Assalamualaikum, Kebelakangan ini Kuantan sering hujan sama ada disebelah petang mahupun sebelah malam menjelang pagi.Bersulam ribut petir dan angin kencang mengiringi hujan lebat yang turun itu.Dan setiap kali guruh berbunyi,petir berdentum dan hujan membasahi FPA akan teringatkan bagaimanakah nasib Pak Syed yang baru kami kunjungi pada 15 Ogos 2012 baru-baru ini. Pastinya tidur Pak Syed turut dihujani tempias hujan lebat itu.Atap dan dinding yang cukup tidak sempurna pasti akan mengiyakan kenyataan FPA ini.Jika anda mahu lebih pasti boleh rujuk artikel saya yang bertajuk [R.V.T] : Kenapa kami pilih untuk membantu Pak Syed? yang diterbitkan pada 16 ogos 2012(semalam).Disitu ada disertakan beberapa gambar sekitar 'Pondok Usang' Pak Syed ini.Jika belum cukup,anda boleh juga lihat di Album Singgah Ziarah ke Pondok Usang Pak Syed .
Pakar Perunding Perlindungan Pendapatan Anda