Skip to main content

BUDAK TAKDIR

Assalamualaikum,
1st,saya nak bagi kredit pada pemilik asal kisah ni yang saya jumpa di fb pada 2016.Tidak tahu siapa pemilik asalnya.




Di sebuah desa yang kecil, seorang anak muda bernama Aman tinggal bersama ayahnya yang rajin bekerja.

Pada ketika dahulu, sewaktu Aman masih di tingkatan 1 dia bergaul dengan kawan² yang merokok. Suatu petang, Aman kantoi dengan ayahnya.

Ayah: "Kenapa kau merokok Aman?? Ayah tak pernah ajar kau merokok"

Aman: "Aman bukan minta untuk merokok ayah, tetapi ini sudah takdir Aman merokok."

Ayah: "....Baik..."

============

2 tahun kemudian, Aman kemalangan motosikal. Aman perlu bermalam di hospital 3 hari 2 malam. Ayah bergegas ke hospital melihat keadaan Aman.

Ayah: "Kau bawak motor laju sangat Aman! Padanlah boleh kemalangan."

Aman: "Bukan Aman minta untuk kemalangan Ayah. Kalau Aman bawa perlahan atau laju, Takdir tetap menentukan Aman kemalangan"

Ayahnya berlalu meninggalkan Aman di hospital sendirian.

============

Selepas Aman tamat menduduki peperiksaan PMR, dia sering keluar melepak bersama rakan. Sedang Aman sibuk melepak dan ketawa bersama rakan, Ayahnya datang menziarahi.

Ayah: "MAN, kau dah la merokok, bawa motor laju², berkawan dengan mat² rempit. Melepak sana sini..bla3"

Aman: "Ayah...Aman bukan mahu berkawan dengan Mat Rempit. Ini semua sudah takdir Aman.."

Ayah: "##%&-+#()%+*#&&*?" PANGGGGG..!

Aman: "Kenapa Ayah tampar Aman?"

Ayah: "Ini sudah takdir kau Man.."

Selepas saat itu Aman belajar apa itu TAKDIR.

============

Terkadang, selagi belum tersentap dengan "Takdir" selagi itu kita 'bebas' dalam hidup ðŸ˜¸


Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...