Pakcik Syed Daud bin Syed Yahya
Assalamualaikum,
Selepas Program Ehsan Ramadhan II(Singgah Sahur) apa yang saya perhatikan dan dapat lihat ialah masih ramai rakyat yang tergolong dalam golongan orang-orang susah atau fakir miskin di sekitar kehidupan seharian saya ini.Terima kasih Pusat Induk Komuniti Pahang kerana memberi peluang bagi kami merasai dan meneroka kehidupan mereka yang amat daif ini.
Bertitik tolak dari Program Ehsan Ramadhan kali ini serta beberapa program yang telah dirangka kami Pengurusan SIC Pahang telah bersetuju untuk menubuhkan Pasukan Sukarelawan bagi membantu bilamana ianya diperlukan oleh masyarakat.Ianya juga merupakan "langkah kanan" kami untuk merubah persepsi masyarakat terhadap "geng kereta" yang selama ini sering dipandang serong oleh masyarakat.
Lantas penubuhan Rhodongs Volunteer Team[R.V.T] dilihat mampu merealisasikan konsep "Bukan Sekadar Geng Kereta" jika ianya diolah dan diuruskan dengan baik.Alhamdulillah bila mana permakluman penubuhan ini dimaklumkan kepada ahli SIC Pahang ianya mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
[R.V.T] Crews dengan bermottokan "Kami Peduli-Kami Prihatin-Kami Bantu" akhirnya sepakat untuk pertama kali turun padang dengan mengadakan "Singgah Ziarah" ke Pondok Usang Pakcik Syed atau nama penuh beliau Syed Daud bin Syed Yahya.
Pasti ramai yang tertanya kenapa kami pilih pakcik Syed?jawapan kami agak mudah iaitu sepanjang Ehsan Ramadhan Siri II(Singgah Sahur) ternyata kehidupan Pakcik Syed yang menjadi tumpuan.Walaupun sya tidak dapat turut serta pada program itu tetapi melalui gambar-gambar saya telah dapat rasakan kesedihan dan kesayuan yang dirasakan oleh rakan-rakan yang hadir.
Lantas saya putuskan untuk Singgah Ziarah ini diadakan secepat mungkin seboleh-bolehnya sebelum Syawal.Syukur ianya dapat direalisasikan malam semalam(15 ogos 2012).Berikut saya kongsikan serba sedikit gambar-gambar yang diambil sepanjang Singgah Ziarah tersebut.
Keadaan Pondok Usang Pak Syed
Dapur yang digunakan untuk memasak.
Pak Syed menunjukkan kawasan yang dikatakan terdapat anak ular senduk iaitu dibawah tilam
yang biasa digunakan untuk tidur.Seram kan?
Krew [R.V.T] bertanyakan tentang hal-hal peribadi Pak Syed.
Pak Syed begitu mudah berkongsi cerita dengan kami.Cuma ada beberapa yang diperkatakan olehnya kami kurang faham,maklumlah Bahasa Kelantan...
Baju dan seluar serta tempat tidur Pak Syed yang masih basah akibat hujan lebat pada sebelah siang.
Antara Krew [R.V.T] yang hadir.Ini je yang muat masuk ke dalam pondok ni.
Macam mana?apa korang rasa bila melihat gambar-gambar ni?
Nak tengok lagi boleh KLIK LINK INI!!
Saya rasa cukup setakat ini sahaja perkongsian dari perjuangan kami pada kali ini.Semoga Allah memberkati perjuangan saya dan seluruh warga [R.V.T] dan SIC keseluruhannya,Insya Allah.
sekian..
Mohd Farid Bin Md Ali
[R.V.T] Crews
~kami peduli-kami prihatin-kami membantu`
Comments