Skip to main content

40 hari tanpa arwah abah



Assalamualaikum,
Hari ini 31 Julai 2012 sedar tak sedar sudah masuk hari ke-40 arwah abah meninggalkan kami sekeluarga.Cepatnya masa berlalu pergi..Ya Allah sesungguhnya aku begitu merindui arwah.Hanya doa yang mampu ku utuskan buat arwah.





Apa apa pun hidup tetap perlu diteruskan.Alhamdulillah melihatkan keadaan ma dan adik yang begitu kuat semangatnya ketika aku pulang ke kampung pada hujung minggu baru-baru ini.Semoga Allah menguatkan semangat mereka.

Syukur ke hadrat ilahi aku diberikan seorang isteri yang sentiasa memberikan semangat kepada aku sepanjang waktu bila aku didalam kesedihan,kesusahan dan bermasalah.Sesungguhnya dia begitu memahami.Terima kasih isteriku Nordila Abdullah . Semoga Allah memeliharamu selamanya.

Mungkin ramadhan dan syawal pada tahun ini sedikit hiba tanpa arwah abah tapi aku yakin dengan ketentuan Allah dan pastinya Allah akan memberikan hikmah disebalik ujianNya ini.

Semoga aku,isteri dan seluruh keluarga aku akan terus diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.Insya Allah,Amin.

Dikesempatan ini,aku ingin mengajak semua rakan-rakan yang membaca untuk sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah abah dan seluruh umat Islam yang telah pergi meninggalkan kita.Al-Fatihah.
Sekian,terima kasih...

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...