Dikesempatan ini FPA ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Penasihat SIC Pahang yang juga Naib Presiden 1 SIC Malaysia,Khairul Omar Bin Othman atau lebih dikenali dengan panggilan Skrool dan pasangannya yang telahpun bernikah pada 11/11/11 baru-baru ini dengan ucapan Semoga Berbahagia Hingga Ke Akhirnya.Selamat menempuhi alam rumah tangga dan tabah menharungi dugaanya.Dikesempatan ini juga FPA ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli SIC Pahang yang menjayakan Konvoi Raikan Cinta Raja Sehari pada 12/11/11.Terima kasih tak terhingga juga kepada Presiden SIC Malaysia,Mat_7824,Boss JBK,Cikgu Syam,Boy Rimau dan otai-otai SIC yang lain kerana sudi bersama-sama berkonvoi pada majlis ini.Berikut FPA sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan.
Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey , weight gainer , dan mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri Ringkasan Makanan Tambahan sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.
Comments