Assalamualaikum w.b.t,
Syukur kehadrat ilahi aku panjatkan kesyukuran padaMu Ya Allah kerana mempermudahkan segala perjalanan program yang telah dirancang lebih kurang 3 bulan yang lalu.Jutaan terima kasih kepada SIC Melaka Side yang banyak membantu kami dalam merealisasikan program ini,tanpa kalian program ini tidak akan jadi seperti apa yang kita semua lalui.Setinggi penghargaan juga kepada pengurusan tertinggi SIC Malaysia yang sanggup hadir memeriahkan program ini.Kehadiran kalian telah membuatkan kami di SIC Pahang cukup terharu dengan pengorbanan kalian.
Perjalanan program ini sebenarnya telah bermula beberapa bulan yang lalu apabila idea menggabungkan program konvoi for fun dan program kemasyarakatan 'kami peduli' yang telah dirancang sejak Mac 2010.Selepas idea penggabungan program ini timbul,tinjauan untuk lokasi program telah dilakukan oleh JK SIC Pahang dan kami telah sebulat suara memilih Melaka sebagai lokasi atas beberapa faktor terutama tarikan dari segi epik sejarah ulung Kesultanan Melayu Melaka yang mana adalah asas terbinanya negara kita Malaysia ini.Rumah Anak Yatim Sultan Salehudin di pilih atas cadangan dan saranan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka dan diatas saranan itu kami memilih mereka sebagai lokasi utama program ini.
24 Julai 2010,
Jam 8 pagi,semua peserta konvoi dari Pahang telah berkumpul di Petronas Batu 11 Gambang yang telah ditetapkan sebagai 'meetpoint' konvoi.Selepas taklimat dan bacaan doa,konvoi mula bergerak pada jam 9 pagi dan berhenti di check point pertama di Muadzam Sham sebelum terus bergerak ke Hentian Sebelah Kg Bemban di Lebuhraya PLUS untuk berehat seketika.
Konvoi tiba di MITC Melaka tepat jan 3.45 petang dan disambut meriah oleh rakan-rakan SIC Melaka yang telah menunggu sejak awal lagi.Cukup terharu dengan layanan mereka pada ketika itu.Bayangkan bahawa kami tidak pernah bersua muka sebaliknya hanya berkomunikasi di forum dan sms,tapi layanan yang kami terima seakan telah lama mengenali antara satu sama lain.Selesai makan tengahari,kami dibawa oleh wakl SIC Melaka untuk ke Sg.Dutong dimana penginapan yang telah kami tempah untuk menginap pada malam tersebut.
Jam 8 malam aktiviti BBQ dimulakan.Acara membakar ayam dan ikan begitu meraiah sebelum kedatangan rakan-rakan SIC Melaka menjadikan majlis bertambah ceria.Lebih kurang jam 10 malam kami menerima kejutan pula apabila rakan-rakan dari SIC Klang Valley turut hadir bagi memberi sokongan moral kepada kami.Ditambah pula dengan kehadiran dua Naib Presiden SIC Malaysia,Mr Don dan Gempos.Selepas selesai BBQ kami meneruskan aktiviti dengan Night Drive @ Bandar Melaka pada jam 12 malam.Rakan SIC Melaka membawa kami menjelajah sekitar bandar Melaka dan Night Drive ini berakhir pada jam 3.30 pagi.
25 Julai 2010,
Aku membuka mata dengan sedikit debaran..kerana program yang telah dirancang selama ini kini sudah sampai di kemuncak utamanya.Seperti yang dijanjikan kami akan berkumpul di Pantai Klebang bersama rakan SIC Melaka.Alangkah terkejutnya kami apabila sampai di lokasi telah tersedia deretan kereta saga SIC yang menunggu.Dikira dan dihitung semuanya mencecah 50 buah dan keseluruhan peserta konvoi hampir mencecah 100 orang.
Kredit to SIC Melaka kerana berjaya mengawal trafik dengan jayanya sehingga ke pintu masuk rumah anak yatim.Setibanya kami terpancar kegembiraan di wajah penghuni-penghuni rumah anak yatim tersebut kerana menerima tetamu yang sebegini ramai.Sebaik menurunkan segala sumbangan kami dipelawa masuk ke surau selepas bersalam-salaman dengan penghuni rumah tersebut.Majlis dimulakan dan sumbangan pun diserahkan kepada Pengurus rumah tersebut sebelum semua peserta konvoi dibawa melawat sekitar asrama dan kesempatan itu aku ambil untuk menyelami hati dan perasaan beberapa penghuni tersebut.Sayu,sedih bila memikirkan nasib mereka.Syukur aku masih punya ibu dan bapa...terfikir aku bahawa masih ada insan lain yang kurang bernasib baik berbanding aku.....
Selepas selesai majlis,kami semua bertolak ke Limbongan untuk makan tengahari sebelum ke Dataran Pahlawan untuk bershopping....hehehe..dorang je la...aku tak..aku cuma menikmati keseronokan menaiki Menara Taming Sari bersama isteri dan rakan-rakan yang lain.Kami bertolak pulang pada jam 6 petang dan tiba di Kuantan pada jam 2 pagi.
Sebaik tiba aku rasa macam bermimpi bila memikirkan kejayaan program ini.Ianya seakan membakar semangat aku untuk meneruskan program sebegini untuk masa akan datang.Secara peribadi aku menyedari program ini juga ada sedikit kekurangan dan aku memohon keampunan kepada semua diatas kekurangan yang ada.Dan seandainya diberi peluang aku akan cuba membaiki kelemahan tersebut untuk program akan datang.
Penghargaan juga aku berikan pada ~skrool~ sebagai Pengurusi SIC Pahang yang meletakkan kepercayaan kepada aku dan Midus untuk menggerakkan program ini.Juga kepada rakan2 SIC Pahang terutamanya kalian memang best lah...thanks sebab support event ni...tidak lupa juga kepada seluruh warga SIC Malaysia yang terlibat secara langsung ataupun tidak kerana memberikan sokongan terhadap kami.
Akhir kalam,
Aku Sayang Kawan-Kawan Aku dan Aku Sayang SIC....Hidup SIC!!!!
Wasalam..

Comments