Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua,
Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua.
“Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?”
“3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?”
“Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?”
“Saya patut ambil whey atau gainer?”
“Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?”
“Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?”

Kalau kita kaji balik, zaman sebelum ini, zaman Arnold Schwarzenegger. Ketika itu, kalau adasupplement pun cuma daripada Weider. Itu pun tak ramai yang mampu. Akan tetapi badan masih menjadi. Kini ada terlalu banyak supplement dengan pelbagai nama pelik tetapi belum tentu badan menjadi. Jangan terpengaruh dengan iklan-iklan makanan tambahan yang menjanjikan pelbagai keuntungan. Tiada pil atau susu ajaib untuk dapatkan badan yang diingini.
Berbalik kepada persoalan tadi, perkara pertama perlu tahu tidak kira apa sasaran latihan adalah jumlah kalori yang diperlukan dan porsi-porsinya. Berapa gram protein, berapa gram karbohidrat dan berapa gram lemak. Boleh rujuk entri Pelan Pemakanan untuk info lanjut.
Seterusnya perlu belajar bagaimana membaca label pada bungkusan makanan tambahan tersebut. Lihat contoh dibawah;
1. ON Serious Mass
Kalori : 1250
Karbohidrat : 254g
Protein : 50g
Hidangan : 16
Kalori : 1250
Karbohidrat : 254g
Protein : 50g
Hidangan : 16
2. Dymatize Super Mass Gainer
Kalori : 1280
Karbohidrat : 252g
Protein : 52g
Hidangan : 16
Kalori : 1280
Karbohidrat : 252g
Protein : 52g
Hidangan : 16
3. Inner Armour Hard Mass
Kalori : 1277
Karbohidrat : 258g
Protein : 50g
Hidangan : 20
Kalori : 1277
Karbohidrat : 258g
Protein : 50g
Hidangan : 20
4. Anabolic Peak
Kalori : 1280
Karbohidrat : 267g
Protein : 50g
Hidangan : 20
Kalori : 1280
Karbohidrat : 267g
Protein : 50g
Hidangan : 20
5. Masstech
Kalori : 860
Karbohidrat : 155
Protein : 53g
Hidangan : 10
Kalori : 860
Karbohidrat : 155
Protein : 53g
Hidangan : 10
6. BSN True Mass
Kalori : 630
Karbohidrat : 70g
Protein : 50g
Hidangan : 18
Kalori : 630
Karbohidrat : 70g
Protein : 50g
Hidangan : 18
7. ON 100% Whey Gold Standard
Kalori : 120
Karbohidrat : 3g
Protein : 24g
Hidangan : 77
Kalori : 120
Karbohidrat : 3g
Protein : 24g
Hidangan : 77
8. Nitrotech
Kalori : 110
Karbohidrat : 3g
Protein : 20g
Hidangan : 53
Kalori : 110
Karbohidrat : 3g
Protein : 20g
Hidangan : 53
Jadi yang mana terbaik untuk besarkan badan? Berbalik kepada keperluan badan anda, jika anda seorang yang susah nak besarkan badan atau boleh dikategorikan sebagai ectomoth, dicadangkan ambil yang tinggi karbohidrat dan kalori. Sebagai contoh, jika anda perlukan 4000 kalori sehari dan anda berjaya dapatkan daripada sumber solid sebanyak 2800, anda hanya perlu ambil 1 hidangan Serious Mass atau Super Mass Gainer atau Hard Mass atau Anabolic Peak. Kalau ikut 1 hidangan, skopnya mungkin agak besar, bahagikan kepada 2 atau 3 dalam sehari. Jika anda gagal dapatkan solid food sebanyak 2800 mengikut contoh tadi, anda perlu tambah dos hidangan makanan tambahan anda. Seeloknya lebihkan daripada sumber solid daripada makanan tambahan. Susah nak kata yang mana terbaik, anda kena cuba tengok keserasian.
Pengambilan makanan tambahan tinggi karbohidrat mungkin akan menyebabkan perut naik sekali jika tidak diseimbangkan dengan pemakanan. Periksa balik porsi pemakanan anda. Jika dibandingkan antara Serious Mass, Super Mass Gainer, Hard Mass dan Anabolic Peak, Hard Massdan Anabolic Peak lebih jimat dimana jumlah hidangannya lebih tinggi. Daripada keempat-empat ini, terdapat sedikit aduan dengan Super Mass Gainer. Bukan ianya tidak bagus, cuma ianya tinggilactose. Mereka dengan masalah lactose cenderung untuk cirit birit. Lihat entri Intoleransi Laktosa.
Manakala Masstech, dan True Mass rendah karbohidrat dan sekali gus rendah kalori. Kenaikannya agak lean berbanding empat yang tadi. Masstech hanya 10 hidangan 1 tong. Jika anda guna 2 hidangan sehari, ianya mampu bertahan untuk 5 hari. Bagaimana dengan whey protein seperti ON 100% Whey dan Nitrotech? Adakah ianya boleh digunakan untuk membesarkan badan? Boleh, dengan syarat karbohidrat anda cukup. Sebelum tanya soalan, apa lagi supplement patut dipakai, lengkapkan dahulu keperluan asas protein, karbohidrat dan lemak badan dahulu.
Bagaimana dengan brand lain? Saya dah ajar cara membaca label, anda boleh cuba baca.
Comments