Skip to main content

:::Al-Fatihah buat Allahyarham Harun Osman:::

Kontijen Sukan Sea dikejutkan dengan pemergian mengejut pembantu kepada Ketua Kontijen Sukan Sea Malaysia Datuk Syed Mustaffa Syed Ali,Harun Osman akibat serangan jantung ketika menyambut ketibaan sebahagian atlit negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Badaruddin II  di Palembang petang semalam.Al-Fatihah diucapkan kepada keluarga Allahyarham.






PALEMBANG - Seorang pegawai kontinjen negara maut selepas diserang sakit jantung ketika menunggu ketibaan atlet negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Badaruddin II di Palembang semalam.
Harun Osman yang bertugas sebagai pembantu kepada ketua kontinjen negara, Datuk Syed Mustaffa Syed Ali tiba-tiba rebah sewaktu menguruskan kemasukan atlet pada pukul 5 petang waktu Palembang (6 petang waktu Malaysia).
Beliau kemudiannya dikejarkan ke hospital berhampiran tetapi disahkan meninggal dunia pada kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia).
Insiden itu mengejutkan seluruh kontinjen negara terutama skuad menembak dan sepak takraw negara yang baru tiba beberapa jam sebelum itu.
Syed Mustaffa ketika dihubungi melahirkan rasa sedih dengan kejadian yang tidak dijangka itu kerana Harun kelihatan sihat dan ceria sepanjang berada di Palembang ini.
"Dia seorang yang komited dalam menguruskan ketibaan atlet kita ke Palembang dan kematiannya merupakan satu kehilangan buat kontinjen negara yang sedang sibuk melakukan persiapan terakhir di sini," katanya.
Sehingga ini, katanya, jenazah Harun telah ditempatkan di hospital berkenaan selepas doktor menjalankan bedah siasat ke atas mayatnya.
"Kita menjangkakan jenazah beliau dapat dibawa pulang ke Malaysia esok (hari ini) dengan segala usaha sedang dilakukan untuk melancarkan urusan tersebut," tambah Syed Mustaffa.

SUMBER

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...