Skip to main content

Cara Menangani Stress


Assalamualaikum,

Salam 1 Malaysia buat semua.

Dalam kehidupan seharian kita sebagai manusia tidak dapat lari dari permasalahan dan stress.Disini saya ingin berkongsi cara untuk menangani stress agar dalam hidup dan ditempat kerja dapat dijadikan panduan untuk kita semua dalam menghadapi stress.

Stress adalah keadaan jiwa yang paling popular di abad ini. Cuba anda ingat-ingat kembali berapa banyak orang yang anda jumpai mengatakan bahwa mereka sedang mengalami stress atau mungkin anda sendiri sedang mengalaminya?Stress bukan suatu penyakit, tetapi jika anda tidak dapat mengatasinya dalam waktu tertentu, anda akan terkena banyak masalah kesihatan.

Beberapa waktu yang lalu saya membaca sebuah artikel yang mengatakan bahwa :
- Lebih dari 40 juta orang di Eropah atau setidaknya 1 dari 3 orang pekerja mengatakan bahwa mereka mengalami stress di tempat kerja.
- Stress di tempat kerja adalah masalah kedua yang sering terjadi disamping masalah sakit punggung.

Dari buku Petua Menangani Stress ditulis oleh Dato Dr Hj Mohd Fadhilah Kamsah, stress ialah reaksi mental dan fizikal terhadap semua permasalahan yang dihadapi dalam kehidupan.

The American Medical Association mencatatkan bahawa stress menyebabkan 80% - 88% punca penyakit yang membawa kematian.

Pernahkah anda semua menghadapi stress?

Jika ya, bagaimana anda menghadapinya?

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana menghadapi stress terutamanya di tempat kerja. Sebelum memulakannya, antara gejala-gejala stress yang saya jumpai dari pembacaan saya ialah:

· Perubahan emosi secara mendadak

· Tidak mampu berfikir waras

· Prestasi merosot

· Kesakitan merosot

· Sukar tidur

· Selera makan berubah

Jika anda menghadapi gejala-gejala ini, mungkin anda sedang menghadapi tekanan perasaan!

Perkara pertama yang anda harus lakukan ialah bertenang. Ada pelbagai cara untuk bertenang dan antaranya bersalawat, berwuduk dan solat sunat. Selain itu pengambilan air dan bernafas dengan baik mampu mengalirkan oksigen kepada badan. Oksigen dari segi kesihatan, mampu memberi ketenangan kepada minda dan fizikal.

Kemudian, luahkan perasaan anda dengan bijak dan waras. Mengapa? Kerana kita tidak mahu menyesal di kemudian hari dengan luahan kita. Antara kaedah meluahkan perasaan ialah bercerita, menangis, menulis dan ketawa. Apabila kita meluahkan perasaan kita, kita akan membuang aspek-aspek negative dalam diri. Menurut Nur Hanani Hussin dalam Membina Sukses tanpa Stress, apabila kita berfikiran positif, kita mampu meletakkan sesuatu konflik kepada perspective yang lebih objective. Dengan ini, kita mampu memperkuatkan diri dalam menghadapi masalah.

Apabila kita sudah bertenang dan luahkan perasaan kita. Kita sekarang berada pada keaadaan kita berfikiran positif dan sedia menyelesaikan masaalah. Seharusnya kita kaji semula punca-punca tekanan yang dihadapai. Fokus dan sediakan semua penyelesaian yang mungkin. Berbincang dengan rakan-rakan atau teman-teman bagaimana cara yang terbaik menyelesaikan masalah. Pilih jalan anda dan laksanakan pilihan.

Sebagai panduan di masa hadapan, seharusnya kita memperkemas kaedah bagaimana kita menghadapi tekanan. Kaji bagaimana kita terjebak dalam masalah dan bagaimana anda menghadapi stress pada mulanya. Kaji langkah-langkah terbaik yang anda mampu lakukan untuk menghadapi tekanan. Buang segala sifat-sifat negative dalam diri anda. Secara perlahan-lahan, latih diri anda untuk terima dan menghadapi tekanan dengan baik.

Perubahan emosi adalah normal bagi setiap manusi. Namun jika tidak dikawal, anda sedang menghampiri tekanan. Namun jika anda mampu menghadapinya dengan baik, saya pasti anda mungkin tergolong dalam golongan orang yang berjaya.

Sekian Terima Kasih

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...