Bila dapat tahu saya akan ke Kunming,China bersama passukan bola sepak Universiti Malaysia Pahang (UMP ) bagi menyertai South & Southeast Asia Student College Culture & Sports Week 2019 perkara pertama yang terfikir ialah bagaimana keadaan dan situasi yang perlu saya dan pasukan perlu lalui disana.
Ditambah dengan cakap cakap kosong berkenaan keadaan negara China dan kepayahan mencari makanan halal membuatkan saya berasa seperti satu cabaran yang besar perlu dilalui disana nanti.Seperti yang sedia maklum China tidak membenarkan penggunaan aplikasi whatapps,facebook dan apa sahaja berkaitan Google,jadi atas nasihat rakan rakan,saya telah download aplikasi VPN untuk membolehkan saya menggunakan whatapps dan facebook di China nanti.
4 jam penerbangan dengan Air Asia.
Pada 3 Jun 2019 kami menaiki pesawat Air Asia ke Kunming pada jam 1.00 petang dan tiba di Kunming lebih kurang jam 5.00 petang sebelum dibawa ke Kunming Universiti Of Science & Technology(KUST) dengan bas yang disediakan oleh penganjur.Perjalanan ke KUST mengambil masa lebih kurang sejam perjalanan daripada lapangan terbang Kunming Changshui International Airport.
Selepas tiba di KUST,kami diberi kunci penginapan dan saya bersama En Abu Sufian terpaksa bergegas ke Mesyuarat Pengurus Pasukan pada jam 7.30 petang.Memandangkan ketika ini merupakan bulan ramadhan saya bertanyakan waktu maghrib di sini jam berapa dan ianya adalah pada jam 7.56 petang.Oh ya,lupa nak maklum,waktu disini adalah sama dengan waktu di Malaysia,jadi tak perlu ubah jam dah bila kat sini.
Ketika mesyuarat berjalan dan jam sudah 7.56 malam masa tu,kami hanya berbuka puasa dengan air mineral dan coklat yang dibawa sebagai bekalan,alhamdulillah..pengalaman berbuka puasa di tempat orang.
Selesai mesyuarat kami di bawa ke cafe di asrama pelajar dengan harapan dapat berbuka puasa namun sayang,cafe yang menyediakan makanan halal sudah tutup jadi terpaksalah makan nasi yang di bawa turun dari pesawat siang tadi.Selepas makan,balik ke asrama untuk rehat kerana perlawanan pertama kami jam 10.00 pagi esok.
04 Jun 2019 : UMP vs Souphanouvong University
Perlawanan pertama kami ialah menentang Souphanouvong University dari Laos.Kami bermain baik namun tewas dengan jaringan 0-2 kepada mereka.Kelihatan pemain agak kepenatan mengharungi perjalanan bermula tengah malam 2 Jun dari UMP dan sampai tengah malam 3 Jun di Kunming.
Tak apa,kita fokus next game...
Sebelah petang saya diajak oleh Mr Tamour,seorang warga Pakistan yang juga pelajar PhD disini untuk berbuka puasa bersama di sebuah restoran masakan muslim.Alhamdulillah,penuh meja malam ni..
05 Jun 2019 : UMP vs Yunnan University
Hari ini kami berdepan dengan pasukan yang jauh lebih baik dan bersedia iaitu Yunnan University dari China dan kami tewas 0-4 kepada mereka.Syukur,rekod peribadi sebagai jurulatih dalam Official Game masih selamat..sebelum ni kekalahan terbesar pun 0-4...huhuhu
Selepas perlawanan tersebut,sekali lagi Mr Tamour mengajak kami satu pasukan untuk keluar beriadah dan kali ini kami bersiar siar di Green Lake.Di Malaysia hari ini adalah 1 Syawal dan kami rakamkan ucapan Selamat Hari Raya kami disini.
Disini juga kami banyak merakamkan gambar gambar untuk kenangan kami di Green Lake nih..memang cantik Green Lake Park ini.Kepada yang nak datang bercuti di Kunming,ia juga perlu ada dalam senarai tempat menarik yang perlu dikunjungi.
Hampir 3 jam bersiar siar kami pun dibawa makan di deretan restoran berhapiran dengan sebuah masjid lama yang berusia hampir 600 tahun.
bersambung..banyak lagi nak cerita...kisah 6,7,8,9 dan 10 Jun belum cerita lagi..Insha Allah malam nanti saya sambung.

Comments