Saat alam menyuarakan kemarahannya,
Kita tetap tidak pernah insaf,
Tetap bingkas menyalahkan alam,
Tatkala kesilapan itu jelas milik kita,
Dahulu,
Alam pernah sudah merajuk,
Lantas kita cuba memujuk,
Bukan dari hati yang tulus,
Sekadar ingin menunjuk,
Bahawa kita lah sebenarnya pembela alam,
Bahawa kita adalah insan yang paling prihatin,
Lantas kini,
Saat alam kembali merajuk,
Kita kembali untuk memujuk,
Kembali jadi sang prihatin,
Memujuk demi menunjuk,
Lupakah kita wahai insan?,
Saat alam merajuk berapa nyawa yang dituntut?,
Yang tak berdosa menjadi mangsa,
Oleh kerakusan kita menggondolkan alam,
Lupakah kita wahai insan?,
Saat kita ke kuburan..,
Menyaksikan anak-anak kita di kebumikan,
Menangisi pemergian di mamah kemarahan alam,
Lupakah kita untuk berfikir?,
Mengapa disalahkan alam merajuk?,
Sedangkan kita yang terlalu rakus,
Mempersendakan hukum alam,
Lupakah kita?
Lupakah kita?
Kita tetap tidak pernah insaf,
Tetap bingkas menyalahkan alam,
Tatkala kesilapan itu jelas milik kita,
Dahulu,
Alam pernah sudah merajuk,
Lantas kita cuba memujuk,
Bukan dari hati yang tulus,
Sekadar ingin menunjuk,
Bahawa kita lah sebenarnya pembela alam,
Bahawa kita adalah insan yang paling prihatin,
Lantas kini,
Saat alam kembali merajuk,
Kita kembali untuk memujuk,
Kembali jadi sang prihatin,
Memujuk demi menunjuk,
Lupakah kita wahai insan?,
Saat alam merajuk berapa nyawa yang dituntut?,
Yang tak berdosa menjadi mangsa,
Oleh kerakusan kita menggondolkan alam,
Lupakah kita wahai insan?,
Saat kita ke kuburan..,
Menyaksikan anak-anak kita di kebumikan,
Menangisi pemergian di mamah kemarahan alam,
Lupakah kita untuk berfikir?,
Mengapa disalahkan alam merajuk?,
Sedangkan kita yang terlalu rakus,
Mempersendakan hukum alam,
Lupakah kita?
Lupakah kita?
Comments