Skip to main content

#Pengalaman sepanjang menjadi Penyelaras Venue SUKMA 2012



Alhamdulillah hari ini berakhir sudah tugas FPA menjadi Penyelaras Venue untuk acara Karate dan Taekwondo di Temasya Sukan Malaysia(SUKMA) 2012 Pahang pada kali ini.

Terus terang banyak pengalaman pahit,suka duka sepanjang menjalankan tugas secara rasminya di venue pertandingan di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang(UMP) bermula 28 Jun 2012 yang lalu.






Seronok melihat jeritan penyokong-penyokong dalam menaikkan semangat atlit masing-masing.Namun dalam keghairahan itu berlaku juga insiden tidak diingini seperti yang dilaporkan dibeberapa akhbar tempatan pada hari ini.Ianya berlaku sepantas kilat didepan mata sebaik selesai sahaja acara final acara taekwondo kategori Lighweight antara peserta Sabah dan Selangor.

Keadaan ketika itu cukup gamat dengan sokongan penyokong kedua-dua pasukan dan ditambah dengan kedudukan semasa ketika itu masih terikat 7-7 dan peserta Sabah dilihat berjaya melakukan tendangan tepat kepada atlit Selangor dan sepatutnya Sabah berjaya memperolehi mata kemenangan.Namun taekwondo adalah sukan yang senantiasa menggunkan teknologi terkini telah menggunakan kaedah ulang tayang telah mengesan bahawa tendangan itu dilakukan ketika peserta Selangor berada diluar gelanggang dan pengadil telahpun memberhentikan perlawanan.

Berikut adalah berita yang FPA petik dari Berita Harian.Sila KLIK untuk membaca.

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...