Skip to main content

MB Pahang Meriahkan Sambutan Hari Raya UMP


Kuantan, 13 September – Kehadiran Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Haji Yaakob memeriahkan sambutan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Universiti dalam suasana yang cukup ceria di hadapan perkarangan bangunan Canseleri Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Lebih 5000 warga Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyerbu gerai yang menyediakan lebih 22 menu dan juadah hari raya yang antaranya ialah sup dan roti disediakan oleh Jabatan Pembangunan & Pengurusan Harta, Nasi Gulai Kawah (Bahagian Keselamatan), Lontong (Fakulti Sains & Teknologi Industri), Air Batu campur (Fakulti Kejuruteraan Pembuatan), Mee Kari (Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dan Cendol (Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik) .







Sebanyak 27 gerai disediakan mengikut jabatan yang menyediakan pelbagai juadah istimewa seperti menu nasi minyak disediakan Jabatan Pendaftar, nasi kerabu bagi Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi,  lemang dan rendang pula disediakan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.

Turut mendapat sambutan menu sate yang disediakan Pejabat Naib Canselor  dan UMP Holding Sdn. Bhd sebanyak 20 ribu cucuk. Lain-lain menu yang disediakan termasuklah mee soto, kebab, pizza, lontong, laksa Pahang, soto dan beraneka air dan kuih muih.


 Dalam ucapan Naib Canselor UMP, Profesor Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata,  beliau mengharapkan majlis ini dapat mengeratkan hubungan antara warga universiti dengan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di samping terus berusaha memacu kecemerlangan universiti.

“Sepanjang setahun yang lepas, UMP memperolehi pelbagai kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang, di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Perkembangan ini  membolehkan Universiti ini terus maju ke hadapan, mengejar kegemilangan.

Justeru, kesyukuran terhadap pelbagai kejayaan tersebut dizahirkan dengan sambutan pada hari ini,” katanya.

Menurut beliau, secara kebetulan, Universiti menerima kemasukan lebih 1,600 orang mahasiswa baharu untuk pengajian peringkat diploma dan ijazah sarjana muda yang mencatatkan sejarah tersendiri buat UMP apabila 61.2 peratus daripadanya merupakan calon cemerlang dengan pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.0 ke atas.



Katanya, perkembangan ini amat membanggakan dan membuktikan bahawa tekad pihak pengurusan untuk menjadikan UMP sebuah universiti teknologi pilihan utama bukanlah satu utopia.

Turut diadakan pertandingan gerai tercantik dan paling kreatif bertemakan suasana hari raya. Pemenang dinilai berdasarkan kreativiti, kekemasan, kebersihan dan keceriaan dalam membuat reka bentuk gerai. Tempat pertama dimenangi Jabatan Bendahari berkonsepkan Kopitiam diikuti Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (kedua), Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (ketiga), Pusat Kesihatan Pelajar (keempat) dan Perpustakaan di tempat kelima.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) , Profesor Dato' Dr. Rosli Mohd. Yunus, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Ir. Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz, Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dr. Yuserrie Zainuddin dan Pengarah Pembangunan dan ketua-ketua jabatan.

 Disediakan Oleh Unit Perhubungan Awam & Media Pejabat Naib Canselor

SUMBER 

FPA :memang meriah majlis ni semalam...kawan-kawan juga boleh tengok album dari kamera office FPA DI SINI

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...