA dengan penuh kasih sayang dan memberi segala keperluan kepada FPA seperti ibubapa lain menjaga dan mendidik anak-anak mereka.







Pemergian yang tidak disangka ini begitu mengejutkan FPA sekeluarga memandangkan arwah begitu sihat selama ini berbanding usianya yang telah mencecah 67 tahun pada tahun ini.Dengan kehidupan hariannya yang bermula seawal pagi dengan saban hari mengunjungi "jeti" bagi melepaskan kerinduanya kepada bot dan laut walaupun pada hari arwah tidak pergi memancing di laut.

Dan kadangkala rutinnya disambung pula di kebun dengan menghabiskan hidup sehariannya dengan pelbagai aktiviti yang memenuhi jadual hariannya.Begitu gemar memancing dan berkebun membuatkan arwah senantiasa sihat dimata kami.

Namun ujian ilahi tiba jua bagi kami sekeluarga bilamana arwah ditemui sedang bersandar di batang pokok di kebun kesayangannya setelah hampir 2 tahun tidak mengunjungi kebun itu berbanding kebun-kebunya yang lain.Menerima rawatan di Hopital Kuala Rompin sebelum  dipindahkan ke HTAA Kuantan memberikan kami perkhabaran realiti yang arwah ketika itu sedang kritikal bila mana hanya dibantu alat bantuan pernafasan.

Melihat keadaan arwah pada ketika itu timbul rasa kesal jauh disudut hati FPA bilamana sudah lebih sebulan tidak pulang ke Rompin untuk menziarahi keluarga.Dek kerana kesibukkan dunia FPA tiada kesempatan langsung untuk pulang.

Sejak dimasukan di HTAA FPA menghabiskan setiap detik dan saat FPA disamping abah dengan bacaan Yassin dan membisikkan kalimah syahadah ke telinga arwah.Dan selepas dimaklumkan oleh Doktor bahawa jantung abah boleh berhenti bila bila masa sahaja kerana otaknya telah gagal berfungsi ianya bagai satu tamparan hebat pada FPA.Jauh disudut hati FPA,FPA cuba untuk bersedia untuk sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.Rasa bersalah dan kesal senantiasa bermain dipermikiran FPA selepas itu.Namun FPA cuba untuk menjadi kuat didepan ma dan adik mengharapkan mereka akan terus kuat dan bersedia menerima sebarang kemungkinan.

Pada Khamis malam,tekanan darah abah mula rendah dan jururawat menasihatkan supaya diperbanyakkan bacaan Yassin dan membisikan kalimah syahadah ke telinga arwah.Alhamdulillah tekanan darah abah kembali normal selepas itu sehingga subuh.Selepas subuh FPA pulang ke rumah untuk mandi dan mengambil adik untuk dibawa ke hospital dan ketika mencari parking sekali lagi ma telefon mengatakan bahawa degupan jantung abah semakin lemah.Dan ketika itu FPA seperti ingin meraung bagi meluahkan kekesalan kerana telah lama tidak pulang menjenguk abah,ma dan adik namun memandangkan adik ada FPA cuba kuatkan diri untuk tidak menitiskan air mata didepan adik.FPA memang sudah lama tidak pulang dan berborak panjang dengan abah.Jadi bila melihat keadaan abah yang semakin lemah FPA seperti dapat rasakan yang FPA tidak akan berpeluang untuk berjumpa abah dan berborak panjang dengan abah lagi.

Masih segar diingatan saat akhir abah di HTAA..ketika FPA membisikan kalimah syahadah ketelinga abah tiba-tiba alat bantuan pernafasan yang membantu abah bernyawa itu terhenti dan doktor memeriksa dan mengesahkan abah telah pulang mengadap ilahi kira-kira jam 12.34 tengahari Jumaat 22 Jun 2012.Dan bermula detik itu FPA pada mulanya rasakan yang dunia ini bagaikan turut berakhir buat FPA namun apabila FPA memandang wajah ma dan adik,FPA kembali sedar bahawa FPA perlu kuat dan tabah mengharunginya demi ma dan adik.Jika FPA lemah maka lemahlah mereka.

Kini sedar tak sedar sudah genap 2 minggu arwah abah meninggalkan FPA.Sikit demi sedikit FPA cuba menyerap segala kesedihan yang ada bagi meneruskan hidup tanpa abah.Alhamdulillah,Allah mengurniakan kekuatan pada diri ini untuk mengharungi semua ini setakat ini.

Namun rasa kesal dan terkilan tetap tidak dapat dibuang dari diri FPA ini dan realitinya walau sekuat mana pun kita rasa menyesal kita sudah tidak mampu mengulang masa yang telah berlalu.Kepada rakan-rakan pembaca blog FPA ini,jika boleh senantiasa lah pulang ke kampung halaman menziarahi keluarga selagi mereka ada didunia ini.Jangan lah terlalu mengejar dunia dan kebendaan kerana bilamana ayah dan ibu kita dijemput mengadap ilahi sedangkan kita sebagai anak tidak sempat memohon keampunan diatas segala kesilapan dan kekhilafan kita terhadap mereka tiada apa yang mampu kita lakukan lagi melainkan rasa kekesalan yang menebal didalam jiwa.

FPA sedang dan telah melaluinya...moga apa yang FPA coretkan ini mampu dijadikan pengajaran kepada semua...sayangilah ibu dan ayah kita..ziarahlah mereka selalu...dan kata-kata arwah yang sering FPA ingat sejak dari kecil ialah "Hidup didunia ni hanyalah untuk membuat kebaikkan tanpa perlu mengharapkan balasan"


Semoga arwah abah ditempatkan bersama orang-orang beriman dan rohnya dicucuri rahmat..al-fatihah...

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...