Skip to main content

KARYA FPA: Darah itu Darah Kita



Gaza,
Adakah antara kita mengetahui latitudnya?,
Adakah antara kamu faham geografinya?,
Adakah dirimu pernah terdetik mengunjunginya?,


 

Kuala Lumpur,
Dipenuhi letupan bunga api berkali setahun,
Pesta tonggeng dan togok disajikan,
Anak bangsa kita ramainya mati dijalanan,

Gaza dan Kuala Lumpur,
Letupan kalian bunyinya seperti sama,
Pesta disini sengsara disana,
Anak muda kalian terbunuh dalam satu masa,

Dua kota yang penuh pancaroba,
Dalam keamanan menempah kehancuran,
Itulah Kuala Lumpur yang aku kenal,

Kota Agung sejarah Islam,
Dalam kehancuran menempah bahagia akhirat,
Itulah Gaza mangsa penindasan,

Siapa antara kita yang ambil kisah,
Siapa antara kamu yang ambil peduli,
Siapa antara anda ambil tahu penderitaan mereka?

Andai darah Islam mengalir didarah kita,
Lahirnya diazan dicuping telinga,
Mengapa hanya berdiam sahaja,
Melihat penindasan bermaharalela,

Darah itu Darah kita,
Yang bermula dari Adam dan Hawa,
Di muliakan dengan Rasulullah junjungan tercinta,

Namun,
Kejamnya kita sekadar memandang sinis,
Zalimnya kita sekadar tidak cakna,
Tiada rasa sakit apatah lagi menangis,
Malah ada yang bisa menyindir ketawa,

Darah itu darah kita,
Darah Islam agama tercinta ditubuh mereka,
Sanggup bermatian demi agama,
Sedangkan apa pula tindakan kita?

Sahabatku,darah itu darah kita,
Saudaraku,darah itu darah kita,
Keluargaku,darah itu darah kita,
Sampai bila kah kita membiarkan mereka,
Terbunuh mengalirkan darah kita...

Nurkilan,
Farid Paduka Ali
27 Ogos 2012
12:45am.




Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...