
Assalamualaikum,
Hari ini FPA bersama rakan-rakan SIC Pahang Kuantan Crew sempat ke Majlis Hari Raya Drugs Intervention Community(DIC)Pahang.Alhamdulillah semenjak dua menjak ni SIC Pahang semakin kerap mendapat jemputan dari wakil Majlis Belia Negeri Pahang untuk menyertai aktiviti anjuran Majlis Belia mahupun majlis dimana Majlis Belia itu sendiri dijemput.
Bermula dengan jemputan menyertai Upacara Perarakan Hari Kemerdekaan Ke54 dimana SIC Pahang diberikan 8 slot untuk menghantar 8 buah kereta ahli menyertai upacara bersejarah itu.Diikuti dengan Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Bersama NGO dan yang terkini Majlis Hari Raya DIC.
Untuk makluman DIC ialah 1 komuniti yang mengumpulkan bekas-bekas penagih najis dadah yang dikumpulkan bagi diberi peluang pekerjaan,tempat tinggal,makan dan minum dan segala keperluan yang diperlukan rohani dan jasmani.
Ketika mula menjejakkan kaki ke majlis tersebut,rasa bangga mula menusuk kalbu apabila melihat lautan tetamu mengunjungi majlis ini.Ternyata masih ramai didalam masyarakat kita yang memberi sokongan moral kepada warga DIC ini untuk meneruskan kehidupan mereka sebagai manusia normal.
Dan hati ini tiba-tiba tersentuh apabila terlihat kelibat seseorang di majlis tersebut.Kelibat tersebut ialah seorang rakan sepenakalan dizaman nakal-nakal FPA dulu.Aziz(bukan nama sebenar)dengan tersenyum terus menyapa dan mempersilakan FPA dan rakan-rakan SIC Pahang yang hadir untuk terus menjamu selera.Aziz dengan tanpa rasa segan mengakui bahawa dia adalah salah seorang warga DIC yang telah tinggal disitu selama 9 bulan.Beliau juga mengakui bahawa hidupnya hampir musnah kerana najis dadah ini.Belia pernah berkhidmat disalah sebuah bank di Kuantan dan kerana najis dadah jugalah dia diberhentikan dan kini menetap di DIC bekerja dan menjana pendapatan untuk terus hidup di DIC.
Melihat keikhlasan Aziz berterus terang dan bercerita secara panjang lebar mengenai kisah hidupnya FPA tersentuh dan hanya mampu berpesan kepadanya supaya terus kuatkan semangat dan gunalah PELUANG KEDUA ini dengan sebaik mungkin.Nyata sepanjang 9 bulan di DIC,Aziz telah menjadi seorang yang berkeyakinan sama juga seperti warga DIC yang lain dimana keriangan mereka terserlah apabila melihat ramai tetamu hadir pada majlis anjuran mereka.
Nyata walau dengan hadir ke majlis ini,itu telah mampu memberikan mereka keyakinan untuk terus mengharungi kehidupan seharian.Terfikir di benak FPA,jika tidak kita masyarakat,siapa lagi yang hendak diharapkan untuk memberi semangat kepada mereka.Mereka perlukan sokongan moral untuk terus hidup bebas dari dadah dan bukannya dibuang dari keluarga mahupun masyarakat.
Sesungguhnya kehadiran FPA ke majlis bersama DIC kali ini menghadirkan suatu rasa insaf dan kesedaran tentang peranan masyarakat bagi membendung masalah dan gejala sosial yang kian meruncing pada hari ini.
Moga suatu hari nanti FPA bersama SIC Pahang akan dapat menganjurkan suatu program kesedaran kepada masyarakat terutamanya golongan belia tentang bahayanya najis dadah.Bagi FPA,golongan belia dan remaja hari ini tidak lagi sesuai diberikan nasihat oleh golongan yang lebih senior tetapi melalui contoh-contoh teladan daripada golongan belia itu sendiri kerana bagi mereka hanya belia yang faham belia.
Jadi bagi FPA,sudah sampai masanya untuk golongan belia membantu membendung segala permasalahan sosial ini dengan cara dan kaedah baru yang difikirkan sesuai.Moga dengan sokongan semua pihak,golongan belia negara hari ini lebih bersedia untuk menjadi seorang pemimpin unggul di masa hadapan.
Ikhlas,
Mohd Farid Bin Md Ali
Penegrusi
KPPSIM-SIC Cawangan Pahang
Comments