


Assalamualaikum dan Salam Kekeluargaan buat semua rakan-rakan,
Dikesempatan ini walaupun agak terlewat 2 hari,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga SIC Pahang diatas komitmen semua untuk hadir ke Sesi Photoshot Bersama Majalah Otomania & BBQ Silaturrahim SIC Pahang 2011 pada 09/10/11 baru-baru ini.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan daripada SIC N9 yang sudi hadir memeriahkan sesi pada kali ini.
Sesungguhnya komitmen rakan-rakan yang hadir amat saya hargai kerana ianya amat diperlukan bagi memartabatkan kelab yang dicintai ini.Semoga usaha yang kita semua lakukan selama ini akan berjaya hendaknya.
Dikesempatan ini saya selaku wakil tuan rumah ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam majlis kami.Moga bertemu lagi dilain masa.
Sekian,
"we unite as a one big family"
Comments