Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

"biar.....ramai...."

"biar ramai yang telah pergi... kita jangan bersedih hati, biar ramai yang mencaci.. kita jangan simpan dalam hati, biar ramai yang menjauh.. kita jangan sesekali jatuh, biar ramai yang menjatuhkan.. kita jangan lupa untuk bangun, biar ramai yang mengutuk... kita jangan sampai terduduk, biar ramai yang mempertikai..kita jangan sampai longlai, kerana hanya yang berkualiti mampu menilai kualiti bukan kuantiti, buat sesuatu biar lah dari hati bukan menanti galang ganti, kita mengejar ganjaran "disana" bukan ganjaran duniawi, mengharap ganjaran dan rahmat Ilahi...."-fpa82-

Hiduplah sesuka hatimu

Hiduplah Sesuka hatimu, Sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya

Mutiara Kata Hari Ini : Kata-kata kita itu diri kita

Sebelum kita mengatakan sesuatu kata-kata yang tidak baik,fikirkanlah tentang seseorang yang tidak mampu berkata-kata sama sekali.. Alangkah ruginya kita bila menggunakan anugerah Ilahi ke jalan merugikan..   Sesungguhnya sebahagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, kerana jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik) nescaya tumbuh sebahagiannya Sentiasalah berkata yang baik,indah dan positif kerana..... "Kata-kata kita itu diri kita" ~fpa82~

FPA bersama [R.V.T] Terjah Malam Minggu @ Kuantan.

Pakcik Mokhtar bin Mohamad 62 tahun Lahir 1951 Tinggal di dalam salah sebuah bas Sihat yang telah tidak digunakan di bengkel Bas Sihat,Kuantan sejak bertahun yang lalu bersama 2 lagi rakan. Mengikut cerita Pakcik Mokhtar beliau telah dijaga sejak kecil oleh sebuah keluarga yang menetap di Kampung Marhum,Pekan,Pahang.Dan selepas keluarga angkatnya meninggal dunia,beliau telah ke Kuantan untuk menca ri rezeki dan tinggal di pelbagai tempat sehinggalah bas Sihat ini menjadi "rumah" beliau sejak bertahun yang lalu. Sebelum ini bekerja dengan mengambil upah mengangkat barang2 dari lori yg menghantar barangan di Shahzan Inn dan disekitar Kuantan sehinggalah disahkan buta beberapa hari yang lalu. Pada malam minggu baru2 ini(12/01/2013)wakil Sic Pahang- [R.V.T]telah meninjau keadaan pakcik Mokhtar di tempat tinggalnya dan ianya amat menyedihkan didalam pembangunan pesat yg kita semua rasai masih ada yang merempat. [R.V.T] amat berharap sekiranya ada pihak yang bol...