Skip to main content

BBQ KPPSIM@SIC Pahang 2010


Kelab Pemilik Proton Saga Iswara Malaysia(KPPSIM)Cawangan Pahang akan mengadakan BBQ SIC Pahang 2010 pada 31 Oktober 2010 bertempat di Pantai Balok,Kuantan bermula jam 1.00 petang.

Aktiviti yang akan mengumpulkan semua ahli kelab dari seluruh negeri itu merupakan diantara aktiviti kekeluargaan yang disusun kelab kepada ahli-ahli dalam kalendar aktiviti sepanjang tahun ini.Selain dari KPPSIM Pahang,antara kelab kereta yang dijemput ialah Proton Mania Club(PMC).

Sepanjang 2010,KPPSIM Pahang merupakan antara kelab kereta yang aktif menjalankan program dan aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan.Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 2010 ialah Hari Keluarga SIC Pahang,TT Temerloh-Kuala Gandah,Konvoi Rompin Fest 2010 dan Konvoi "Kami Peduli"SIC Pahang Road To Melaka dimana ianya program kemasyarakatan yang terbesar anjuran SIC Pahang dengan kerjasama SIC Melaka dan mendapat sokongan penuh KPPSIM Malaysia.

Aktiviti BBQ ini adalah platform bagi semua ahli berkumpul dan merapatkan ukhwah sesama ahli dan keluarga ahli yang menjadi tunjang kekuatan KPPSIM selama ini.Bertemakan "we unite as a one big family" Kelab Pemilik Proton Saga Iswara Malaysia Cawangan Pahang ini berharap akan terus maju dan utuh dengan semangat kekeluargaan.

Semoga,program yang akan berlangsung dapat dijalankan dengan jayanya.Berjumpa lagi di edisi laporan bergambar aktiviti BBQ ini....

wasalam......

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...