Assalamualaikum....
Hari ni ai just nk bercerita pasal spirit atau semangat Hang Tuah dan Hang Jebat dalam kehidupan seharian kita.
Seperti yang kita pelajari dalam subjek sejarah ketika sekolah rendah lagi mengenai sejarah Hang Tuah dan Hang Jebat ini walau ada segelintir masyarakat mengatakan ianya hanya sebuah mitos.
Tidak kisah lah ianya samaada sejarah benar atau sebuah mitos namun secara teori dan pemahaman kita mengenai cerita disebalik kisah Tuah dan Jebat ini mungkin mempunyai huraian tersendiri.Mungkin ada yang mengatakan bahawa Hang Tuah adalah pahlawan sejati kerana sanggup membunuh Hang Jebat yang dianggap penderhaka.
Namun pernahkah kita selami kenapa Hang Jebat menderhaka?anda fikir kenapa?Hang Jebat menderhaka kerana mempertahankan Hang Tuah yang difitnah dan dikatakan telah dihukum bunuh.Namun Hang Tuah telah muncul dan membunuhnya walaupun Jebat lah yang menuntut bela atas kematiannya(kononnya dihukum bunuh)
Jadi pada pandangan saya,Hang Jebat menderhaka kerana dia mempertahankan prinsipnya dan tidak sesekali mempedagangkan maruahnya demi mempertahankan 'tuannya'yang jelas melakukan kesilapan dan kemungkaran.Berbeza dengan Tuah,yang sanggup membunuh saudara segurunya demi menjunjung perintah.
Berbalik pada apa yang saya nyatakan pada awal tulisan ini dimana aura Tuah dan Jebat ini masih wujud dalam jiwa masyarakat hari ini.Hang Tuah masih wujud dalam dunia hari ini hidup sebagai pengampu demi mengejar cita-cita dan menjaga periuk nasi dan Jebat terus menjadi mangsa keadaan terus ditindas.
Terpulang kepada diri sendiri sama ada ingin menjadi Tuah mahupun Jebat...jika ingin menjadi Tuah..pandai-pandai lah...kalau ingin menjadi Jebat,jadilah Jebat yang bertindak mengikut akal fikiran....

Comments