Skip to main content

KECEDERAAN SUKAN

Apa itu kecederaan sukan atau sport injury? Kecederaan sukan merujuk kepada kecederaan yang berlaku semasa bersukan atau bersenam. Bila sebut nama kecederaan sukan, bukan bermaksud untuk mereka yang bermain sukan sahaja, anda yang bersenam di rumah pun jika berlaku kecederaan dimasukkan dalam kategori yang sama. Kenapa berlaku kecederaan? Mungkin disebabkan kemalangan ketika bersukan, teknik latihan atau amalan harian yang tidak betul, kejutan pada otot dan sebagainya.
nafi2
Entri hari ini, saya akan bercerita secara pendek tentang kecederaan yang biasa berlaku semasa bersukan atau bersenam. Boleh dikatakan, hampir semua yang saya jumpa setakat ini pernah rasa sakit otot. Anda pernah cedera?






Sprain dan strain
Sprain merupakan kecederaan pada ligamen. Ligamen adalah tisu yang menghubungkan tulang ke tulang. Strain mungkin terjadi disebabkan jatuh, perlanggaran badan dan sebagainya. Spraindibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat ketiga, ligamen putus sepenuhnya. Apa tanda-tandanya? Sakit, lebam, keradangan, bengkak, ketidakupayaan menggerakkan anggota badan, sendi yang longgar, laxity (kelenturan sendi berlebihan), ketidakstabilan. Antara kecederaan ligamen yang biasa didengari seperti anterior cruciate ligament (ACL) di lutut. Untuk pengetahuan anda, banyak kes ACL bukan disebabkan bersukan atau senaman sahaja, tetapi kes seperti, apabila seseorang ini dipanggil daripada belakang, secara spontan dia memusingkan badan dan kepalanya untuk menyahut. Dalam masa yang sama dia terlupa bahawa kakinya masih melekat di tempat yang sama dan menyebabkan kecederaan pada ligamen lututnya.
Strain merupakan kecederaan pada otot atau tendon. Tendon adalah tisu yang menghubungkan tulang dengan otot. Tanda-tanda yang biasa seperti kesakitan, kekejangan otot, kehilangan kekuatan. Agak sukar membezakan strain biasa dan yang teruk kerana kesakitannya hampir sama.Strain biasa berlaku apabila bersenam dimana seseorang mungkin menggunakan beban yang tidak sepatutnya, berlatih dalam keadaan tidak cukup rehat, menggunakan teknik yang salah dan sebagainya. Kebanyakan yang saya lihat, membiarkan sakit berlalu tanpa sebarang tindakan membetulkannya. Apabila rasa sakit hilang, meneruskan kembali latihan. Kecederaan yang berlaku mungkin menyebabkan kecederaan lain. InsyaAllah saya akan cuba olah isu ini lebih lanjut di masa hadapan.

Pusat pemulihan
Kecederaan Biasa
Antara kecederaan biasa berlaku disebabkan teknik senaman yang tidak betul seperti kecederaan di lutut, di pinggang dan di rotator cuff. Kecederaan biasa di bahagian lutut seperti iliotibial band sysndrome, tendinitis dan tendinosis. Manakala di pinggang slip disc dan kecederaan yang menyebabkan tarikan otot-otot lain, kebiasaannya melibatkan otot psoas major. Apa itu rotator cuffRotator cuff adalah terdiri daripada 4 otot di bahagian bahu iaitu otot supraspinatus, infraspinatus, teres minor dan subscapularis. Kecederaan yang melibat di gym biasanya disebabkan pergerakan yang tidak sepatutnya dilakukan seperti pergerakan di belakang kepala, lat pulldown behind the neck dan shoulder press behind the neck. Latihan dibelakang kepala sudah sebulat suara ditolak sejak tahun 2000 lagi tetapi masih diamalkan oleh sesetengah orang. Kecederaan yang berlaku mungkin bukan segera tetapi lebih pada akumulatif atau kecederaan berkumpul. InsyaAllah saya akan cuba huraikan lebih lanjut tentang topik di masa akan datang.
Shin Splint
Istilah shin splint merujuk pada kesakitan di sepanjang tulang tibia, tulang besar di hadapan kaki. Kesakitan juga mungkin berlaku di bahagian yang lebih rendah termasuk buku lali (anterior shin splint) atau di pinggir tulang (medial shin splint). Pernahkah anda berlari atau joging untuk satu jangka masa yang lama, mungkin berminggu-minggu dan mula rasa sakit dibahagian hadapan tulang kaki? Biasanya shin splint disebabkan penggunaan berlebihan, penggunaan kasut yang salah, permukaan yang keras atau teknik latihan yang tidak betul. Kecederaan ini sering dikaitkan dengan mereka yang memiliki tapak kaki yang rata. Tahukah anda bahawa tidak semua orang memiliki tapak kaki yang sama?

Urut membantu dalam pencegahan, pemulihan kecederaan
Kecederaan Lain
Kecederaan lain yang agak biasa dimana mungkin anda pernah mengalaminya adalah sakit di bahagian tapak kaki atau tumit ketika berdiri. Ini adalah disebabkan berat badan berlebihan. Berat badan berlebihan terutama di perut juga biasa dikaitkan dengan sakit pinggang dan lutut. Kecederaan lain seperti keretakan tulang, dislocate dan sebagainya.

SUMBER


Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...