Skip to main content

Cepatnya masa beredar.

Assalamualaikum,

Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari kesepuluh kita berpuasa.Tidak terasa masa beredar.Bila dihitung dengan jari tinggal lagi 20 hari untuk kita menyambut lebaran.Persediaan untuk syawal nyata belum sempat aku lakukan...

Baju melayu langsung tak buat lagi ni...nampak gayanya terpaksa beli yang siap jela tahun ni...nak memilih pulak masalah bagi aku ni...memang dari kecik aku ni payah sikit nak memilih...xde nye aku nk belek lama2...plg tidak pun..ape yang aku nampak,rasa berkenan terus aku sambar...janji aku berkenan...hehehe...

Hari ni dah 20hb...maknanya tinggal 9 hari lagi untuk Majlis Berbuka SIC Pahang...tahun ni rancang nak buat di Pantai Batu Hitam,Beserah,Kuantan...cuma kedai makan belum deal lagi...mmm..nanti kalu ade kesempatan aku cuba try deal...Harap ramai yang dapat turun Majlis Berbuka SIC Pahang kali ini.Semoga dengan majlis ini dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama ahli SIC Pahang.

Minggu ni aku akan balik Rompin...ada taklimat mengenai KPPSIM @ SIC kepada beberapa rakan2 lama aku yg berminat nak join SIC..hope semuanya lancar...tak sangka pulak...geng2 merempit dulu pon sama pakai saga jugak...betul2 berkongsi citarasa ni...dari kecik sampai ke beso....

Ok lah aku rase setakat ni je yg dapat aku coretkan...nk guna masa terluang ni utk upload gambar2 aktiviti...kalu sempat la erk..

ok..caw dulu....

wasalam...

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...