Skip to main content

Adakah Semuanya Beres?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Jam sudah pun jam 3.30 pagi namun mata belum mahu tidur.Saya baru sahaja selesai menyiapkan 1 lagi blog saya iaitu http://rhodongs-on9-shoppe.blogspot.com dimana ianya adalah blog perniagaan atas talian yang memberi peluang kepada ahli SIC Pahang Rhodongs berniaga kecil-kecilan dan mempromosikan perniagaan mereka.

Moga blog ini dapat membantu ahli-ahli menjana pendapatan mereka.Itu adalah harapan besar saya dan saya harap ianya mendapat sokongan penuh dari semua pihak.Jadikanlah aktiviti berkelab ini sesuatu yang berfaedah.Disamping berkongsi suka duka,apa salahnya kita semua berkongsi peluang ini.Selain pendapatan ahli,pendapatan SIC Pahang juga boleh bertambah.Formula pengiraan modal akan dibincangkan kelak.Buat masa ini,biarlah blog baru ini menjadi medan pengiklanan perniagaan.

Ianya juga tidak terhad kepada perniagaan berterusan.Ianya juga boleh digunakan untuk mengiklankan jualan segera seperti jualan kereta,sparepart dan sebagainya.Harap ianya menjadi kenyataan.

Sedar tak sedar,esok saya sudah akan terbang ke Sarawak.Moga perjalanan lancar dan dirahmati Allah.Jam 6 pagi saya sudah perlu memulakan perjalan ke pejabat sebelum berangkat ke LCCT pada jam 7.30 pagi.Penerbangan pada jam 3.30petang memerlukan saya sampai awal esok hari.

Persiapan sudah dibuat sejak awal lagi,namun hati ini masih bertanya,adakah semuanya sudah beres???macam ada yang belum selesai dan ada yang terlupa.Moga tiada apa yang terlupa dan tertinggal esok.

Selamat berjuang saya ucapkan kepada pemain-pemain futsal UMP,moga perjuangan kali ini membuahkan kejayaan yang gemilang.Oklah,sudah sampai masanya saya lelapkan mata buat seketika.Charge bateri tidur sejam dua sudah memadai rasanya kerana perjalanan pagi esok membolehkan saya berehat didalam bas dan mungkin juga tidur dengan lena.

Namun persoalan masih berlegar di minda saya...."adakah semuanya beres?"

Comments

:::POPULAR POST:::

Makanan Tambahan :Wajar atau Tidak pengambilannya?

Assalamualaikum dan Salam Sukan Buat Semua, Hari ni FPA ingin kongsikan satu lagi artikel dari Blog Zaki Khan.Harap semua mendapat input yang berguna daripadanya.Selamat membaca semua. “Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?” “3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?” “Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?” “Saya patut ambil whey atau gainer?” “Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?” “Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?” Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey ,  weight gainer , dan  mass gainer ? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri  Ringkasan Makanan Tambahan  sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

KURSUS MARSHALL KENDERAAN BERMOTOR BERTAULIAH BAKAL DI ADAKAN DI KUANTAN SEPTEMBER INI!!

Assalamualaikum, Dikesempatan ini FPA ingin mengajak semua rakan-rakan yang terlibat dalam bidang permotoran untuk menyertai Kursus Marshall Kenderaan Bertauliah yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!

"Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond,  die another day ," ujar Kamal Affandi Hashim. Saya bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam. Lihat wajahnya semalam ...