

Assalamualaikum dan Salam Kekeluargaan Buat Semua,
Sedar tak sedar kita telah memasuki bulan Oktober dimana ianya memberi petunjuk bahawa kita sudah menghampiri fasa penghujung tahun 2011.Begitu cepat waktu berlalu meninggalkan kita.
Menyingkap fasa kedua tahun 2011 ini saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Penubuhan SIC Rompin dan SIC Bentong yang telah ditubuhkan kira-kira setahun yang lalu.
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua cawangan yang bernaung dibawah SIC Pahang kerana telah berjaya membuka lembaran baru kepada pencinta-pencinta kereta nasional Proton Saga dan Iswara di kedua-dua daerah tersebut untuk mendaftar seterusnya menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan.Tahniah juga kepada kedua-dua daerah diatas perkembangan pesat penambahan ahli yang agak memberangsangkan sepanjang 2010-2011 dimana ianya sudah hampir mencecah jumlah keahlian yang sama dengan daerah-daerah yang lebih senior.
Sempena ulangtahun penubuhan ini saya berharap nilai semangat kekeluargaan seperti satu keluarga besar yang diterapkan selama ini akan terus disemai dalam perhubungan sesama ahli agar ikatan kekeluargaan dan semangat setiakawan akan terus terpatri didalam hati masing-masing.Apa yang penting,sikap ambil berat,bantu membantu dan sama-sama berkongsi ilmu sesama kita diteruskan.Tidak kira apa pun situasi yang melanda semangat kekeluargaan yang diterapkan selama ini saya yakin dapat mengatasi segala permasalahan yang melanda.
Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada SIC Bera yang telahpun mencecah 6 bulan penubuhannya.Sebagai cawangan yang paling bongsu di SIC Pahang,saya yakin SIC Bera mampu menjadi antara cawangan yang aktif jika dilihat pada penambahan ahli dan komitmen ahli yang ada pada hari ini.
Akhir kata,semoga seluruh cawangan di SIC Pahang akan terus maju jaya dengan pelbagai aktiviti yang bakal diadakan oleh cawangan masing-masing.Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua cawangan yang hadir pada sesi Photoshot Bersama Majalah Otomania & BBQ Silaturrahim SIC Pahang 2011 baru-baru ini.Sesungguhnya komitmen anda semua amat saya hargai.Semoga bertemu lagi dilain hari.
"we unite as a 1 big family"
Yang Ikhlas,
Mohd Farid Bin Md Ali
Pengerusi
KPPSIM-SIC Cawangan Pahang
Comments