Skip to main content

Taktik mengurat

Senario: Wanita Yang Disasar Berada Dalam Jarak Dekat Setiap Hari Dari mata turun ke hati. Jangan memandang rendah kuasa panahan mata ke atas orang yang ditenung. Jika berkenan dengan seseorang wanita yang berada dalam radar setiap hari, pastikan wanita itu menyedarinya. Kerling, pandang atau tenung beliau apabila berpeluang. Tatkala dia perasan, berikan dia sedikit senyuman. Janganlah tenung sampai dia ingat kamu penghendap profesional tetapi gunakan mata anda untuk menyatakan yang anda berminat untuk mendekati dia. Biarkan dia ‘perasan’ dan apabila mata kail sudah kena, barulah masuk jalan dengan menegur atau mengajak dia keluar makan bersama. Ada berani??
Senario: Ingin Mendapatkan Nombor Telefon Daripada Wanita Yang Belum Dikenali Sebagai contoh anda berada di dalam satu kawasan seperti di pameran tetapi anda tidak tahu samada anda akan berpeluang untuk berjumpa dengannya lagi. Belikan dia secawan kopi atau Starbucks atau yang kurang bajet, air mineral pun boleh, dan selitkan nombor telefon anda di sana. Tuliskan “Call me”. Dijamin anda akan mendapat nombor telefon si gadis dalam masa kurang satu jam. Kalau lebih berani, terus berikan dia nombor telefon anda sambil berkata seperti “Hi beautiful, call me,” dan walk away. Jangan sesekali nampak terdesak kerana wanita tidak suka lelaki terdesak atau mendesak. Dan pujian selalu menjadikan wanita cair.
Senario: Berkenalan Di Alam Maya Siber Walaupun berada di alam maya, kualiti perbualan antara kau dan dia akan memastikan hubungan kamu menjengah realiti atau terus lenyap di alam fantasi. Apabila berbual, jangan ada unsur-unsur terdesak, contohnya apabila dia tidak menjawab, anda terus menerus bertanya “Hello… Kat mana??” “Ada tak ni?” “Hellooooooo!!!!” Relaks… Dia akan menjawab apabila dia available. Jangan ada ciri lelaki miang dengan memberi soalan-soalan peri-body yang memalukan. Gatal sedikit ok tetapi bukan miang. Elakkan dari bercerita soal-soal sedih dan memurungkan. Ceriakan perbualan dengan lawak jenaka, puji si dia sekali sekala dan sekali lagi, jangan terdesak.

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...