Skip to main content

2011 bakal lebih mencabar

Semalam,Sabtu 11 Disember 2010,saya tiba di perkarangan pejabat dari Bengkel Pemantapan dan Kecemerlangan Pusat Sukan UMP di Tiara Beach Resort,Teluk Kemang,port Dickson.

Badan pun rasa sedikit letih dan kurang sihat namun saya gagahi juga demi untuk berjumpa rakan-rakan SIC Pahang pada sebelah malam setelah lama tidak berjumpa.

Sebelum tidur saya sempat membelek apa yang dibincangkan sepanjang bengkel 3 hari yang lalu.Nampak dari apa yang dirancangkan dan sedikit penstrukturan semula,2011 yang bakal tiba nanti saya dapat rasakan sedikit mencabar dan padat dengan aktiviti.Namun walau apa pun situasinya saya harus bersedia dari segi mental dan fizikal.

Dari zon kerjaya saya memikirkan juga zon minat dan hobi saya bersama rakan-rakan kelab,memandangkan jadual sepanjang 2011 dijangka terlalu padat,saya fikir tidak banyak aktiviti yang mampu saya rancangkan bersendirian jadi saya rasa perlu untuk segala aktiviti 2011 nanti diserahkan kepada AJK Aktiviti yang insya Allah akan dilantik selepas 1 Januari 2011 nanti.

2011 nanti juga memerlukan saya lebih peka dan bijak untuk mencari waktu cuti yang sesuai untuk bersama keluarga.Walau dibelenggu kesibukkan saya sebenarnya tidak harus mengabaikan masa bersama keluarga.Cuma,dari takwim tahunan yang telah siap dirancang,insya Allah saya meampu untuk menyusun cuti yang sesuai untuk bersama keluarga.

Esok,saya akan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Majlis Cabutan Undi & Sidang Media Grand Finale Kejohanan Futsal IPT 2010 di Hotel Double Tree,Kuala Lumpur.Jadi esok lagi sehari saya tidak dapat masuk pejabat untuk menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh selepas hampir seminggu tidak masuk pejabat.

Moga perjalanan esok akan dirahmati Allah dan saya lebih tenang menghadapi hari-hari mendatang kelak...insya Allah....

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...