Skip to main content

Hanya Orang Kaya Makan Maggi

"Bulan ini aku makan Maggi sahaja lah nampaknya, banyak duit habis sebab membeli barang untuk projek final year, " ujar pelajar kolej.

"Tengah tengah bulan macam ini, Maggi menjadi makanan ruji aku," keluh pekerja kilang.

Kedua kenyataan di atas menunjukkan Maggi, bahan makanan murah sekaligus dijadikan juadah utama di waktu poket kering.

Teringat sewaktu belajar di institusi pengajian tinggi pada penghujung tahun 80 an, tiada mangkuk, tiada sudu. dan garpu. Koyakkan bahagian atas peket Maggi secara berhati-hati, curahkan air panas, tunggu 2 minit dan dimakan. Waktu itu Maggi di dalam mangkuk atau cawan belum berada di pasaran.

Kini, Maggi turut dijadikan antara menu di kedai mamak.

"Maggi goreng?," soal mamak.

"Taruk telur goreng mata," pinta pelanggan.

Sebungkus Maggi mengandungi 5 peket di Malaysia berharga kira-kira RM3. Maksudnya setiap satu berharga hanya 60 sen.

Semua orang boleh makan.

Itu di Malaysia, negara tumpah darah kita. Di Cambodia atau Kemboja, berlainan kisahnya.

Sebungkus Maggi mengandungi 5 peket berharga US10 atau lebih kurang RM30. Maksudnya, setiap satu berharga RM6.

Jadi, di sana, hanya orang kaya sahaja makan Maggi.

SUMBER:http://www.mazidulakmal.com/

Comments

Epot or Opet said…
kat malaysie orang yg mkn megi leh dikategorikan orang yg sengkek.. kekekekek..terase sayer tau.. kekekekek

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...