Skip to main content

::: Segalanya tentang persahabatan :::


Persahabatan adalah hidupku
Ia mengalir dalam darahku
Bergetar bersama nadiku
Berirama bersama detik jantungku

Sahabatku adalah pohon rendang dengan seribu dahan
yang memayungi dari terik matahari yang tak tertahan
hingga mampu memberikan keteduhan
dalam kedamaian...

Sahabatku adalah kumpulan mata air dari telaga suci
yang jernih mengalir tiada henti
hingga mampu menghapuskan rasa dahaga diri
dalam kesegaran

Persahabatan adalah..
menegur kala kita salah mengambil langkah
menyokong kala kita mengangkat satu keputusan
bertanggung jawab walau tak ikut menyebabkan
meniupkan hawa kedamaian kala kita terbalut dalam emosi...

Hidupnya aku kerana persahabatan ini...
Relaku korbankan segala demi nilai suci..
kerna hanya dengan memiliki semangat setiakawan ini..
aku punya kekuatan untuk berdiri...

Sahabat...andai tiada lagi nyawaku kelak..
Ingat semua kisah yang membuatkan dirimu gelak..
Jangan di ingat segala kisah tragis..
Kerana ianya bisa membuat diri mu menangis...

Aku tak minta disanjung sebagai wira..
Cukuplah sekadar diingati dijiwa...
Semoga apa yang telah kita lalui...
Akan berkekalan abadi...

Sahabat...
Telah ku cuba untuk siapkan sebuah istana..
Untuk dihuni keluarga besar kita..
Kerangkanya telah kuat terbina..
Ubahlah ia mengikut citarasa semua...

Sahabat..
Andai tiada lagi diriku nanti..
Pastikan nilai persahabatan diingati..
Semangat setiakawan tetap dihati...
Barulah keluarga besar ini tidak mati....

Ikhlas dari,
~farid paduka~
20/09/11

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...