Bila dapat tahu saya akan ke Kunming,China bersama passukan bola sepak Universiti Malaysia Pahang (UMP ) bagi menyertai South & Southeast Asia Student College Culture & Sports Week 2019 perkara pertama yang terfikir ialah bagaimana keadaan dan situasi yang perlu saya dan pasukan perlu lalui disana. Ditambah dengan cakap cakap kosong berkenaan keadaan negara China dan kepayahan mencari makanan halal membuatkan saya berasa seperti satu cabaran yang besar perlu dilalui disana nanti.Seperti yang sedia maklum China tidak membenarkan penggunaan aplikasi whatapps,facebook dan apa sahaja berkaitan Google,jadi atas nasihat rakan rakan,saya telah download aplikasi VPN untuk membolehkan saya menggunakan whatapps dan facebook di China nanti. 4 jam penerbangan dengan Air Asia. Pada 3 Jun 2019 kami menaiki pesawat Air Asia ke Kunming pada jam 1.00 petang dan tiba di Kunming lebih kurang jam 5.00 petang sebelum dibawa ke Kunming Univer...
Pakar Perunding Perlindungan Pendapatan Anda