[ Debut
Pertama]
2013.
2013.
Latihan
di pada hari itu hanya dihadiri oleh dua belas daripada dua puluh lima pemain
yang sepatutnya hadir.Komitmen kelas,briged,test dan exam sudah sebati dalam
senarai alasan ketidakhadiran pemain ke padang latihan.
Tanpa
kelibat beberapa pemain utama yang lain,latihan petang ini kelihatan agak sunyi
sepi.Sesi latihan terlalu menjadi formal seperti dalam kelas pembelajaran
fakulti kejuruteraan kimia.
“Ok
guys pemain,hari ini memandangkan hanya dua belas orang yang hadir termasuk dua
penjaga gol,kita akan buat latihan untuk meningkatkan lagi kemahiran awak semua
disaat sebelum bola diterima,ketika bola diterima dan selepas bola
diterima”terang ringkas jurulatih sebelum menyambung penerangannya lagi.
“Saya
nak sebelum bola dihantar kepada awak,bagi ruang kepada rakan yang sedang ada
bola dikaki pilihan untuk dia buat pilihan melakukan hantaran.Ingat,pilihan
mestilah lebih dari satu.Faham?”
“Faham
coach!!” jawab pemain secara serentak.
“Kemudian
pada yang menerima bola,awak hanya ada tiga saat untuk buat hantaran.Satu saat
untuk menahan bola.Satu saat untuk berfikir pilihan mana yang perlu dihantar
dan satu saat lagi untuk membuat hantaran.Jadi semua pemain yang ada perlu
memainkan peranan masing masing bagi memastikan bola sentiasa dalam kawalan
pasukan.Boleh?”
“Boleh
coach!!” jawab pemain tanda faham.
Sambil
minum seteguk air,tanganku tidak pernah lepas dari telefon pintar ditangan.Masa
tu,dalam tahun 2013,telefon tu tak lah kecil sangat,lempang lembu pun boleh
biol lembu tu.Biasa lah Samsung Tab 2.
Banyak
yang diperhatikan dari smartfon aku tu,rata ratanya adalah berkaitan perkara
yang berkisar kepada bola sepak.Formasi,taktikal,teknikal,kaedah latihan dan
apa saja berkaitan bola sepak aku cuba kumpulkan input agar berguna kepada
pasukan.
Bagaimana
untuk mengurus dan melatih sebuah pasukan baru yang dibentuk?berapa pemain dari
setiap posisi yang perlu ada untuk pasukan sebesar dua puluh lima orang pemain
semuanya aku selidiki dan bertanya pada mentor-mentor malah sifu aku dalam
bidang kejurulatihan bolasepak.
“Bang,burger
ayam special abang dah siap.Semua sekali tiga ringgit dua puluh sen.”adik jual
burger tu hantar burger yang aku order ke meja makan aku.
“Ok,terima
kasih.” Jawabku pendek.
Sambil
menikmati burger tersebut tiba-tiba aku terfikir dan menjerit spontan.
“Yes!!!kita
guna 4-4-2”
“Kalau
bukan sekarang bila lagi?
Kalau bukan kat padang ini,kat mana lagi”
Kedudukan
separuh masa pertama ketika itu tuan rumah sedang dan sudah mendahului dengan
kelebihan tiga gol berbalas kosong.Maknanya secara nombornya ditulis
0-3.Berdenyut laju urat pemikiran dalam otak ni memikirkan apa yang perlu
disampaikan kepada pemain untuk mereka bangkit pada perlawanan ini.
Ini
perlawanan rasmi aku sebagai jurulatih yang pastinya tidak sama seperti
perlawanan persahabatan sebelum ini.Siapa yang perlu dimasukkan dan siapa yang
perlu dikeluarkan ianya perlu seiring dengan taktikal yang kita mahu pasukan
kita mainkan.
“Bolasepak
ni perlu gamble,lebih lebih lagi kita dah ketinggalan.Tak rugi mencuba dan
gagal daripada gagal langsung tak cuba apa-apa”
teringat aku pada kata salah seorang mentor aku.
Dalam
debaran untuk meneruskan 40 minit separuh masa kedua,permulaanya agak baik
apabila pemain gantian menjaringkan gol pertama selepas 37 saat aksi
bersambung.
“Alhamdulillah,satu
done.2 lagi.”bisik hati kecil aku untuk bagi keyakinan pada diri sendiri.
Pada
saat tersebut apa yang aku fikirkan ialah aku perlu memotivasikan diri sendiri
terlebih dahulu dengan keyakinan yang tinggi barulah aku akan dapat
memotivasikan keseluruhan pasukan.
Sekilas
aku memandang jam ditangan aku.
“What?10
minit sahaja berbaki? perlahan aku lontarkan suara.
“Che
Wan warm-up dan ready untuk masuk” arah ku kepada pemain simpanan terakhir yang
aku boleh masukan.
“Saya
masukkan awak sekarang sebab saya nak awak score.Bukan satu tapi dua.Kalau awak
hanya score satu kita still kalah” pesan ku dalam senyum kepada Che Wan sebelum
dia betul betul bersedia untuk masuk ke dalam padang
Che
Wan pun tersenyum sambil meneguk sedikit air sebelum mengenyitkan mata kepada
aku sebagai tanda arahan diterima dan dia pantas mengambil tugasnya sebagai
penyerang.Datang dan minta bola dari setiap gerakkan menyerang yang diatur.
Minit
perlawanan pula hanya berbaki 4 minit.Aku terus toleh ke dalam padang tiba tiba
terdengar wisel pengadil menunjukkan tanda sepakan penalti diberikan kepada
pasukan.Kelihatan juga Che Wan sedang berbaring diatas padang akibat
kecederaan.Dia bangun,memegang bola dan diletakkan di tempat sepakan penalti
harus diambil.
Tenang
sahaja Che Wan menjaringkan gol dari sepakan penalti.
“Come
on guys..kita perlukan satu lagi gol dengan baki 2 minit” aku berbicara sendiri
sambil kembali duduk di bangku simpanan dan meneguk air bagi membasahkan tekak.
Ditengah
padang kelihatan Reeza berjaya merampas bola dari kaki penyerang lawan.Dia
mendongak dan terus melakukan hantaran jauh kepada Che Wan dan Che Wan berjaya
mengawal bola dan kini hanya berdepan penjaga gol sahaja dan dia menyudahkan
peluang itu dengan tenang.
Namun
suasana agak tegang selepas itu apabila pemain pasukan tuan rumah mengatakan
jaringan itu offside.
Pengadil
tetap dengan keputusan menerima jaringan itu dan Che Wan diangkat menjadi wira
pasukan pada petang itu.Masih tergambar di mataku pemain pemain bersorak
meraikan comeback kami dari 0-3
kepada 3-3 seperti sudah memenangi perlawanan akhir.
Dan
kenangan perlawanan ini kekal antara perlawanan terbaik yang pernah aku lalui
bersama pasukan.Sering terdengar ungkapan orang
bola sebelum ini iaitu comeback is
real dan ianya terjadi pada 1st Debut aku di perlawanan rasmi
sebagai jurulatih.
Sejarah
comeback is real dalam debut sebagai
jurulatih menjadi motivasi yang cukup baik pada aku.Namun pengakhiran diakhir
kejohanan itu tidaklah sebaik yang aku inginkan.Gagal meraih sebarang
kemenangan dari tiga perlawanan.
Ya,aku
akui aku gagal dalam penampilan pertama aku dalam kejohanan berprofil tinggi
ini.Saat pulang bersama permain ke home town kami,ku lihat satu persatu wajah
pemain.Terdapat seribu kedukaan dan kekecewaan di wajah mereka..Kejayaan dari
perubahan yang mereka harapkan tidak diketemukan.
“Huhh..aku
gagal..ya,aku telah gagal dan ini mungkin kerjaya yang sesuai buat ku”
Itulah
kata kata yang bermain dimindaku.Masih mentah dengan sepak terajang bidang
kejurulatihan membuatkan aku mungkin sudah boleh dikategorikan berputus asa di
ketika itu.Namun segala rasa hati ketika itu disembunyi dan ditanam dalam dalam
dari terlihat dan ketahuan oleh semua pemain pasukan ketika itu.
“Mereka
tidak boleh melihat kita sebagai ayah ataupun abang menangis dan kecewa yang
amat sangat kerana kegagalan ini” kata kata yang aku semat didalam hati
sehingga kini.
[
Rutin bersambung ]
Balik
dari kejohanan itu pemainku berikan rehat selama tiga hari untuk tempoh
pemulihan yang mencukupi.Bukan sahaja kecederaan fizikal malah hati dan mental
mereka yang juga cedera perlu di pulih sepenuhnya sebelum rutin harian pasukan
bersambung kembali.
Cuti
tiga hari juga digunakan untuk aku refresh balik segala perancangan sebelum ini
dan ditambah dengan beberapa perancangan baru untuk penambahbaikan.
Dan
selepas cuti itu latihan pasukan berjalan dengan baik dan positif setiap sesi
dan meyakinkan aku bahawa pemain sudah pulih sepenuhnya.
“Beri
rakan awak option untuk dia passing kerana dia hanya ada tiga saaat
untuk passing.Itu fungsi anda,bantu
dia untuk berfungsi dan satu pasukan akan berfungsi dengan baik.”arahan aku
yang sudah dihafal oleh para pemain.
Alhamdulillah
musim itu kami ke Suku Akhir liga domestik yang disertai namun tewas
diperingkat itu.
Ya
aku gagal lagi.
[
Kisah Don Patah Tangan dan Arab Saudi ]
Dia merupakan pemain antarabangsa
pertama yang didaftarkan pasukan untuk kejohanan yang disertai.Kali ini
kejohanan diadakan di Perlis.
Tidaklah bertubuh sasa dan tinggi
seperti pelajar pelajar dari negara padang pasir yang lain,Don mempunyai
kelincahan dan kawalan bola yang baik disamping tandukan berbisa dihadapan gol
yang seringkali menjaringkan gol.
Tiada masalah komunikasi antara dia
dan pemain tempatan yang lain kerana dia
begitu pasih berbahasa melayu menjadikan setiap sesi latihan pasti akan
berakhir dengan gelak ketawa kerana telatah lucu si foreigner seorang ini.
Perlawanan peringkat pusingan kedua
pasukan telah diundi dengan sebuah pasukan dari pantai timur tanah air.
Selepas taklimat pasukan setiap
pemain sudah maklum dengan formasi perlawanan dan juga peranan masing masing
untuk perlawanan itu.
“Ya,kita akan kekalkan formasi 4-5-1
dengan menggunakan Don sebagai penyerang tunggal pasukan.Banyakkan killer pass
kepada dia seperti perlawanan perlawanan sebelum ini dan gunakan juga Din Joker
dan Kavin untuk masuk ke kawasan lawan” terang aku kepada para pemain.
Perlawanan berlangsung dengan rancak
apabila kedua dua pasukan saling menyerang dan melakukan percubaan ke arah
pintu gol.Mujurlah pintu gol pasukan yang dikawal oleh Bob pada ketika itu
tetap kukuh sehinggalah minit 41 pasukan lawan menjaringkan gol dan kekal
mendahului sehingga tamat separuh masa pertama.
Masuk ke bilik persalinan ketika
rehat banyak yang perlu diperkatakan oleh aku bagi menaikkan semangat pemain
dan juga memperbetulkan kesilapan pada separuh masa pertama perlawanan.
“Bahagian tengah pasukan kita agak
longgar pada separuh masa pertama tadi.Wan J dan Diva,kamu berdua perlu lebih
bekerja keras bagi memastikan bola dikawasan tengah dimenangi oleh kamu berdua”
tegu raku bagi membetulkan keadaan semasa pasukan.
“Separuh masa kedua kita masih ada
40 minit bagi memastikan kita mampu menjaringkan gol dan beroleh kemenangan.
Pemain melangkah masuk kedalam
padang pada separuh masa kedua dengan lebih bersemangat namun sehingga 30 minit
perlawanan separuh masa kedua dimainkan belum ada gol yang mampu dijaringkan.
Aku membuatkan keputusan untuk
mengeluarkan ketua pasukan Wan J dan memasukkan Syam Aziz bagi memantapkan
bahagian tengah.Jelas selepas itu kami lebih menguasai perlawanan.
Melihat jam ditangan perlawanan
hanya berbaki 6 minit lantas pertukaran taktikal terpaksa dilakukan.Tapi
perubahan macamana yang perlu aku lakukan?
Lantas aku menjerit kepada Afifi
agar dia meninggalkan posisinya sebagai pertahanan tengah dan bermain di
bahagian tengah bagi memberi lebih ruang untuk pasukan menang bola dibahagian
tengah dan hadapan.
Dan disaat pengadil keempat
mengangkat papan tambahan masa hanya 1 minit,saat itulah Afifi berjaya merampas
bola dari kawasan tengah dan menggelecek beberapa pemain lawan sebelum merembat
kencang dari jarak 30 meter dari pintu gol.
“Ggooaaaalllllll!!!” terdengar
jeritan dari bangku simpanan dan kelihatan semua pemain berlari kearah Afifi
yang memakai lilitan ketua pasukan dilengan sebaik sahaja Wan J dikeluarkan
tadi.Gol itu dijaringkan betul betul beberapa saat sebelum perlawanan berakhir
dan perlawanan dilanjutkan ke penentuan sepakan penalti.
Dan sekali lagi wajah pemain sugul
akibat kesedihan sebaik sahaja perlawanan ditamatkan.
Kami tewas sepakan penalti apabila
tiga pemain terawal gagal menyudahkan sepakan penalti.
Sebaik tamat perlawanan kami terus
bergegas ke Hospital Kangar bagi melihat keadaan Don yang dikejarkan ke
hospital akibat perlanggaran dengan penjaga gol pasukan lawan ketika perlawanan
berlangsung.
Dia disahkan patah tangan akibat
perlanggaran tersebut,Surat rujukan ke hospital Kuantan juga diberikan sekali
dan kami kehilangan Don untuk perlawanan seterusnya menyaksikan kami tewas
kepada satu lagi pasukan dari Pantai Timur.
Tiba hari temujanji hospital untuk
Don,aku membawanya bertemu doktor dan dktor memaklumkan tangannya perlu dibedah
bagi memasukkan besi.
“Coach,saya tidak mahu membuat
rawatan disini dan saya akan ke Arab Saudi esok untuk menjalani rawatan
disana.Ayah saya sudah aturkan untuk mendapatkan rawatan terbaik disana”ujar
Don sebaik sahaja doktor habis penerangan berkenaan pembedahan yang perlu
dijalani beliau.
Dan Don telah berlepas ke Arab Saudi
pada keesokkan harinya untuk mendapatkan rawatan disana.Selepas itu tiada lagi
kelibat Don dalam pasukan sehinggalah kejohanan pada 2016 menyaksikan Don
kembali dalam pasukan namun ada lebih cerita menarik untuk kejohanan 2016 itu.Sampai
bahagian untuk tahun 2016 akan aku ceritakan.
bersambung..
Comments