Skip to main content

Posts

Showing posts with the label SHARING IS CARING

Sudahkah anda?

  Perlindungan Pendapatan. Ianya bukan isu anda seorang bisnes owner,kerja kerajaan,kerja swasta,berniaga kecil,penghantar makanan atau apa sahaja pekerjaan anda. Tapi isunya adakah anda melindungi pendapatan anda. Bukan untuk anda sahaja,tapi untuk mereka yang perlu meneruskan kehidupan selepas ketiadaan anda. Hutang anda dan komitmen kehidupan,adakah anda wariskan KEMUDAHAN atau KESENGSARAAN? #incomeprotection

Satu Cina Mati,Satu Jutawan Lahir,Satu Melayu Mati,Satu Tanah Tergadai

  MELAYU KENA UBAH PEMIKIRAN ========================== Ah Seng : Selama awak bekerja di Takaful, berapa ramai orang melayu yg cakap tiada duit mahu diajak menyertai Takaful, masing2 mengatakan tiada duit. Hendak digunakan membeli kelengkapan perayaan, kelengkapan sekolah, minggu hadapan sahaja lah… dan akhirnya cancel.  Ah Seng : Orang Melayu sebenarnya baik, cerdik and they have a lot of money, but many of them, they sooo &£@%+ ! I don’t want to insult you, but that the truth. Agent 007 : "Terkejut & rasa nak marah pun ada".  Ah Seng : I’m sorry sebab I cakap mcm tu, but when you see lot of Chinese shop yg menjual handphone, casing handphone, benda2 bodoh mcm spongebob, dragonball that they put at their phone is useless. Ah Seng : But the buyer is Malay also they were Muslim. I thought they have a lot of money instead bought that useless thing. But when it come to saving for future, education they keep saying – just borrow. I thought that Islam thought you to se...

BUDAK TAKDIR

Assalamualaikum, 1st,saya nak bagi kredit pada pemilik asal kisah ni yang saya jumpa di fb pada 2016.Tidak tahu siapa pemilik asalnya. Di sebuah desa yang kecil, seorang anak muda bernama Aman tinggal bersama ayahnya yang rajin bekerja. Pada ketika dahulu, sewaktu Aman masih di tingkatan 1 dia bergaul dengan kawan² yang merokok. Suatu petang, Aman kantoi dengan ayahnya. Ayah: "Kenapa kau merokok Aman?? Ayah tak pernah ajar kau merokok" Aman: "Aman bukan minta untuk merokok ayah, tetapi ini sudah takdir Aman merokok." Ayah: "....Baik..." ============ 2 tahun kemudian, Aman kemalangan motosikal. Aman perlu bermalam di hospital 3 hari 2 malam. Ayah bergegas ke hospital melihat keadaan Aman. Ayah: "Kau bawak motor laju sangat Aman! Padanlah boleh kemalangan." Aman: "Bukan Aman minta untuk kemalangan Ayah. Kalau Aman bawa perlahan atau laju, Takdir tetap menentukan Aman kemalangan" Ayahnya berlalu meninggalkan Aman di hospital sendir...

Kisah Benar Lelaki Tua Berkain Pelikat Ini Akan Buatkan Anda Fikir Semula Tentang Kehidupan

Kisah ini saya terbaca pada 3 Ramadhan 1435 bersamaan Selasa 1 Julai 2014.Agak menarik perhatian untuk saya kongsikan bersama. SUMBER BACAAN SAYA ------------------------------------------------------------------- Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid. Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid. Rumah agam besar dan menarik. Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000 sedekah dan infaq. Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu. Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu. Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan? #1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

Apa itu "ULTRAS"?

Assalamualaikum, Akhir akhir ini fenomena "ultras" makin kelihatan menghiasi dunia bolasepak tanah air kita.Apa itu ULTRAS?FPA bukan orang yang paling tepat menjawabnya namun disini FPA kongsikan artikel dari orang kuat Ultras Malaya.Semoga artikel ini dapat menjawab persoalan semua pihak yang bertanya. Jiwa ULTRAS Artikel dalam bahagian ini diambil dari laman sesawang sumber kegilaan ini semua, Ultras Malaya kerana merekalah yang selayaknya untuk berbicara soal jiwa seorang ultra. 1. Apakah itu Ultras 2. Curva 3. Corteo 4. Tifo 5. Capo 6. Flares dan bom asap 7. Bagaimana mengenal ultras 8. 4 teras ultras 9. Perbezaan ultras dan hooligans. 10. Kesimpulan

Bolehkah kanak kanak bersenam?

Bolehkah kanak-kanak di bawah usia 12 tahun bersenam dan lakukan latihan bebanan? Telah sekian lama tersebar beberapa mitos. Antaranya senaman membuatkan kanak-kanak bantut. Sejauh mana kebenarannya? Di Malaysia, sebelum ini, pada awal tahun 2000, kalau anda perasan, ada satu syarat, iaitu gym tidak membenarkan mereka di bawah usia 16 tahun bersenam. Malaysia berada di zaman bila? Kemudian pada zaman Dato Azalina, isu ini telah dibawa dan diolah, boleh bersenam tetapi dengan bantuan jurulatih. Ketika itu program  FitKid  telah diperkenalkan dimana kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun pun boleh bersenam tetapi dengan perhatian pakar.

KECEDERAAN SUKAN

Apa itu kecederaan sukan atau  sport injury ? Kecederaan sukan merujuk kepada kecederaan yang berlaku semasa bersukan atau bersenam. Bila sebut nama kecederaan sukan, bukan bermaksud untuk mereka yang bermain sukan sahaja, anda yang bersenam di rumah pun jika berlaku kecederaan dimasukkan dalam kategori yang sama. Kenapa berlaku kecederaan? Mungkin disebabkan kemalangan ketika bersukan, teknik latihan atau amalan harian yang tidak betul, kejutan pada otot dan sebagainya. Entri hari ini, saya akan bercerita secara pendek tentang kecederaan yang biasa berlaku semasa bersukan atau bersenam. Boleh dikatakan, hampir semua yang saya jumpa setakat ini pernah rasa sakit otot. Anda pernah cedera?

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...

SOS! SOS! JOM MEMBANTU KAMAL AFFANDI HASHIM UNTUK TERUS BERCAKAP

"Kalau incase kepala saya meletup, halalkan semua saudara ku," ujarnya dalam gurau. "Bro, boleh jangan cakap macam itu. Bro akan selamat, bro tahukan saya memang pakar dalam gerak hati. Jadi saya kata, InsyaAllah tidak akan berlaku kejadian buruk," balas saya. Saya kemudian mengajukan soalan berikut ... "AVM itu apa?"

Derita tulang dada mengecut

Oleh: Wartawan Sinar Harian Tarikh: September 12, 2012 KUANTAN – Ibu bapa mana yang tidak pilu dan mengalirkan air mata apabila setiap hari terpaksa melihat anak kecil mereka terpaksa menanggung derita akibat penyakit kronik. Begitu jua situasi yang dihadapi pasangan Mohd Faiz Amat Seroh dan Marliana Mahmud dari Felda Lepar Hilir 2, apabila bayi mereka, Muhamad Airiel Fauzan berusia enam bulan menderita penyakit tulang dada mengecut sejak dilahirkan.

Kereta KAMI Jiwa KAMI,Kereta KAMI Hidup KAMI,Kereta KAMI Nyawa Kelab KAMI!!

" Kami membantah cadangan penghapusan kereta-kereta lama melebihi 15 tahun...ini hak kami selaku pengguna-pengguna kereta nasional..malah kelab kami adalah kelab yang memperjuangkan kereta-kereta nasional dari model keluaran pertama iaitu Proton Saga dan Iswara yang rata-ratanya sudah melebihi 15 tahun..bagi kami kereta yang kami guna seharian ini ialah aset "Sejarah Kebanggaan Negara"...jangan biarkan generasi pertama kereta Nasional ini PUPUS!!"

Bersyukur sebab menang nombor ekor

Faizal B. Abdullah, bersyukur sebab dapat setel-kan hutang2 keliling pinggang guna duit menang nombor ekor... p/s: samada Faizal B. Abdullah memang wujud dalam artikel nih atau ini memang sindiket menggunakan nama orang Islam untuk menarik perhatian dan minat orang Islam untuk berjudi @ main nombor ekor... Wallahualam! salah satu strategi untuk menyesatkan orang Islam... kiriman gambor nih dari sorang rodong, risalah nih dia dapat kat depan umah di Kuantan... SUMBER  

Semarak Hari Malaysia

KUANTAN 17 Sept. - Hari Malaysia disambut setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Hari bersejarah negara ini merupakan cuti umum di Sabah sempena Hari Keputeraan Yang Dipertua Negeri bagi Negeri Di Bawah Bayu itu. Biarpun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti umum di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai 2010, ia merupakan cuti umum di semua negeri di negara ini. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat untuk menyambut serta menyemarakkan hari penubuhan Malaysia tersebut. Menyedari hakikat tersebut, Majlis Belia Daerah (MBD) Kuantan menganjurkan Konvoi Kibar Jalur Gemilang Sambutan Hari Malaysia peringkat negeri melibatkan 60 kereta dari Kelab Kereta Pahang, semalam. SUMBER

Kadet PTD maut, KSN arah henti aktiviti lasak

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa hari ini mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) menghentikan serta-merta aktiviti lasak melibatkan kursus Diploma Pengurusan Awam bagi bakal Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) serta kursus lain bagi pegawai-pegawai tidak beruniform. Ini, katanya, berikutan insiden seorang kadet PTD, Aidy Hasmi Abu Hassan, yang meninggal dunia ketika menjalani latihan wataniah di Pekan, Pahang.

MB Pahang Meriahkan Sambutan Hari Raya UMP

Kuantan, 13 September – Kehadiran Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Haji Yaakob memeriahkan sambutan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Universiti dalam suasana yang cukup ceria di hadapan perkarangan bangunan Canseleri Universiti Malaysia Pahang (UMP). Lebih 5000 warga Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyerbu gerai yang menyediakan lebih 22 menu dan juadah hari raya yang antaranya ialah sup dan roti disediakan oleh Jabatan Pembangunan & Pengurusan Harta, Nasi Gulai Kawah (Bahagian Keselamatan), Lontong (Fakulti Sains & Teknologi Industri), Air Batu campur (Fakulti Kejuruteraan Pembuatan), Mee Kari (Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dan Cendol (Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik) .

Sekali lagi berlaku..kali kedua untuk minggu ini