
Sedar tak sedar dah lama ai tak mandikan "dia"...bila tengok balik petang semalam keadaan dia yang comot dengan debu sana sini tergerak hati ai untuk mandikan dia,sebab sebelah malam ai ada TT Malam Minggu bersama rakan-rakan SIC Pahang Rhodongs di Taman Kerang,Kuantan.

Lantas ai pun ambil 2 baldi untuk memandikan "dia"...dgn span lembut,ai menggosok badan "dia" dengan penuh lemah lembut.Tersenyum sendiri bila tengok bahagian yang sebelum ini kotor berdebu menjadi berkilat.

Perasaan puas hati bila dapat memandikan sendiri kereta kesayangan ai.Berbanding dengan menghantar ke car wash,walaupun sedikit memakan masa namun kepuasan tu memang betul-betul membuat kita menghargai kereta yang membawa kita ke hulu ke hilir selama ini.

Comments