Skip to main content

Saat hujan lebat bagaimanakah nasibnya?

Assalamualaikum,
Kebelakangan ini Kuantan sering hujan sama ada disebelah petang mahupun sebelah malam menjelang pagi.Bersulam ribut petir dan angin kencang mengiringi hujan lebat yang turun itu.Dan setiap kali guruh berbunyi,petir berdentum dan hujan membasahi FPA akan teringatkan bagaimanakah nasib Pak Syed yang baru kami kunjungi pada 15 Ogos 2012 baru-baru ini.

Pastinya tidur Pak Syed turut dihujani tempias hujan lebat itu.Atap dan dinding yang cukup tidak sempurna pasti akan mengiyakan kenyataan FPA ini.Jika anda mahu lebih pasti boleh rujuk artikel saya yang bertajuk [R.V.T] : Kenapa kami pilih untuk membantu Pak Syed? yang diterbitkan pada 16 ogos 2012(semalam).Disitu ada disertakan beberapa gambar sekitar 'Pondok Usang' Pak Syed ini.Jika belum cukup,anda boleh juga lihat di Album Singgah Ziarah ke Pondok Usang Pak Syed .




Hujan,ribut,guruh dan petir itu anugerah dan rahmat Allah tapi sejauh mana kita berasa nikmatnya dan mapu untuk tidur lena disaat kita mengetahui ada insan yang pasti akan tidur dalam keadaan basah kuyup sehingga pagi?bagaimana perasaan kita?tercuit kah hati kita?jika anda ada rasa tersentuh maka bersyukurlah kerana kita masih dikurniakan hati dan perasaan.

Jadi bagaimanakah untuk kita mengatasi dan membantu nasib Pak Syed ini.FPA dan [R.V.T] serta SIC Pahang mungkin boleh menyediakan keperluan makan-pakai Pak Syed tetapi sampai bila kah Pak Syed akan terus tidur bertemankan hujan lebat,didodoikan ribut petir setiap kali apa yang dikatakan rahmat itu turun menemani bumi?.

Moga kehadiran Syawal ini akan membawa 1 titik perubahan kepada Pak Syed.Sama-sama lah kita doakan kesejahteraan Pak Syed.Terima kasih kepada semua yang respon selepas gambar-gambar dan artikel mengenai Pak Syed dikeluarkan di blog ini,Fan Page Rasmi SIC Pahang dan juga hasil perkongsian rakan-rakan yang prihatin.Insya Allah tuhan pasti membalas apa yang kita lakukan.

Kepada rakan-rakan FPA yang mempunyai cerita atau info untuk dikongsi berkaitan apa sahaja permasalahan,luahan berkaitan kawasan persekitaran anda boleh terus email ke farid_paduka@yahoo.com .Insya Allah FPA dan [R.V.T] akan cuba sedaya upaya membantu.

Sekian,
Selamat Hari Raya Aidil Fitri...petang ni FPA gerak balik ke Rompin...jangan lupa rakan-rakan di Rompin,jemput datang rumah.

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...