Skip to main content

:::Kereta terbabas, dua beranak maut:::


KUANTAN - Dua beranak yang dalam perjalanan pulang beraya terbunuh selepas kereta jenis Honda Accord dinaiki mereka bersama empat ahli keluarga lain terbabas di simpang Kampung Batu Tanah Merah dekat Jalan Kuantan -Pekan di sini petang semalam.

Mangsa yang maut ialah pemandu kereta itu, Yusmawati Mat Yusof, 36, seorang pengusaha kad kahwin bersama anak bongsunya, Ahmad Rizqin Ramli, 2, beralamat di Taman Cenderawasih di sini.

Manakala empat lagi penumpang, juga dipercayai anak Yusmawati mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk mendapatkan rawatan.

SUMBER=Kosmo! Online

Bercerita mengenai kemalangan ngeri ini,FPA ada melalui kawasan kemalangan kira-kira sejam selepas kemalangan berlaku namun kali ini tidak seperti kebiasaan FPA tidak memberhentikan kenderaan untuk meninjau kemalangan atas beberapa faktor antaranya ialah suasana yang begitu sibuk dengan kenderaan yang berhenti melihat disamping kawasan kemalangan yang berada diselekoh tajam yang agak membahayakan kepada orang ramai untuk berhenti.Tak sangka pula kemalangan tersebut mengakibatkan kehilangan nyawa.Al-Fatihah buat keluarga mangsa dan kepada pengguna-pengguna jalan Kuantan - Pekan dinasihatkan berhati-hati ketika menggunakan laluan tersebut walaupun laluan tersebut nampak lurus dan luas untuk memecut namun kadangkala kita tidak boleh menduga apa yang ada dihadapan kita.Just ingin mengingatkan sesama kita.

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...