
Assalamualaikum buat semua..
Syukur kehadrat ilahi saya masih dibekalkan nyawa untuk terus menikmati kehidupan dimuka bumi pinjamanNya ini.
Sedar tak sedar kita sudah sampai ke penghujung Ramadhan dan bakal merayakan Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.Dikesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan kepada semua sanak saudara,rakan sekerja,teman sepermainan,rakan-rakan KPPSIM-SIC.rakan-rakan FB,teman-teman blogger dan semua yang mengenali diri saya dengan ucapan Maaf Zahir Batin,maafkan seandainya ada salah dan silap.
Kepada saudara mara dan ahli keluarga maafkan sekiranya ada tutur kata dan perbuatan yang menyinggung semua.Moga kehadiran syawal ini akan lebih mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sesama kita.
Dan kepada rakan sekerja,sesungguhnya kita tidak dapat lari dari perselisihan faham dan pendapat dalam memastikan khidmat terbaik kepada tanggungjawab yang diberikan.Maafkan segala keterlanjuran kata dan perbuatan diri ini sekiranya ada salah dan silap.
Kepada teman seperjuangan di KPPSIM-SIC Malaysia dan KPPSIM-SIC Cawangan Pahang,saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf seandainya dalam pergaulan kita selama ini terdapat kesilapan dan kekhilafan yang menyakiti hati dan perasaan sahabat semua.Kepada rakan-rakan di KPPSIM-SIC Cawangan Pahang,sejuta kemaafan saya pohon seandainya sepanjang saya memimpin organisasi ini terdapat perbuatan atau gurauan saya yang menyinggung semua.Semoga syawal ini akan terus mengeratkan lagi hubungan kita semua berlandaskan konsep "We Unite As A One Big Family" yang menjadi pegangan kita semua selama ini.
Kepada teman-teman sepermainan,rakan-rakan FB,teman-teman Blogger,maafkan diri ini jika andai ada tingkah laku yang menyakiti semua.Saya insan biasa tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan kekhilafan secara sengaja ataupun tidak.
Moga kita semua mendapat rahmat dari ilahi menjelang kehadiran syawal nanti.Sesungguhnya kalian semua adalah pemberi semangat untuk saya terus hidup dan menjadi seorang yang berbakti kepada semua kelak.Insya Allah.
Semoga bertemu lagi dipertemuan akan datang..Insya Allah..
Ikhlas dari,
Mohd Farid Bin Md Ali
a.k.a Farid Paduka Ali
Comments