Skip to main content

:::Dipersimpangan Berlampu Isyarat Keramat Ulung:::



Sekali lagi aku berada dipersimpangan berlampu isyarat....
Dari jauh kelihatan warna Merah,Kuning dan Hijau bercahaya menerangi persimpangan ini...

Kini aku berhenti betul-betul dipersimpangan ini...
Apa tindakan yang harus aku lakukan....mempercayai lampu isyarat itu mahupun tidak...

Andai aku mempercayai lampu merah...maka aku harus berhenti disini tanpa harus memikir apa lagi yang ada di sepanjang jalan berliku dihadapan..cukup lah sampai disini...berumah dan berkampung disini sahaja sudah memadai..perjalanan sebelum ini cukup meletihkan...onak duri,selekoh tajam telah ku harungi...

Seandainya aku mempercayai lampu kuning pula..tandanya aku harus bersedia untuk berhenti...mungkin tidak sekarang...namun mungkin dipersimpangan dihadapan seandainya disana aku mempercayai lampu merah pula...berada dipersimpangan dengan kepercayaan pada lampu kuning lebih memeningkan...apakah aku harus memperlahankan rentak pemanduan..atau terus memecut meninggalkan persimpangan ini..benar,aku tidak harus berhenti disini..namun aku harus bersedia melakukannya...terus menghadapi perjalanan sukar dihadapan dengan tabah dan cekal..namun aku harus bersedia untuk berhenti...

dan seandainya aku percaya lampu ini adalah lampu hijau..maka aku harus ketepikan semua kepercayaan karut ku dipersimpangan ini untuk terus memandu laju mengharungi segala kesukaran laluan dihadapan tanpa memikirkan kuning dan merah....aku perlu terus memacu kenderaanku pandu ke destinasi gemilang yang hendak dituju....

Persoalannya...aku tak berdaya untuk menilai lampu manakah sebenarnya yang menyala di Persimpangan Berlampu Isyarat Keramat Ulung ini...Ya Allah Ya Tuhanku,aku bermohon pertunjukMU agar berikan aku jawapan yang sebenar..agar dapatku membuat keputusan yang terbaik buat semua...yang terbaik buatku dan semua disekitarku....

amin.....

Original by Farid Paduka Ali
03/11/2011 3:50PM..

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...