Skip to main content

::: 16 September 2011:Detik terbaik untuk dikenang selamanya :::



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Alhamdulillah 16 September 2011 sudah berjaya dilalui dengan jayanya oleh SIC Pahang.Detik ini adalah detik terbaik untuk dikenang oleh seluruh warga SIC Pahang tidak kira yang terlibat mahupun yang menyokong warga SIC Pahang yang terlibat dengan Perarakan Hari Kemerdekaan Ke-54 Peringkat Negeri Pahang.

Sejak mula bertapak dinegeri Pahang sejak pertengahan 2007,tarikh 16 September 2011 merupakan detik gemilang buat SIC Pahang apabila sebanyak 8 buah(10 pada asalnya) diberi peluang dan kesempatan untuk melakukan Lintas Hormat di hadapan Pentas Diraja pada Sambutan Kemerdekaan pada tahun ini.

Bermula dengan jemputan menghadiri mesyuarat pada penghujung ramadhan lepas,SIC Pahang terus mendapat jemputan yang dianjurkan oleh Badan-Badan Bukan Kerajaan(NGO),Majlis Belia dan rakan-rakan kelab berkereta yang lain.Majlis Ramah Mesra Bersama YAB Menteri Besar Pahang pada minggu lepas menjadi satu detik permulaan pencetus hubungan baik SIC Pahang bersama Majlis Belia Negeri Pahang dan kelab-kelab yang lain.

Dan 16 September 2011 seharusnya menjadi kebanggan seluruh warga SIC Pahang dimana ianya adalah batu loncatan kepada SIC Pahang untuk terus dikenali dan terus menjadi salah satu kelab yang aktif di negeri Pahang.Nyata usaha semua warga SIC Pahang untuk sama-sama menaikkan nama SIC Pahang sikit demi sedikit mula membuahkan hasil.

Kejayaan ini saya yakin turut dikongsi bersama bukan sahaja yang menyertai malah ahli-ahli yang lain apabila kemeriahan perarakan tersebut dikongsi bersama dengan kemeriahan Majlis Rumah Terbuka AJK Kuantan dimana kehadirannya begitu menggalakkan.

Namun,kejayaan dan kegemilangan yang kita semua perolehi tidak akan kekal seandainya kita leka dan hanyut dalam kemegahan.Perjalanan kita semua masih jauh,untuk menjadi satu organisasi yang kukuh,usia 4 tahun bertapak dinegeri ini adalah terlalu muda untuk dibanggakan.Tanpa perancangan yang teliti dan pengurusan yang baik,jangan dikesalkan seandainya apa yang kita perolehi pada hari ini hanya tinggal kenangan pada satu hari nanti.

Justeru itu,marilah sama-sama kita tekadkan bulat dan semangat untuk terus mengekalkan semangat kekeluargaan yang kita ada selama ini agar kegemilangan yang kita kecapi akan terus abadi dalam kelab kesayangan kita semua ini.

Semakin besar sesuatu keluarga itu nescaya pelbagai rintangan yang bakal kita hadapi.Dengan keahlian yang sudah hampir mencecah 160 orang ahli,kita tidak akan berjaya atau kukuh tanpa kerjasama dan semangat kekeluargaan yang kuat untuk terus berdiri tegap tanpa goyang walau dibadai taufan.

Semangat "we unite as a one big family" yang selama ini menjadi pegangan dan acuan didalam perhubungan sesama ahli,diharapkan terus dapat dipegang sebagai tangkal azimat disamping semangat setia kawan yang selama ini menjadi tonik kejayaan buat kita semua.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada yang terlibat dengan perarakan,komitmen anda semua saya amat hargai dan kepada semua ahli SIC Pahang saya ucapkan berbanyak terima kasih diatas segala sokongan yang diberi demi memartabatkan SIC Pahang dimata masyarakat.Insya Allah segala apa yang dirancang oleh kita semua akan dipermudahkan Allah.Amin.

Sebelum saya mengundur diri,izinkan saya mencoretkan beberapa baris pantun buat semua rakan-rakan seperjuangan.

Anak keli anak sembilang,
Jadi santapan si warga tua,
Kelab kita tak kan gemilang,
Tanpa sokongan dan kerjasama semua..

Kalau tuan pergi ke pekan kuala,
belikan saya seplastik jelly,
Jika ditanya apa rahsia kejayaan kita,
tentunya "we unite as a one big family...

Dalam hati ada sibunga taman,
Tersentuh hati terlalu sensitif,
Ayuh kawan ayuh teman,
Menjadikan SIC Pahang terus aktif...


Ikhlas dari,

Mohd Farid Bin Md Ali
Pengerusi
KPPSIM-SIC Cawangan Pahang.

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...