
Assalamualaikum,
Saya dengan ini ingin menjemput seluruh warga KPPSIM-SIC PAHANG untuk hadir ke Sesi Photoshoot KPPSIM-SIC Cawangan Pahang Bersama Majalah Otomania pada 18 September 2011 ini pada jam 1:00 petang bertempat di Stadium Tertutup SUKPA,Indera Mahkota,Kuantan.Meetpoint ialah pada jam 12:00 tghari di Taman Kerang,Kuantan.
Kepada rakan-rakan yang ingin berkonvoi pada hari tersebut saya nasihatkan berhati-hati dijalanraya dan kepada yang tidak dapat hadir terutama yang terlibat dengan Drag Battle Challenge di Jengka pada hari tersebut saya ingin mengucapkan selamat berjuang demi mengharumkan nama KPPSIM-SIC Pahang di pertandingan tersebut.Sesungguhnya kami di ADMIN KPPSIM-SIC Pahang menyokong penuh penyertaan anda semua dipertandingan tersebut.
Akhirkata,saya amat berterima kasih kepada semua warga KPPSIM-SIC Pahang diatas komitmen dan kerjasama semua dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh KPPSIM-SIC Pahang.Semoga hubungan keluarga besar kita ini akan terus kekal utuh selamanya.
Ikhlas dari,
Mohd Farid Bin Md Ali
Pengerusi
KPPSIM-SIC Cawangan Pahang.
Comments