




Melihat pada gambar-gambar diatas yang FPA dapat dari sumber-sumber internet membuatkan rasa kerinduan pada zaman kanak-kanak disaat membesar di daerah bernama Kuala Rompin.
Seluruh pelusuk daerah diterjah pada ketika itu...Bandar Lama,Sungai Kolek,mandi alur di Tanjung Seratus,terjun tirup di jeti..semuanya FPA lalui dengan penuh kegembiraan.Menempuhi zaman kenakalan kanak-kanak..kebun tembikai Sepakat Barat,Astaka Padang MDR antara beberapa kata kunci dan lokasi yang meninggalkan berjuta kenangan indah buat FPA.
Namun Kuala Rompin tidak dapat lari dari arus pembangunan yang serba sedikit telah mengghaibkan beberapa tempat kenangan buat FPA dan rakan-rakan sepermainan yang senakalan...
Pada Syawal Ke-4 nanti,Insya Allah FPA akan sekali lagi menjejakan kaki ke bumi kelahiran FPA yang penuh kenangan iaitu Kuala Rompin...semoga terus menjadi daerah yang terbaik dalam hidupku...
**komen dari para pengunjung amat dihargai bagi memantapkan lagi blog ini.
Comments